Halaman

22 January 2011

AHMAD SAID KETUAI ROMBONGAN UMNO TERENGGANU DI PERARAKAN PENAMAAN CALON

Ruslan Abdul Rahman (Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Negeri-Ukom), Rahim Daud (jurukamera), Syed Abdul Rahman (jurufoto) dan Wahab Awang (logistik) melaporkan dari Pekan Labis, Johor pagi ini.


Dato' Seri Ahmad berkempen kepada seorang pemandu di tengah Pekan Labis.

Rombongan Umno Terengganu memulakan gerak kerja membantu kempen pilihanraya DUN Tenang, Labis dengan menyertai perarakan calon ke Dewan Majlis Daerah Labis pagi ini (Sabtu) 22 Januari 2011, diketuai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said.

Ketua-ketua Umno Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta rombongan dari seluruh Bahagian-bahagian dalam negeri Terengganu menyertai sama.


Perarakan yang bermula seawal jam 8.00 pagi dengan ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bermula dari Bangunan MCA Bahagian Labis yang terletak tidak jauh dari pejabat Majlis Daerah disertai oleh ribuan penyokong kedua-dua belah pihak calon BN dan calon Pas.

Kira-kira jam 11.00 tempoh pencalonan tamat dan pagi pihak SPR memberitahu sebanyak dua pencalonan di terima iaitu dari BN dan Pas. Jam 11.30 pagi selepas masa bantahan, pihak SPR mengisytiharkan kedua-dua calon berkenaan BN, Mohd Azahar Ibrahim, 39 tahun dan Pas, Normala Sudirman,38 layak bertanding.

Pas memilih calon wanita pada kali ini walaupun sebelumnya menyifatkan suara wanita adalah haram dan tidak dibenarkan lelaki mendengarnya; namun sebaliknya kini Normala berceramah sana sini dengan suara merdunya itu dihayati lelaki penyokong Pas dan pembangkang khususnya.


Rombongan Wanita UMNO Terengganu yang turut berada di kawasan perarakan calon.

Ramai tertanya-tanya tentang fatwa Pas yang berubah-ubah itu, termasuk bekas-bekas penyokong Pas sendiri.

Cuaca di Labis agak panas dan penyokong BN dan Pas diasingkan secara berjauhan bagi mengelak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Dato’ Seri Ahmad bersama-sama dengan kepimpinan BN/Umno Pusat diketuai Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin beredar dari kawasan penamaan calon-calon selepas pengisyiharan calon dibuat oleh Pengurus Pilihanraya.


Dato' Seri Ahmad Said bersama sebahagian rombongan Terengganu di perarakan calon di Labis.

Dato’ Seri Ahmad sempat beramah mesra dengan penyokong Umno dari seluruh negara, termasuk mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau.

Beliau sempat berseloroh: “bergambar tidak mengapa, jangan digambarkan sudahlah” .
Ketika mengulas tentang kempen, beliau menyatakan akan menerangkan tentang apa itu Pas yang sebenar, pengalaman Terengganu kepada jentera dan penyokong BN/Umno pada sebelah malam ini (22 Januari) di Felda Cempelak Barat.

Ketua Pergerakan Pemuda Kuala Terengganu, Badrul Hisham yakin BN akan menang mudah, tetapi mestilah gerakan kerja dijalankan dengan berkesan untuk menambah majoriti kemenangan.


Dato' Seri Ahmad dan Dato' Nasir melayan orang ramai di sebuah kedai makan.

Beliau yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia akan sentiasa memberi bantuan bagi tujuan kemenangan tersebut, khususnya di kawasan Felda Cempelak Barat yang menjadi fokus membantu kempen oleh Umno Terengganu.

Turut bersama beliau Ketua Pegerakan Pemuda Umno Kemaman, Hisham Zubir, Ketua Pemuda Kuala Nerus Haji Apli Yusuf dan juga Ketua Pegerakan Pemuda Besut.

TEGANUKITA

berita penuh

PAS Parti Keliru

Oleh: Shahrir Hamid

PAS merupakan Parti Ajaran Sesat jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Said di Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Besut Bersama Pemimpin 2011, di Dewan Majlis Daerah Besut pada 20 Januari 2011.



Dato’ Seri Ahmad menyifatkan PAS parti yang wujud daripada perasaan dengki dan iri hati terhadap UMNO. Penubuhan PAS bertentangan dengan UMNO di mana UMNO wujud hasil titisan airmata orang Melayu. Parti pembangkang dipelopori PAS tidak pernah senang dengan kejayaan serta sokongan yang diterima UMNO daripada rakyat.


PAS lebih banyak menggunakan Islam dalam memperjuangkan politik. Mangsa perjuangan PAS sudah tentulah penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai pelajaran tinggi di samping mudah terpengaruh dengan agenda PAS.



“Kita dapat lihat PKR dianggotai PAS menguasai beberapa negeri di Malaysia tetapi ada kita lihat hukum Hudud dilaksanakan? PAS hanya pandai berkata-kata dan menggunakan Islam dalam politik”, kata Dato’ Seri Ahmad ketika memberi ucapan.

Kerajaan kepimpinan sekarang disifatkan mengaplikasikan undang-undang kafir oleh PAS tetapi jika dilihat negeri-negeri yang ditakluki PKR dan pemimpinnya daripada PAS tidak pula melaksanakan undang-undang Islam. Sebaliknya terus menggunakan undang-undang kafir. Mana pendirian serta janji-janji ynag ditaburkan PAS?

“Kita tidak mahu rakyat Terengganu majoriti Melayu menjadi seperti Melayu di Pulau Pinang di bawah pimpinan PKR, di mana penduduk Melayu ditindas serta diperkotak-katikan oleh pemimpin. Orang Melayu tidak boleh berniaga di Bandar, walhal orang Melayu merupakan penghuni asal bumi Malaysia”, katanya lagi.

Menurut Dato’ Seri Ahmad lagi, rakyat seharusnya boleh berfikir parti mana yang memperjuangkan rakyat dan yang mana demi kepentingan diri sendiri. Orang Melayu mudah terpedaya dengan janji yang ditaburkan pembangkang. Walaupun UMNO membantu kehidupan mereka tetapi setelah pembangkang membuat janji yang lebih baik terus mereka (orang Melayu) berpaling arah.

Menteri Besar Terengganu menjelaskan perkara sebegini seperti baja dan racun di sebuah kebun. Walaupun tanaman diletakkan baja (UMNO) dan mengeluarkan hasil lumayan tetapi sekelip mata musnah apabila diletakkan racun (PAS).

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh serta ramai lagi tetamu kehormat yang lain. Majlis tersebut bertujuan meraikan seramai 20 penerima Anugerah Jasamu Dikenang Veteran Umno Besut di samping memberi bantuan khas kepada lapan veteran UMNO bahagian Besut.

Menteri Besar meletakkan harapan tinggi kepada veteran dalam memastikan Terengganu unggul dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang seterusnya menafikan permainan politik PAS.

TEGANUKITA

berita penuh

UMNO TERENGGANU BERKEMPEN DI DUN TENANG

Laporan dari Labis: Ruslan Abdul Rahman, Rahim Daud (jurukamera) dan Syed Abdul Rahman (jurufoto)

Jentera UMNO Terengganu tidak ketinggalan turun berkempen dalam pilihan raya DUN Tenang, di Labis Johor.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said akan turun menyertai perarakan di hari penamaan calon dan beberapa program kempen, Ruslan Abdul Rahman melaporkan dari Labis Johor.


Pada hari Sabtu 22 Januari beliau dan rombongan dari UMNO/BN Terengganu akan bersama seluruh pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mengiringi calon BN, 05 Dewan Undangan Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Labis, Johor.

Manakala pada sebelah petangnya beliau bersama jentera kempen dari Terengganu akan bergerak dari rumah ke rumah di sekitar Jalan Muar, DUN Tenang.

Sebelah malamnya pula, Dato’ Seri Ahmad mengadakan perjumpaan dengan jentera di Felda Cempelak Barat bagi mengatur strategi kempen yang lebih berkesan.

Umno Terengganu cukup berpengalaman berdepan dengan Pas kerana sebahagian besar pemimpin Pas yang utama berada di Terengganu.

Kira-kira 1,000 jentera Umno Terengganu dating berkempen ke DUN Tenang secara bergilir-gilir.

Pada hari Ahad, 23 Januari Dato’ Seri Ahmad serta rombongan Terengganu masih meluangkan masa berkempen di DUN Tenang untuk memastikan kemenangan BN dengan majority yang lebih besar.

Dato’ Seri Ahmad berkata, dulu Pas tidak membenarkan wanita menyertai tilawah Al Quran yang dianjurkan kerajaan Umno kerana suara wanita aurat, tetapi macam mana pula dengan suara Normala yang berceramah sana sini sekarang dan didengari kaum lelaki?

“Banyak bom yang ditanam oleh pemimpin Pas untuk perkenakan Umno, akhirnya bom itu kini terkena mereka sendiri.,” katanya.


TEGANUKITA

berita penuh

BOM PAS KEPADA ORANG UMNO MELEDAK KE BADAN SENDIRI

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said membuat anologi bahawa beberapa bom yang diletakkan oleh pemimpin Pas kini meletup dan terkena mereka sendiri.

Bom pertama menjadi kafir jika berpakat atau berikat dengan orang bukan Islam, sepertimana fatwa pemimpin Pas sebelum ini yang dinamakan sebagai kafir berikat.
Bom itu dipasang oleh pemimpin untuk orang Umno yang bermuafakat dalam Perikatan atau sekarang Barisan Nasional (BN).


Akhirnya kata beliau bom itu meledak ke muka mereka sendiri apabila Pas kini bersama dalam pakatan dengan DAP (bukan Islam) dan berbagai lagi, bahkan tindakan DAP menentang Islam menjadikan bom itu meledak lebih kuat lagi.

Bom kedua Pas ialah dengan mengatakan Umno menjadi kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah yang diasaskan oleh Lord Reid; sehingga Haji Hadi membuat fatwa menentang Umno itu jihad dan kalau mati adalah syahid, seperti peristiwa di Memali.

Namun kata beliau,akhirnya bila Pas memerintah beberapa negeri perlembagaan kafir itulah juga yang dikekalkan.

Bom ketiga yang pemimpin Pas memerangkap Umno dengan mengatakan Umno menentang hukum Allah kerana tidak melaksanakan Hukum Hudud dan jika Pas diberi kuasa akan melaksanakannya sebelum ‘ayam berkokok”.

“Tetapi apabila Pas berkuasa, hukum hudud tidak dijalankan dan apabila ditanya Haji Hadi menjawab hukum hudud itu kecil sahaja iaitu satu persepuluh ribu (0.0001) sahaja dari keseluruhan perundangan Islam” katanya.

Dato’ Seri Ahmad berucap di Majlis Bersama Veteran Umno Kuala Nerus baru-baru ini.
Katanya banyaklah lagi bom-bom yang ditanam oleh Pas untuk memerangkap Umno, akhirnya terkena kepada mereka sendiri:

- Masjid yang dibina oleh kerajaan Umno adalah haram tidak boleh menunaikan solat kerana dibina dari hasil haram, cukai arak, judi dan pelbagai duit dari sumber haram, tetapi apabila mereka berkuasa masjid itulah juga digunakannya.

- Sekolah sekolah dan pusat pengajian yang dibina oleh kerajaan Umno adalah diasaskan oleh pendidikan secular (memisahkan dunia dan akhirat), tetapi anak anak pemimpin mereka belajar di sekolah secular itulah juga, termasuk di luar negara di Amerika dan lain-lain. Bahkan ramai juga pemimpin Pas mendapat pendidikan Barat, seperti peguam Wan Mutalib Embong dan lain-lain mengamalkan undang-undang barat.


TEGANUKITA

berita penuh

20 January 2011

Umno Terengganu perlu nasihat, tunjuk ajar veteran

Oleh : SURIATI BINTI ALI


Veteran UMNO Bahagian Kuala Nerus, gembira ketika berjumpa dengan pemimpin nombor satu negeri ini, Dato' Seri Ahmad Said di UMT, Kuala Terengganu. - Gambar oleh SYED ABDUL RAHMAN.

Umno Terengganu memerlukan tunjuk ajar dan nasihat golongan veteran kerana mereka lebih berpengalaman dan mengetahui isi hati rakyat berbanding pemimpin generasi sekarang.


Sehubungan itu, Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri, meminta agar golongan berkenaan tidak menjauhkan diri daripada Umno kerana beliau dan rakan-rakan seperjuangan amat memerlukan jasa, tunjuk ajar dan pengalaman mahal yang dimiliki golongan tersebut.

“Kami sanggup menerima teguran serta kritikan sekiranya terdapat kesalahan dalam mentadbir negeri. Setiap teguran akan diterima secara positif, semata-mata untuk kepentingan rakyat dan masa depan Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Veteran di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, hari ini (20 Januari).



Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, YB Encik Ahmad Razif Abd Rahman.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Datuk yang juga Adun Teluk Pasu, YB Dato’ Abdul Rahin Mohd Said; Adun Tepoh, Haji Muhammad Ramli Nuh dan Pengerusi Majlis Veteran Umno Bahagian Kuala Nerus, Syed Muhammad Syed Idrus turut hadir dalam majlis yang dihadiri lebih 2,000 veteran Umno.

Pada majlis anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) itu, seramai 20 veteran menerima Anugerah Jasamu Dikenang dan sembilan individu uzur menerima bantuan kerusi roda.

Sementara itu, Dato’ Seri Ahmad berkata, wakil rakyat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dinasihatkan supaya jangan sombong atau ego sebaliknya perlu berjiwa besar dan bersikap pemaaf dengan rakyat.

“Jangan hanya tunjuk muka atau `turun padang’ sewaktu tiba musim pilihan raya sahaja. Jika tetap berbuat demikian ia akan memberi tamparan hebat kepada pemimpin itu sendiri.

“Kita perlu menganggap, setiap rakyat itu nadi dan nadi itu pula adalah pengundi, kita sebagai pemimpin sewajarnya ingat ini semua, jika mahu terus kekal sebagai wakil rakyat dan sayangkan parti Umno,” katanya.



Menurutnya, pelbagai pendekatan sudah dilaksanakan malah di setiap DUN hampir RM3 juta diperuntukkan termasuk program atap biru, rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), sukan rakyat dan sebagainya.

“Jika melihat peruntukan yang disumbangkan, mustahil kita akan kalah dalam pilihan raya akan datang. Oleh itu, pemimpin setempat perlu bersedia dan `turun padang’ bagi mendalami masalah rakyat. Sentuhan daripada pemimpin itu cukup penting bagi menawan hati setiap rakyat atau pengundi,” katanya.

Dato’ Ahmad berkata, beliau selalu berpesan, kita sebagai orang politik, jangan terlalu mudah berkecil hati, terasa hati, yang penting mesti berhati-hati.

“Seeloknya perlu mencari penapis yang sempurna, ibaratnya jika ingin minum air teh 0, penapis yang digunakan itu kurang elok, maka air yang ditapis itu akan berhabuk dan tidak selesa untuk diminum serta dipandang,” katanya.

TEGANUKITA

berita penuh

19 January 2011

Produk Akuakultur Skala Besar Di Tasik Kenyir

Oleh: Kamarudin bin Mat Akib

Pengusaha tempatan digesa membangun dan mengeluarkan produk akuakultur berskala besar di Tasik Kenyir untuk pasaran Amerika Syarikat setelah negara itu menghadapi masalah bekalan dari negara China dan Vietnam.


Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Dato’ Ahamad Sabki Mahmood berkata, Tasik Kenyir mampu menghasilkan sumber ikan air tawar bermutu dan dapat memenuhi permintaan pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, tasik itu yang luas dan mempunyai air bersih, merupakan salah satu kawasan ternakan ikan air tawar bermutu tinggi terutama talapia.

"Sebenarnya wakil dari Amerika Syarikat telah pergi melawat Tasik Kenyir semasa menghadiri persidangan antarabangsa mengenai akuakultur di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Mereka kata tasik itu merupakan salah satu kawasan ternak ikan talapia yang mampu memenuhi kehendak pasaran Amarika Syarikat.

"Sekarang mereka minta pengusaha kita mengeluarkan seberapa banyak ikan talapia dari tasik Kenyir untuk dieksport ke sana," katanya selepas majlis perasmian Pelaburan Akuakultur Negeri Terengganu oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, kelmarin.

Ketika ini kerajaan Terengganu menyediakan kawasan seluas 2,800 hektar di Tasik Kenyir untuk pembangunan projek ternakan ikan air tawar dalam sangkar secara besar-besaran.

Kini beberapa syarikat tempatan telah mengadakan projek ternakan ikan dalam sangkar di tasik itu secara kecil-kecilan yang mampu menghasilkan ikan antara 40 tan metrik dan 60 tan metrik sebulan dan akan meningkat kepada 100 tan metrik pertengahan tahun ini.

Tasik itu telah dikunjungi pelabur dari China dan Taiwan baru-baru ini bagi mengadakan projek ternakan ikan secara besar-besaran untuk pasaran luar negara.

TEGANUKITA

berita penuh

Imam Bilal Terima Elaun Baru

Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH


Imam dan bilal di seluruh negeri Terengganu bakal menerima elaun baru bermula Januari tahun ini. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Seramai 2,194 imam dan bilal di negeri ini akan menerima elaun baru yang menyaksikan penyelarasan RM800 seorang bagi imam RM600 bagi bilal, setiap bulan mulai Januari 2011.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, berikutan kenaikan itu kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan tambahan RM8,780,000 bagi membayar elaun ,1063 orang imam dan 1131 bilal seluruh negeri.


“Kita juga akan selaraskan kadar elaun imam kepada RM800 seorang berbanding tiga skim sebelum ini iaitu RM650, RM625 dan , RM600 seorang. Begitu juga elaun bilal akan dibayar RM600 seorang berbanding RM450, RM425 dan RM400 sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman hari ini (19 Januari).

Menteri Besar berharap dengan bayaran elaun baru itu, imam dan bilal di negeri ini akan dapat memberi khidmat terbaik bagi mengimarahkan masjid di bawah jagaan masing-masing dan kerajaan sentiasa memberi peluang untuk meningkatkan syiar Islam di kalangan masyarakat.

Katanya, kerajaan sentiasa membuat pembaharuan terhadap rumah Allah dan setiap tahun ada saja masjid baru yang dibina dan yang terbaru turut menyediakan rumah bagi kemudahan imam dan bilal serta menyediakan kelas tambahan, dewan kuliah dan bilik pengurusan jenazah.

TEGANUKITA

berita penuh

APMT Rasai Kehilangan Bekas Timbalan

Oleh : SURIATI BINTI ALI

“Saya dan kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) cukup merasai kehilangan Tuan Haji Shamsudin Sulong yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan sepanjang dua tahun bersama APMT.

“Walaupun Tuan Haji kini memikul tanggungjawab sebagai Pengarah di Unit Komunikasi Negeri (Ukom), kami di APMT masih mengharapkan jasa dan pengalaman untuk bersama-sama membawa misi dan harapan kerajaan negeri, Menteri Besar dan rakyat untuk terus mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan,” ujar Pengarah AMPT Haji Roshali Taha dalam nada sebak.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perpisahan dan Meraikan Jasa bekas Timbalan Pengarah AMPT, di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, hari ini (19 Januari).

Tuan Haji Shamsudin kini memegang jawatan Pengarah Ukom selepas dua tahun berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah APMT.

Sebelum itu, Haji Roshali hadir mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Ketua Penyelia dan Penyelia Parlimen agensi itu dengan membentang pelbagai agenda dan matlamat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Tuan Haji Shamsudin, APMT, Ukom, Setiausaha Akhbar, Setiausaha Politik dan beberapa lagi jawatan penting di bawah pentadbiran Pejabat Menteri Besar yang perlu memainkan peranan dan melaksanakan objektif di landasan yang betul.

“Oleh itu, kita sebagai kakitangan perlu melaksanakannya sebaik mungkin dan perlu menganggap setiap harapan yang disuarakan pemimpin adalah perkara serius.

“Saya percaya APMT yang terdiri daripada lebih 600 kakitangan sentiasa bersedia dan mampu memainkan peranan, khususnya apa yang diharapkan Menteri Besar ,” katanya.

Katanya, dia tidak ada masalah untuk memberi kerjasama dalam apa jua tugas,kerana APMT dan Ukom perlu bersama-sama menjaga Terengganu.

“Cukup malang bagi kita, sekiranya Terengganu yang kini cukup `gah’ dengan pelbagai infrastruktur, pembangunan dan teknologi moden jatuh ke tangan pembangkang,” katanya.

TEGANUKITA

berita penuh

Cabaran Pertama TPCT di LTdL

Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH



Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said bersama Terengganu Pro-Asia Cyling Team yang akan menyahut cabaran pertama pada LTdL penghujung bulan ini. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT) menggalas harapan seluruh rakyat Terengganu apabila berdepan dengan cabaran pertama dalam Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada penghujung bulan ini.

Enam pelumba terbabit dalam kejohanan itu ialah Anuar Manan, 24, Mohd Shahrul Mat Amin, 21, Mohammad Saufi Mat Senan, 20, Mohd Harrif Salleh, 22 dan dua pelumba dari luar negara iaitu Shinichi Fukushima (Jepun) dan Phuchong Sai-Udomsin (Thailand) yang turut dijanjikan ganjaran RM5,000 bagi setiap sirkit yang dimenangi.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, berkata kerajaan akan menggandakan ganjaran itu jika pelumba yang sama terus menguasai pusingan seterusnya dengan kadar ganjaran serupa .



“Kita yakin dengan meletakkan juara jersi hijau dalam kejohanan (LTdL) tahun lalu, Anuar Manan selaku ketua pasukan beserta beberapa nama yang pernah mencatat kemenangan di peringkat kebangsaan mampu memberi saingan kepada pasukan lawan,” katanya di majlis pelepasan TPCT di perkarangan Wisma Darul Iman, hari ini (19 Januari).

Dato’ Seri Ahmad juga mengucapkan terima kasih kepada penaja TPCT iaitu Epic Berhad yang menyumbang RM200,000 serta berharap mendapat lebih banyak penajaan sekiranya TPCT dapat menunjukkan prestasi yang baik.



Katanya, kelulusan TPCT yang didaftarkan dengan `Union Cycliste Internasionale’ (UCI) pada 24 Disember tahun lalu memberi kebebasan pasukan dari Terengganu itu bergerak secara sah serta layak bertanding dalam mana-mana kejohanan antara benua.

Sementara itu dalam persiapan menghadapi kejohanan LTdL, empat pelumba tempatan telah menjalani latihan bersama empat pelumba luar negara di Chiang Raid dan Chiang Mai bermula 4 hingga 16 Januari lalu di bawah bimbingan Shinichi Fukushima.

“Kejohanan LTdL ini nanti akan menjadi kayu pengukur kepada prestasi pelumba-pelumba TPCT dan penting bagi program-program latihan dan pertandingan pada masa akan datang,” katanya.

TEGANUKITA

berita penuh

PAS KEMUKAKAN CALON WANITA- DI MANA HUKUM HARAM SELAMA INI?

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Ibarat menjilat semula ludahnya, demikian terjadi apabila Presiden Pas mengumumkan calon wanita, NORMALA SUDIRMAN, untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat oleh beliau (Haji Hadi) dalam satu majlis ceramah Pakatan Pembangkang di Labis baru lalu.



merah gincu....Nik Aziz tak larang dah ke?

Hadir sama member sokongan kepada calon wanita Pas itu penasihat DAP Lim Kit Sing, Setiausaha Agung Pas, Dato; Mustaffa Ali serta beberapa pemimpin pembangkang yang lain. Normala adalah Ketua Muslimat Pas Labis, guru sebuah sekolah rendah LKTP di Segamat, berkelulusan Maktab Perguruan di Pulau Pinang.

Mengapa menjilat ludahnya? Atau kerana hendak menarik undi pengundi bukan Melayu yang tidak mengambilkira soal hukum Islam yang dibawa oleh Pas selama ini?

Pas telah sekian lama tidak membenarkan wanita berdepan dengan orang awam kerana mengambil ketetapan suara wanita adalah aurat, bukan sahaja untuk tujuan biasa, tetapi untuk membaca al-Quran di majlis tilawah pun tidak dibolehkan Pas.

Ia bermula apabila Pas berkuasa di Kelantan pada tahun 1990- Nik Aziz selaku Menteri Besar terus mengharamkan penyertaan qariahnya (Kelantan) kerana menyifatkan suara wanita itu adalah aurat dan haram untuk didengari awam.

Haji Hadi Awang pun begitu juga. Bila Pas berkuasa di Terengganu pada tahun 1999- terus tidak membenarkan penyertaan qariah (perempuan) menyertai tilawah al-Quran.
Hari ini kita sudah mendengar suara Normala berucap kepada awam dan akan terus berceramah meraih undi, jadi bagaimana dengan suaranya itu…haram atau tidak untuk didengari oleh orang ramai termasuk para lelaki?

Bukan itu sahaja, suaranya yang merdu itu telah divideokan pula dan dimasukkan kepada youtube dan webtv Pas. Bagaimana hukumnya duhai Presiden Pas.

Bahkan ucapan merdu Normala sewaktu majlis pengumuman calon itu disambut oleh sekumpulan lelaki penyokong Pas dengan laungan Allahhuakar. Wajarkah?
Pemimpin Pas mengubah hukum sesuka hatinya!

TEGANUKITA

berita penuh

18 January 2011

Terengganu Sedia Bajet Besar Untuk Pendidikan

Oleh: Kamarudin Mat Akib



Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan di bidang pendidikan yang jauh lebih besar berbanding negeri-negeri lain walaupun bilangan penduduk Terengganu agak kecil jika dibanding dengan negeri berkenaan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata lebih RM37 juta disediakan untuk biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar tempatan sepanjang tahun lalu, iaitu jumlah dua kali ganda lebih besar dari negeri lain yang mempunyai penduduk jauh lebih besar dari Terengganu.


Katanya, lebih RM100 juta disalurkan kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) pada tahun lalu untuk diagihkan kepada pelajar cemerlang dalam pelbagai bentuk pemberian dan pembiayaan pelajaran.

“Kerajaan lakukan ini semua bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding negeri-negeri lain,” katanya di majlis Penganugerahan Pingat Emas Dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (18 Januari).

Hadir sama di majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat dan Pengarah YT, Haji Aziz Mamat.

Menteri Besar berkata, penduduk negeri ini, khususnya ibu bapa pelajar perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan negeri bagi memastikan pelbagai agenda untuk memasrtbatkan bidang pendidikan di negeri ini diteruskan lagi.

Seramai 959 pelajar cemerlang dalam pelbagai peperiksaan awam diraikan pada majlis itu dengan kos pembiayaan keseluruhan bernilai RM798,440.

TEGANUKITA

berita penuh

Tilapia Tasik Kenyir Capai Piawaian Dunia

Oleh : AIDA ABD RAHMAN


Dato' Seri Ahmad Said (tengah) bersama Dato' Seri Mohd Johari Baharum dan Dato' Ahamad Sabki Mahmood menyentuh bola kristal gimik perasmian Seminar Pelaburan Akuakultur Negeri Terengganu di Primula Beach Resot. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.


Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar khususnya Tilapia yang berkualiti tinggi kini menjadi antara Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang bakal menjadi tumpuan pelabur swasta dari luar negara untuk pasaran seluruh dunia.




“Baru-baru ini kita terima kunjungan pelabur dari China dan Taiwan yang mahu melabur secara besar-besaran untuk pasaran eksport dan mereka sedang membuat penelitian. Kalau ada pelabur tempatan kita beri kepada pelabur tempatan, bagaimanapun mereka melabur dalam skala yang besar dan kita mengalu-alukan kerana mereka memerlukan beratus tan sebulan untuk jadikan sebagai ketul ikan,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, ketika sidang akhbar di Majlis Pelancaran Seminar Pelaburan Akuakultur Negeri Terengganu, di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, hari ini (18 Januari).

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Wira Mohd Johari Baharum; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Haji Asha’ari Idris dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato’ Ahamad Sabki Mahmood.



Menteri Besar berkata, ikan air tawar di Tasik Kenyir berkualiti tinggi kerana kualiti air yang bersih dan kawasan yang luas, berbanding sangkar ikan air tawar yang berskala kecil biasanya lebih berselut.

Katanya, pengeluaran ikan air tawar di negeri ini mencapai 40 hingga 60 tan sebulan dan dijangka sebanyak 100 tan dapat dikeluarkan selepas Jun ini.

Beliau sebelum itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian yang meluluskan pembinaan dua Pusat Pembenihan Ikan, iaitu Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar di Kampung Sungai Chamar, Hulu Terengganu dan Pusat Pembenihan dan Asuhan Ikan Laut Berteknologi Tinggi di Kampung Limau Nipis, Setiu yang menelan belanja RM12.6 juta.



Kedua-dua pusat ini dijangka siap pada pertengahan tahun ini dan dapat membekalkan benih projek HIP sangkar air tawar di ZIA Sungai Como dan sangkar ikan air masin di negeri ini.

Sementara itu, Dato’ Ahamad Sabki berkata, selain China dan Taiwan, pelabur dari Amerika Syarikat (US) juga berminat untuk memasuki pasaran ikan air tawar di Tasik Kenyir berikutan spesis ikan di tasik itu yang memenuhi piawaian dan kehendak mereka.



Pelabur negara itu mengunjungi Tasik Kenyir ketika persidangan antarabangsa mengenai akuakultur di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Jadi sekarang mereka minta pengusaha di Tasik Kenyir untuk keluarkan seberapa banyak ikan berkenaan untuk mereka. Sekarang masa untuk kita mengeluarkan produk yang memenuhi ciri-ciri dan piawaian pasaran US bagi membolehkan produk kita di eksport,” katanya.

TEGANUKITA

berita penuh

UMNO TERENGGANU: SECEBIS CATATAN PENTING

Oleh: Ruslan Rahman


Majlis penyerahan tugas Pengerusi UMNO Negeri Terengganu oleh Dato' Seri Hishamuddin kepada Dato' Seri Ahmad Said di Putrajaya.


Isnin, 17 Januari 2011, suasana di pintu masuk dan ‘lobby’ sebuah hotel di Putrajaya yang agak sunyi sebelumnya tiba-tiba menjadi agak sibuk dan meriah kira-kira jam 1.00 tengahari. Kelibat beberapa pemimpin Umno dari Terengganu mula kelihatan, khususnya Ketua-ketua Umno Bahagian.

Ini termasuklah, YB Haji Yahya Khatib Mohamad (Ketua Umno Bahagian Marang) yang baru diumumkan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu (BPUNT) beriringan bersama Ketua Umno Bahagian Dungun, Dato’ Dr.Rosli Mat Hassan.

Ketua Umno Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Farid Wan Salleh tidak ketinggalan.Kelihatan juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, YB Datuk Rahin Mohd Said dan YB Rozi Mamat (Timbalan Ketua Bahagian Hulu Terengganu).


Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, YB Dato’ Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri kelihatan tiba bersama karibnya, Ketua Umno Bahagian Setiu YB Datuk Mohd Jidin Shafie. Ketua Umno Hulu Terengganu,Dato’ Tengku Putera Awang didapati lebih awal lagi telah ada di bahagian lobby hotel.

Kelihatan juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Terengganu, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Negeri tidak ketinggalan hadir bersama ketua-ketua sayap itu di peringkat bahagian masing-masing.

Setiausaha Kerja Umno BPUNT, Razali Bidin,pegawai-pegawai kanan Pejabat Menteri Besar turut kelihatan. Pengarah Unit Komunikasi Negeri (Ukom) yang baru dilantik tahun ini Haji Shamsuddin Sulong dan penulis selaku Timbalannya turut bersama crew untuk merakam detik penting ini.

Iaitulah Majlis Penyerahan Tugas Pengerusi BPUNT kepada YAB Dato’ Seri Ahmad Said daripada YB Datuk Sri Hihsamuddin Tun Hussien.

Semua amat berharap bahawa juga sebentar lagi mereka akan dapat tahu siapakah pula akan dilantik sebagai Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari Umno Terengganu .

Bermacam spekulasi,telahan dan andaian dibuat, dengan pendapat dan rasionalisma masing-masing, itulah dunia politik yang penuh dengan cakap-cakap sebelum dan selepas sesuatu perlantikan mahupun pertandingan bagi sesuatu jawatan penting.

Rasanya beberapa orang berperawakan seperti pegawai polis berpakaian biasa turut kelihatan, mungkin dari bahagian risikan atau cawangan khas juga kelihatan berlegar di samping rakan-rakan wartawan bersama jurukamera juga sudah mulai tiba ketika jam menghampiri 2 petang.

YAB Dato, Seri Ahmad kemudian tiba-tiba muncu difahamkan baru sekejap mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Dato’ Sri Najib Tun Razak berkaitan perlantikan pegawai pegawai kanan Umno Terengganu.

Beliau (Dato’ Seri Ahmad) kemudian mengajak semua beredar dari lobby dan menunggu di depan pintu masuk hotel itu bagi menyambut ketibaan Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussien.

Sebaik Datuk Sri Hishamudin tiba, semua beredar ke Dewan yang bernama Dewan Selangor di bahagian bawah hotel.,menikmati jamuan tengahari. Selesai jamuan majlis pun bermula dalam keadaan yang cukup sederhana tetapi penuh makna.

Dato’ Tengku Putera mempengerusikan majlis dengan memulakannya dengan rasa syukur kerana dapat mengadakan majlis penyerahan tugas secara rasmi pada hari ini setelah YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad (Ketua Umno Bahagian Kemaman) diumumkan menerajui semula Umno Terengganu mulai 1 .1.2011.

Dalam nada yang lemah-lembut tetapi bertenaga, beliau menjemput Dato’ Seri Hishamudin untuk menyampaikan ucapan. Bagi Tengku Putera, Hishamuddin banyak berkorban untuk membantu Umno Terengganu walaupun dalam kesibukan di kementerian dan kawasannya sendiri di Johor.

Dalam ucapan ringkasnya kira-kira 15 minit Datuk Sri Hisham menyifatkan kehadirannya bersama dalam Umno tidak akan dilupakan hingga ke akhir hayatnya (agak sayu nadanya waktu menyatakan frasa ini).

Katanya, awal awal lagi beliau sewaktu diberi tugas mengetuai Umno Terengganu menyatakan tidak akan selamanya tetapi untuk tempoh sementara sahaja, bila tiba waktunya akan diserahkan semula kepada anak Terengganu.

Beliau amat gembira dan berterima kasih di atas kerjasama semua pimpinan Umno di Terengganu sepanjang diberi amanah itu bagi menjernihkan keadaan yang digembar-gemburkan dari luar sebagai kurang jernih ketika itu.

“Sebenarnya keadaan Umno Terengganu tidaklah sebagaimana yang digembar-gemburkan dari luar” katanya.

Apa yang penting, katanya mempastikan Umno terus menjadi relevan agar rakyat di negeri ini terpelihara dan negara aman makmur serta terus maju melalui pelbagai transformasi di peringkat kerajaan dan parti.

“Saya tidak menyifatkan hari ini majlis penyerahan tugas semata-mata, tetapi penyerahan amanah untuk terus melonjakkan kecemerlangan Umno yang akan diterajui oleh anak Terengganu sendiri” katanya.’

Dato’ Seri Ahmad yang diminta berucap selepas itu menyatakan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kepercayaan Presiden, YAB Dato’ Seri Najib yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui Umno Terengganu bersama Timbalan, YB Yahya Khatib Mohamad.

“Sudah tentulah juga lantikan dari Presiden ini hasil sokongan dan pandangan dari Datuk Seri Hisham” katanya.

Beliau amat yakin ketua-ketua Bahagian dari Besut pimpinan Dato’ Seri Idris dan sampai ke Kemaman di bawah terajunya sendiri akan mampu untuk mencapai kemenangan sepenuhnya dalam pilihanraya umum nanti (1 Parlimen dan 4 DUN).

Beliau yakin ketua-ketua bahagian yang ada ini dapat memenangkan semula kawasan yang tewas kerana majoriti kekalahan dulu amat kecil seperti di DUN Ladang,Bukit Payong, Bukit Tunggal,Manir, Parlimen Marang.

Bahkan katanya, dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang lalu walaupun BN tewas, tetapi bagi DUN Ladang kita menang dengan majoriti yang besar.

“Sebenarnya dua sahaja kawasan hitam yang menjadi kubu lawan iaitu Dun Wakaf Mempelam dan Rhu Rendang” katanya.

Menyentuh tentang perlantikan pegawai yang sedang ditunggu tunggu beliau berkata:
“ saya telahpun berunding dengan Presiden sebentar tadi, cuma tidak bercadang hendak umumkan hari ini, nantilah kita umumkan apabila kita adakan mesyuarat Umno Perhubungan di Kuala Terengganu dalam masa terdekat nanti”.

Beberapa kata-kata yang sempat penulis petik dari ucapan ringkas Dato Seri Ahmad di majlis penuh bermakna itu:

Apa erti diri kita menang kalaulah parti kita tewas.

Bukan sahaja air di dalam bekas itu perlu jernih, tetapi bekas itu juga hendaklah jernih dan tidak berdebu.

Keadaan Umno Terengganu ini bukan indah khabar dari rupa, sebenarnya indah rupa dari khabar

Bagi saya tugas yang diberi ini bukan untuk dibanggakan, tetapi merupakan suatu beban untuk dipikul dan digalas bersama rakan-rakan semua.

Saya berdoa ke hadrat Allah semoga kita semua diberikan rahmat dan pertunjuk dari–Nya diberikan hidayah dan kekuatan untuk kita tempohi perjuangan ini.

Demikian sebuah catatan penting Umno Terengganu 17 Januari 2011 untuk kita hayati bersama demi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

TEGANUKITA

berita penuh

Rombakan Kecil Badan Perhubungan Umno Negeri Akan Diumum Segera

Oleh: Kamarudin bin Mat Akib

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, satu rombakan kecil akan dilakukan dalam Badan Perhubungan Umno Negeri bagi mengukuhkan lagi jentera parti.

Menteri Besar Terengganu itu telah memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam satu pertemuan di Putrajaya, pagi semalam.


"Saya akan maklumkan perubahan tersebut pada mesyuarat Badan Perhubungan negeri yang pertama nanti, yang mungkin akan diadakan dalam bulan ini juga," katanya kepada pemberita di Putrajaya, semalam.

Sebelum itu, beliau menerima penyerahan tugas selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang jawatan tersebut sejak April 2009.

Dato’ Seri Ahmad dilantik semula memegang jawatan itu dalam satu rombakan pucuk pimpinan parti di beberapa buah negeri yang diumum Najib selaku Persiden Umno pada 27 Dis lepas.

Beliau berikrar untuk memastikan Umno terus kukuh di Terengganu dalam usaha merampas semula beberapa kerusi, terutama kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini dipegang pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Walaupun ada pepatah mengatakan bahawa 'indah khabar dari rupa' tetapi apa yang berlaku di Terengganu adalah 'indah rupa dari khabar'.

"Maknanya Umno Terengganu taklah seburuk yang digambarkan oleh orang dan saya bersedia melakukan apa sahaja demi kemenangan Barisan Nasional," katanya.

Sementara itu, Dato Seri Hishammuddin berkata perbincangan peringkat asas mengenai perkara yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) Umno Terengganu kini hampir selesai.

Beliau juga berharap segala perancangan yang dibuat sebelum ini diteruskan dan anggota parti terus memantapkan parti dalam persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya mahu setiap ahli akan memikul tanggungjawab ini secara bersama dan sekiranya kita terus meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri atau puak masing-masing segala permasalahan akan dapat diselesaikan," katanya.


TEGANUKITA

berita penuh

17 January 2011

UMNO Terengganu Kukuh - Hishammuddin


Majlis penyerahan tugas Pengerusi UMNO Negeri Terengganu oleh Dato' Seri Hishamuddin kepada Dato' Seri Ahmad Said di Putrajaya.

Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa beliau menyerahkan UMNO kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dalam keadaan UMNO Terengganu kukuh dan padu.


“Kepimpinan UMNO mendapat petanda bahawa keteguhan UMNO Terengganu semakin terserlah menyebabkan mereka bersetuju untuk menyerahkan semula Badan Perhubungan UMNO Terengganu kepada pemimpin tempatan,” katanya di Majlis Penyerahan Tugas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu kepada Dato’ Seri Ahmad Said, di Hotel Marriott, Putrajaya, petang ini (17 Januari).

Hadir sama di majlis ini, semua Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Bahagian Seluruh Terengganu.

Sebelum ini Dato’ Seri Ahmad diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, manakala timbalannya, YB Yahya Khatib Mohamad.

Dato’ Seri Hishammuddin berkata, pihaknya berharap UMNO Terengganyu menjaga parti dengan sebaik mungkin dan memastikan penyatuan yang dibina di semua peringkat ini diterima oleh rakyat Terengganu.

“Pucuk pimpinan UMNO mempunyai agenda yang besar daripada pengembalian kekuatan UMNO di Terengganu, iaitu memenangai Pilhan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Naib Presiden UMNO itu berkata, walaupun beliau tidak lagi mengetuai UMNO Terengganu, beliau tetap akan memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan UMNO tetap relevan dan diterima baik oleh rakyat Terengganu.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, beliau menerima pelantikan itu dengan penuh tanggungjawab dan amanah demi membela nasib rakyat Terengganu.

“Saya tidak akan mengutamakan kepentingan diri, tetapi apa yang lebih penting adalah parti akan diutamakan pada setiap masa dan setiap hal,” katanya.

Beliau memberi jaminan akan menguatkan jentera UMNO di setiap peringkat bagi memastikan UMNO dan BN memenangi lebih banyak kerusi pada PRU akan datang.

Menteri Besar berkata, beliau akan mengumumkan senarai penuh Badan Perhubungan UMNO Terengganu termasuk Setiausaha dan Ketua Penerangan pada mesyuarat badan perhubungan itu dalam masa terdekat.

TEGANUKITA

berita penuh

UMT Wujud Insentif Baru Untuk Kakitangannya

KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan satu insentif baru iaitu program lawatan sambil belajar ke universiti atau institusi pendidikan di luar negara, kepada semua kakitangannya, mulai tahun ini.


Naib Canselor UMT Prof Dr Aziz Deraman berkata, lawatan itu bertujuan memberi peluang kepada ahli akademik, pegawai pengurusan dan kakitangan sokongan menimba pengalaman dan meningkatkan prestasi kerjaya masing-masing.

"Kita harap selain daripada ahli akademik dan pegawai pengurusan, kakitangan sokongan pun boleh menimba pengalaman dan meningkatkan kerjaya melalui program ini," katanya kepada Bernama, di sini.

Katanya, melalui program ini, UMT berharap dapat menghantar antara 200 dan 300 orang setahun di mana dalam tempoh lima tahun, mungkin semua kakitangan UMT telah dan pernah mendapat pengalaman di luar negara.

Aziz berkata, UMT akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,500 seorang untuk satu perjalanan manakala selebihnya akan ditanggung sendiri oleh mereka yang terlibat.

Beliau berkata, UMT mempunyai kira-kira 1,000 kakitangan dan program ini menggalakkan mereka pergi secara berkumpulan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata UMT bercadang untuk menghantar antara 30 dan 50 kakitangan membuat latihan industri tahun ini dengan syarikat-syarikat besar dan terpilih dalam negara.

"Mereka akan ditempatkan di syarikat-syarikat berkenaan antara sebulan dan dua bulan untuk menimba pengalaman dan belajar perkara-perkara baru bagi membantu meningkatkan kerjaya mereka.

"Sebagai contoh, mungkin pegawai sukan akan dihantar ke pusat sukan negara. Kalau ahli akademik di bidang kimia misalnya, mereka akan dihantar ke industri berkaitan kimia seperti Guthrie manakala di bidang pengurusan mungkin akan dihantar ke AirAsia," katanya.

-- BERNAMA

berita penuh

YPU Adakan Promosi Batik Dan Songket Di Timur Tengah

KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Bernama) -- Selepas mengadakan promosi batik dan songket Terengganu ke Eropah, kini Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan mengadakan promosi yang serupa ke negara-negara Timur Tengah pula.


Pengurus Besar YPU Azmi Razik berkata langkah itu bertujuan supaya batik dan songket Terengganu berkembang serta terkenal di seluruh dunia.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Fesyen, Tekstil serta Pasaran Songket dan Batik Terengganu di Eropah, beliau berkata tahun lepas kerajaan negeri menghantar rombongan tediri daripada pengusaha batik dan songket untuk membuat promosi antaranya di Barcelona, Itali dan London.

Katanya hasil daripada promosi itu, ramai pengusaha pakaian terkemuka di negara-negara tersebut menunjukkan minat untuk menggunakan batik dan songket dalam ciptaan mereka.

Beliau berkata produk songket dan batik semakin kreatif dan kerajaan negeri Terengganu sentiasa berusaha untuk mendapatkan peluang pasaran di peringkat antarabangsa.

Azmi berkata awal 1990-an, songket dan batik Terengganu jatuh kerana beberapa sebab antaranya kurang daya kreativiti khususnya dalam rekaan dan kurang pemahaman tentang perkembangan citarasa pasaran.

Menyedari perkara itu, beliau berkata kerajaan negeri memberi perhatian terhadap songket dan batik melalui promosi, galakan dana bimbingan terhadap rekaan dan reka bentuk yang mengikuti trend serta citarasa pasaran.

Beliau berkata seminar sehari itu diadakan khusus untuk pengusaha-pengusaha songket dan batik mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang potensi pasaran songket dan batik di luar negara.

Kira-kira 100 penggiat songket dan batik di Terengganu menyertai seminar berkenaan.

-- BERNAMA

berita penuh

JPV Terengganu Nasihat Penternak Ayam Berjaga-Jaga Serangan Penyakit Hawar

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu menasihatkan para penternak ayam supaya berjaga-jaga selepas beberapa kes hawar membabitkan ayam kampung dikesan di sekitar daerah Kuala Terengganu sejak kira-kira seminggu lepas.


Timbalan Pengarah JPV negeri Dr Ahmad Shafri Hassan berkata semua penternak ayam di tempat yang belum dikesan wabak itu di kawasan sekitar Kuala Terenganu, supaya memberikan suntikan vaksin kepada ternakan masing-masing bagi menghindari penyakit tersebut.

Katanya wabak hawar yang membabitkan haiwan ternakan sudah lama tidak berlaku, menyebabkan ramai kalangan penternak yang tidak menyuntik vaksin kepada ternakan mereka sekian lama.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini beliau berkata penternak boleh datang ke pejabat JPV berdekatan dan berjumpa pegawai untuk mendapatkan suntikan vaksin itu.

Sejak seminggu lalu ribuan ayam kampung di sekitar daerah ini mati akibat diserang penyakit hawar, dan kerugian yang dialami penternak dianggar menjangkau lebih RM100,000.

Sementara itu Setiausaha Persatuan Penternak Terengganu Ibrahim Abdul Rahman pula berkata biasanya penyakit hawar ini berlaku selepas banjir, dan menurutnya wabak kali ini agak teruk membabitkan ternakan di kawasan kampung-kampung seperti Pasir Panjang, Panji, Gelong Bilal, Pak Pa, Sungai Derhaka dan Pak Lebam.

"Kami minta para penternak ayam di kampung-kampung sekitar kawasan ini yang belum kena jangkitan wabak itu supaya berhubung dengan pejabat haiwan dengan segera untuk mengambil pelbagai langkah-langkah pencegahan," katanya.

Antara tanda-tanda penyakit hawar ialah ayam menjadi lemah dan paruhnya berair sebelum ia mati.

-- BERNAMA

berita penuh

Dua Kilang Besi Di Terengganu Akan Beroperasi Tahun Ini

KEMAMAN, 15 Jan (Bernama) -- Dua buah kilang besi akan mula beroperasi di kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini tahun ini, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.


Ahmad berkata sebuah daripadanya adalah kilang besi waja milik Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd yang akan beroperasi pertengahan tahun ini melibatkan kos antara RM400 dan RM600 juta, yang mampu menyediakan pekerjaan kepada antara 200 dan 300 anak tempatan.

Selain itu, katanya sebuah lagi kilang besi yang lebih besar milik syarikat dari negara China yang menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan melibatkan kos ratusan juta dan mampu menyediakan pekerjaan kepada 600 orang.

"Kita jangka apabila kedua-dua kilang itu beroperasi, ia mampu memberi peluang pekerjaan sehingga 1,000 anak tempatan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan Dana Raya Cina kepada masyarakat Tionghua pada hari Sabtu.

Beliau berkata kilang besi syarikat Perwaja itu merupakan pembesaran kilang yang sedia ada di kawasan berkenaan.

Pada majlis itu, seramai 2,037 kaum Tionghua di daerah Kemaman menerima wang tunai RM300 seorang melibatkan peruntukan RM524,400.

Ahmad berkata kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan kira-kira RM4 juta untuk pembinaan sebuah dewan orang ramai dan gelanggang bola kerajang bagi kemudahan masyarakat Tionghua di daerah itu.

-- BERNAMA

berita penuh

16 January 2011

PAS JOIN UMNO BUKANNYA GANTI UMNO

Oleh: Putera Pesisir Air


Ketua Muslimat Pas, Ustazah Nuridah Salleh berpeluk erat dengan YB Elezbeth
Wong, Ratu Bogel, Exco Kerajaan Selangor.


Haji Hadi berpeluk erat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Ki Siang

Semoleknya Pas joint Umno; bubar parti Pas dan ahli-ahli mereka menyertai Umno demi perpaduan orang Melayu dan Islam.

Pengarah Unit Komunikasi (UKOM), Haji Shamsuddin Sulong yang berpendapat demikian juga berkata, slogan yang paling sesuai ialah “Pas masuk Umno” atau Pas bersama Umno kerana banyak apa yang telah lama dibuat oleh Umno baru hendak dibuat oleh Pas.


Malah katanya, pakatan dalam Barisan Nasional (BN) yang dirintis Umno untuk kebaikan dan maslahah ummah, tetapi yang Pas lebih banyak menghancur dan meruntuhkan umat Islam kerana berpakat dengan pihak yang menentang dan menolak Islam secara total.

Baru-baru ini pun sudah ada pertemuan di antara Preisden Pas (Haji Hadi) , Mursidul Am Pas (Nik Aziz) dengan Perdana Menteri (Dato’ Najib) dan bekas Perdana Menteri (Pak Lah) dalam satu majlis makan malam.

Jadi apa salahnya, bersama demi kepentingan agama Islam dan orang Melayu. Cara menyertai Umno itu fikirlah, kalau tidak mahu masuk Umno pun tetapi menyokong dan mendokong kebaikan dan jasa Umno selama ini dalam menyelamatkan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan agama Islam.

Umno sebenarnya sudah lama membuat pakatan politik dengan bukan Islam atau bangsa bangsa lain di negara ini yang pemimpin Pas sebut sebagai Takhaluf Siyasi, cuma Umno tidaklah retorik bahasa dan istilah, yang pentingnya ialah amalan dan cara berpakat itu untuk kebaikan bersama.

Pas dulunya sampai menuduh orang Umno kafir kerana pakatan itu, justeru jahil atau cuba mengaburi rakyat dan umat Islam atas kebenaran yang dilakukan Umno itu melalui Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional (BN). Malah Pas sendiri pernah menyertai pakatan BN, tidak timbul soal menjadi kafir pun ketika itu.

Apa salahnya kembali bersama demi perpaduan orang-orang Melayu dan keutuhan agama Islam. Banyak isu yang Pas gagal tangani apabila mereka buat pakatan sendiri dengan parti bukan Islam seperti yang berlaku dan Selangor, Pulau Pinang khususnya.

Itulah balasannya apabila, Umno buat pakatan dituduh macam-mcam sampai ke peringkat mengkafirkan orang-orang Umno. Sekarang Tuhan tunjuk secara ‘cash’ atas pakatan mereka itu yang tidak menjadi atau serba tidak jadi.

Sekutu mereka DAP menghalalkan orang Islam bekerja di premis arak di Selangor, apa yang Pas mampu pertahankan kedaulatan Islam kerana tindakan itu bertentangan dengan Islam malah perlembagaan negara.

Apa jadi masjid dan surau di Selangor bila pemimpin DAP yang bukan Islam datang dan masuk ke masjid bersyarah kepada orang Islam? Ini seperti dilakukan oleh Ahli Parlimen Serdang (DAP) Teo Ning Ching menyampaikan tazkiran kepada jemaah solat di surau al-Huda, Kajang? Wanita bukan Islam itu tanpa menutup aurat berbuat demikian? Wajar ke Pas bertakhaluf sampai menggadai agama dan umat Islam sedemikian rupa?

Tapi untuk berdalih menghalalkan segalanya, Pas boleh berhujah macam-macamlah dengan pelbagai belitan atau putar belit dengan bersandarkan agama.

Sebenarnya banyaklah yang Pas buat sekarang ini, sebenarnya apa yang telah Umno lakukan terdahulu yang diharamkan oleh Pas sebelum ini. Malah apa yang Umno buat adalah lebih baik kaedah dan pendekatannnya dari Pas.

Misalnya:

1.Enakmen atau perundangan Islam yang didakwa oleh Pas semasa memerintah Terengganu sebenarnya dicedok dari Kerajaan Pusat (Wilayah Persekutuan).Diperakui sendiri oleh Exco Kerajaan Pas Terengganu ketika itu, Tun Salleh Abbas .

2.Haji Hadi yang menuduh Umno kafir tidak menjalankan hukum Islam (Hudud) akhirnya berkata perlaksanaan hudud melalui proses yang panjang. Hadi berkata: “Hukum hudud adalahs atu aspek daripada 0.00001 dari hukum-hukum Islam” demikianlah apabila mereka berkuasa, jawapan dan dalihnya mudah sekali. Umno sebenarnya telah lama melaksanakan dasar dan kaedah siasah menurut Islam, cuma Pas saja yang bebal memahami dan menerimanya.

3.Bila Umno/BN buat Bank Islam, Haji Hadi kata, ia ibarat daging lembu dalam sekawah daging babi; tetapi akhirnya mereka juga yang menggunakan khidmat Bank Islam itu.

4.Haji Hadi yang menuduh wartawan sebagai tupai dank era, sukakan benda-benda busuk, akhirnya Pas juga yang beria-ia mendekati wartawan melalui pertemuan, jamun dan sebagainya yang Umno telah lama lakukan.

5.Hadi yang pernah meletakkan Pejabat Agama setaraf dengan Pejabat Pos, kononnya tidak berada di taraf paling tinggi, tetapi bila berkuasa terus mentadbir cara yang sama di mana pejabat agama juga salah satu dari jabatan dalam kerajaan.

6.Mengeluarkan lesen premis judi semasa memerintah Terengganu, tetapi semasa Umno dikecam hebat bila berbuat demikian.

7.Membenarkan hiburan-hiburan, pesta, fun fair dan sebagainya, termasuk tukang urut wanita Thai mengurut pelanggan lelaki-semasa memerintah Terengganu.


Tarian pun boleh, kalau Umno buat tak boleh?

8.Membenarkan premis jualan arak semasa berkuasa di Terengganu.

9.Melantik Pengerusi dan ahli-ahli JSR yang tidak mencukup syarat yang digariskan seperti sekurang-kurangnya lulus’Empat Sanawi” dan tidak melakukan dosa besar.

10.Semasa berkuasa, Kerajaan Pas Terengganu tidak memberi peruntukan kepada Ahli Yang Berhoramat (YB) bukan penyokong kerajaan, yang ditentang semasa kerajaan Umno amalkan kaedah itu.

TEGANUKITA

berita penuh

Pameran Pertama Anjuran Sinar Harian



TEGANUKITA

berita penuh