Halaman

19 August 2011

Kelab Helang KWDI rai pelajar MTTAB

Oleh FAUZI MOHD


Dato’ Mazlan menyampaikan sumbangan hari raya kepada para pelajar Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah.

Tidak ketinggalan menganjurkan majlis berbuka puasa, Kelab Helang, iaitu salah satu daripada Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) di perkarangan kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah di Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Dato’ Mazlan ketika ditemui pada majlis itu berkata, aktiviti itu adalah sebahagian daripada program Ihya’ Ramadan yang dianjurkan kelab itu.

"Majlis seumpama ini juga boleh mewujudkan sausana akrab dan mesra di kalangan ahli keluarga kakitangan KWDI semasa menyambut Ramadan,” katanya.

Pada majlis itu, Dato’ Mazlan turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada para pelajar Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah (MTTAB), Batu Buruk.

Turit hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda yang juga Pengerusi Kelab Helang.