Halaman

17 February 2010

Terengganu Peneraju Pendidikan Negara

(Laporan : Kamarudin Mat Akib dan Suriati Ali)

Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa bersama pelajar OKU yang cemerlang dalam UPSR, Siti Nurfarah Hanim diperhatikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dan Dato' Seri Idris Jusoh pada Program Juara Rakyat Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, Jertih.
Oleh : Zulkipli bin CW. Putera

“Tumpuan utama pemimpin sama ada peringkat kampung atau pusat adalah dalam bidang pendidikan kerana mengetahui ia menjadi mengukur dan menentukan kejayaan anak bangsa kita di masa depan.

“Bagi mencapai matlamat yang diinginkan, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dan UMNO supaya cemerlang seiring dalam pendidikan, termasuk memberi perhatian terhadap perkembangan ekonomi, kesihatan dan sebagainya,” kata Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berucap di Program Juara Rakyat, Dewan Majlis Daerah Besut (MDB)), Gong Kemuntong, Besut, hari ini (13 Februari).

Turut hadir , Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Norliza Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Tan Sri Muhyiddin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada sekolah yang menampilkan kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi daerah Besut.

Sebagai hadiah untuk terus memperkasakan sekolah, Tan Sri Muhyiddin bersetuju meluluskan RM400 ribu kepada dua sekolah menengah di daerah itu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud dan Sekolah Menengah Imtiaz Besut.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam dunia yang serba canggih ini, fokus utama kerajaan adalah membantu rakyat supaya cemerlang dalam semua aspek terutama pendidikan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sijil anugerah kecemerlangan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nurfarah Hanim.

“Empat Langkah awal telah dilaksanakan iaitu menumpukan bidang penting ini di peringkat awal usia lagi, di mana mempastikan setiap kanak-kanak memndapat pendidikan di pra sekolah sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.

“Murid di Tahun Satu hingga Tiga wajib menguasai sistem Membaca, Mengenal dan Mengira (3M), mengenalpasti setiap tahun mempunyai sekolah berprestasi tinggi dan terakhir memberi anugerah kepada guru besar atau pengetua yang berjaya memberi imej terbaik kepada sekolah masing-masing,”katanya.

Beliau berkata, sesuatu kejayaan hendaklah diiringi dengan usaha dan minat meneroka, jika perkara perkara itu tidak dipenuhi pelajar, ia akan mencapai kegagalan walaupun kerajaan membantunya dengan peruntukan jutaan ringgit.

“Pelajar sekurang-kurangnya mampu menguasai dua bahasa penting jika serius ingin berjaya seperti bangsa lain. Bahasa Inggeris wajar didalami kerana serata negara mengutamakannya untuk pelbagai tujuan,” katanya.

BERITA KEDUA:

Terengganu mampu menjadi peneraju kepada negeri-negeri lain bagi memajukan bidang pendidikan di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin MohdYassin.

Beliau berkata, banyak program yang dilaksanakan Kerajaan Terengganu bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar, tetapi tidak dilasanakan di negeri-negeri lain.

“Banyak program yang dilakukan di Terengganu boleh dicontohi negeri lain bagi memajukan bidang pendidikan,” katanya ketika berucap merasmikan pogram Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri Kuala Terengganu petang semalam (13 Februari).

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan para pemimpin kanan kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian wang sagu hati kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan utama dan e-Book hanya dilaksanakan di Terengganu dan rakyat negeri ini sepatutnya bersyukur kerana berpeluang menikmati kemudahan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri disambut ribuan penduduk ketika hadir pada Program Juara Rakyat Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, Jertih.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat sama-sama menyokong kerajaan sedia ada kerana terbukti hanya UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat negeri dan negara ini.

Katanya, sebanyak 22 sekolah rendah dan 26 sekolah menengah baru dibina di seluruh negeri ini melalui Rancangan Malaysia Ke-9.

TEGANUKITA

14 February 2010

Terengganu Peneraju Bidang Pendidikan Negara

Laporan: Kamarudin Mat Akib dan Harun Hassan