Halaman

20 August 2011

Menteri Besar berbuka bersama perantau

Oleh FAUZI MOHD

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Program kali ketiga anjuran bersama Kerajaan negeri dan Persatuan Anak Terengganu Wilayah Persekutuan dan Selangor (Pesat) itu berjaya menghimpunkan hampir 2,000 anak Terengganu yang bekerja dan belajar di sekitar Lembah Klang itu.



Menteri Besar dalam ucapannya berkata, program itu sebagai kesinambungan semangat kerjasama dalam membina ukhwah dengan rakyat Terengganu di luar negeri bersama pemimpin negeri.


“Penganjurannya saban tahun selaras dengan hasrat yang diimpikan Kerajaan negeri untuk melihat anak Terengganu mempunyai hubungan baik sesama mereka dalam usaha mencari rezeki di tempat orang serta melanjutkan pengajian.

“Kesepakatan ini wajar diteruskan dan kami mengharapkan titik pertemuan yang dibuat ini mampu merencanakan pelbagai program untuk kepentingan anak Terengganu yang menetap di sini,” katanya.



Turut hadir pada majlis itu, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Presiden Pesat, Dato’ Ramlan Ibrahim serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tambah Dato’ Seri Ahmad, hubungan erat antara pimpinan Kerajaan negeri dan Pesat membolehkan lebih banyak program mampu dilaksanakan bagi membawa semangat orang Terengganu yang cemerlang dalam pelbagai bidang khususnya pendidikan dan sukan.

“Kita mahu ubah minda sebahagian mereka yang berada di luar negeri supaya berasa bangga menjadi rakyat Terengganu kerana kejayaan kita mencipta rekod dan sejarah baru dalam akademik mahupun sukan.

“Apa yang kita lakar hari ini sudah menjadi buah mulut orang dan kita mahu berkongsi kegembiraan itu bersama rakyat Terengganu di mana sahaja mereka berada supaya suatu hari nanti mereka berasa bangga menjadi anak Terengganu,” ujarnya.



Majlis yang dipengerusikan oleh pelakon popular, Dato’ Ahmad Tarmimi Serigar itu seterusnya diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran oleh Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustaz Ahmad Tarmizi Abd. Rahman.

Sejurus selepas itu, Menteri Besar bersama yang lain menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih yang diimamkan oleh Imam jemputan dari Timur Tengah, Sheik Mohd. Fathy Mohamed Abdel Gelil.

berita penuh

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN BESUT

Oleh: Mohammad Ishak

Umno Bahagian Besut menetapkan jadual majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan diadakan oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) untuk dikunjungi orang ramai sebagaimana ditetapkan pihak urusetia bahagian.

Setiausaha Umno Bahagian, Dr A Rahman Mokhtar yang juga ADUN Kuala Besut, berkata pihaknya sudah menyelaraskan jadual berkenaan bagi mempastikan semua rakyat dapat hadir menemui pemimpin sempena hari raya tahun ini.


Katanya,majlis pertama ialah pada hari raya kedua, yang didahului oleh Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih yang akan berlangsung di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong.

Manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian, Nawi Mohamad yang juga (ADUN) Hulu Besut juga akan mengadakan majlis serupa pada hari raya kedua yang akan diadakan di Dewan Penyelaras DUN Hulu Besut Kampung Cegar Batang, Pasir Akar.

Naib Ketua Umno Bahagian,Muhammad Pehimi Yusof yang juga ADUN Kota Putera akan mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Batu Tumbuh, Besut.pada hari raya ketiga.

Turut serta mengadakan majlis pada hari raya ketiga ialah, Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama Perdana Menteri, yang akan mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Alur Lintang.

Dr A Rahman berkata, beliau sendiri akan mengadakan majlis pada hari yang sama yang berlangsung di kediamannya di Kuala Besut.

Katanya, orang ramai bolehlah menghadiri majlis berkenaan yang bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang.

berita penuh

Majlis Berbuka Puasa Bersama Bersama Anak Perantau



YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu akan meluangkan masa untuk beramah-mesra dengan mahasiswa dan mahasiswi serta anak perantau dari Terengganu yang menetap di Kuala Lumpur dan sekitar Selangor pada Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Bersama Pelajar IPTA dan Anak-Anak Perantau bertempat di Putrajaya International Convention Centre, Kuala Lumpur, pada jam 5.30 petang ini. (20 Ogos 2011 Sabtu)

LOKASI (Klik peta)




berita penuh

2,500 tetamu hadir majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar

Oleh NURUL AZIELLA SABERI



Sekitar 2,500 tetamu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Kemaman petang semalam.

Majlis yang diadakan di rumah beliau, Kampung Teluk Kalong, Kemaman diisi dengan majlis sumbangan zakat perniagaan kepada 100 orang anak yatim dan warga fakir miskin yang disampaikan Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud.

Sumbangan yang penuh bermakna itu disumbangkan oleh Telekom Malaysia (TM) dan syarikat pelaburan milik kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd. (EPIC).


Dato’ Seri Ahmad berkata, beliau amat berbesar hati dan berterima kasih kepada TM dan EPIC kerana sudi memberi sumbangan berkenaan yang sedikit sebanyak mampu meringankan beban golongan yang menerima menjelang Aidilfitri nanti.

Turut hadir, Pengurus Besar TM Terengganu, Badrul Hisham Bahari dan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Ramli Shahul Hameed.

Disamping itu, pihak TM turut membuat penyerahan cek sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Kelab Golf Diraja Terengganu bagi penganjuran Kejohanan Golf Klasik Terengganu 2011.

berita penuh

19 August 2011

JPJ Terengganu tingkat rondaan sepanjang musim perayaan

Oleh FAUZI MOHD



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan meningkatkan rondaan di kawasan berisiko kemalangan maut dan operasi penyamaran di seluruh negeri sepanjang musim perayaan Aidilfitri nanti.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, sebanyak 25 pasukan rondaan akan bertugas di laluan utama di negeri ini dan seramai 138 anggota akan dikerah bertugas dengan mengadakan penguatkuasaan 24 jam bermula 14 Ogos hingga 14 September.


Penguatkuasaan juga katanya, akan ditingkatkan di kawasan kemalangan maut iaitu Km58, Jalan Jerangau-Jabor, Km61, Jalan Marang-Dungun dan Km54, Jalan Sungai Tong-Permaisuri, katanya.

"Kesemua jalan tersebut mencatat jumlah kemalangan maut yang tinggi saban tahun, berikutan itu, pengguna jalan raya diharap memandu dengan berhemah, banyak bersabar dan berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Musim Perayaan Aidilfitri 2011 di sini, semalam.

Selain itu, katanya JPJ juga menempatkan anggota penguatkuasa di terminal bas utama di Terengganu untuk pemeriksaan rutin bersama-sama pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Penguatkuasaan secara penyamaran sebagai penumpang bas juga akan diteruskan, selain mengambil tindakan ke atas ulat tiket di terminal bas dan juga lapangan terbang," katanya.

Bilik Kawalan JPJ Terengganu yang boleh dihubungi menerusi talian 09-6222023 akan beroperasi 24 jam kecuali pada Hari Raya pertama dan kedua.

berita penuh

6,000 pesara ATM masih belum jadi ahli

Oleh FAUZI MOHD

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM cawangan Terengganu serta Kelantan menggesa mana-mana pesara tentera yang masih belum berdaftar sebagai ahli persatuan supaya segera berbuat demikian.

Bekas Pengarahnya, Lt. Kolonel Musa Ali berkata, ia perlu bagi membolehkan hal ehwal kebajikan pesara dan ahli keluarga mereka terjamin selain menjadi platrom mendapatan maklumat terkini berhubung bentuk bantuan yang disediakan selain medan mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin.

Menurutnya, sehingga ini, jumlah pesara tentera yang berdaftar di kedua-dua negeri ini hanya sekitar 4,000 orang sahaja sedangkan masih ada 6,000 lagi pesara yang masih belum daftar menjadi ahli.


"Justeru, saya berharap agar veteran tentera ini segera mendaftarkan diri mereka dengan JHEV atau mana persatuan di peringkat cawangan bagi membolehkan kebajikan mereka terbela.

"Kalau bukan dengan JHEV pun, mereka masih boleh mendaftarkan diri dengan PBTM (Persatuan Bekas Tentera Malaysia) untuk masa depan mereka dan keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan hari raya sumbangan Yayasan Veteran ATM kepada anggota veteran ATM Terengganu di Batalion ke-18 Rajimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Seberang Takir di sini, semalam.

Hadir sama Penolong Pengarah 1 Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi JHEV, Kementerian Pertahanan (Kementah) Komander Jumali Jabon dan Pengarah JHEV cawangan Kelantan dan Terengganu yang baru dilantik, Mejar Abu Bakar Siddiq Sulaiman.

Pada majlis itu, seramai 64 penerima yang terdiri daripada veteran ATM berusia 72 tahun dan ke atas, balu serta anak-anak yatim menerima bantuan hari raya berjumlah RM500 setiap seorang.

Program tahunan yang diadakan sejak 10 tahun lalu itu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan sempena sambutan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Musa berharap orang ramai lebih prihatin terhadap kempen Rayuan Hari Pahlawan yang dijalankan selama tiga bulan bermula 15 Julai yang lalu dan akan berakhir pada 15 Oktober depan.

Katanya, ramai pihak tidak sedar penganjuran kempen itu kerana promosinya tidak dijalankan secara menyeluruh dan hanya terhad di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

"Walaupun kempen ini diadakan setiap tahun, namun tidak ramai yang turut serta dalam menyalurkan sumbang untuk mereka.

"Justeru, saya merayu segenap lapisan masyarakat supaya turut serta bagi membantu kempen ini berjalan dengan baik dan menghargai jasa pejuang negara yang membawa keharmonian negara sehingga kini," katanya.

berita penuh

LENSA TEGANUKITA : MAJLIS BERBUKA PUASA AHLI PARLIMEN KUALA NERUS

Oleh FAUZI MOHD



Hampir 1,500 pengunjung menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd. Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri di perkarangan pejabatnya di Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu, petang semalam.

KLIK UNTUK BERITA DAN FOTO


Selain kunjungan pemimpin negeri dan masyarakat setempat, turut diraikan 340 golongan kurang berkemampuan, warga emas, golongan orang kurang upaya (OKU), pengayuh beca dan pemandu bot penambang.



























berita penuh

Kelab Helang KWDI rai pelajar MTTAB

Oleh FAUZI MOHD


Dato’ Mazlan menyampaikan sumbangan hari raya kepada para pelajar Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah.

Tidak ketinggalan menganjurkan majlis berbuka puasa, Kelab Helang, iaitu salah satu daripada Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) di perkarangan kediaman Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah di Batu Buruk, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Dato’ Mazlan ketika ditemui pada majlis itu berkata, aktiviti itu adalah sebahagian daripada program Ihya’ Ramadan yang dianjurkan kelab itu.


"Majlis seumpama ini juga boleh mewujudkan sausana akrab dan mesra di kalangan ahli keluarga kakitangan KWDI semasa menyambut Ramadan,” katanya.

Pada majlis itu, Dato’ Mazlan turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada para pelajar Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah (MTTAB), Batu Buruk.

Turit hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda yang juga Pengerusi Kelab Helang.

berita penuh

140 pesakit Hospital Kemaman terima kunjungan Menteri Besar

Oleh FAUZI MOHD

Kedukaan dan kesakitan yang dialami oleh 140 pesakit di Hospital Kemaman, Chukai, mungkin sedikit terubat apabila menerima kunjungan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, hari ini.



KLIK UNTUK BERITA DAN FOTO


Selain bertanya khabar, kunjungan sempena Program Ehsan Ramadan anjuran Pergerakan Puteri UMNO negeri itu, turut menyampaikan hamper raya kepada pesakit hospital berkenaan.

Ketua Puteri UMNO negeri, Asfalinda Anuar berkata, program itu antara lain bagi mendekatkan pemimpin dengan rakyat terutama mereka yang sedang menerima rawatan di hospital.

Katanya, kunjungan yang turut disertai isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Norliza Mahmud itu merupakan sebahagian daripada Program Puteri Prihatin (3P) untuk mendekati pelbagai golongan khususnya wanita muda.

"Hasrat Pergerakan Puteri, mahu penglibatan seberamai ramai ahli di peringkat bahagian atau cawangan dalam program-program kemasyarakatan agar kepimpinan puteri dekat dengan msyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program itu, hari ini. Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abd. Hamid, Ketua Pemuda UMNO Kemaman, Mohd. Hisham Zubir.

Tidak ketinggalan, Skuad Sayang Wanita UMNO Kemaman bersama Ketuanya, Rohani Abdullah.

Tambah Asfalinda, program bersama pesakit di semua hospital daerah di Terengganu itu akan diteruskan ke Hospital Daerah Hulu Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.











berita penuh

OPERASI TAWAN BESUT (OTB) MIMPI KOSONG

Oleh: Mohammad Ishak


Pergerakan Wanita UMNO Besut menyertai khatam al-Quran satu aktiviti mendekatkan agama.

Usaha PAS melancarkan kempen “Operasi Tawan Besut” disifatkan satu tindakan sia-sia oleh parti itu selain membuang masa kerana rakyat di kawasan Parimen Besut tidak muda termakan budi dengan helah pemimpin parti berkenaa.

Penduduk Besut yang masih setia dengan kepemimpinan kerajaan yang ditunjangi Umno bukan mudah untuk diberi gula-gula sebaliknya mereka sudah masak dalam perjuangan politik terdahulu dan semasa.


Malah, kehebatan pemimpin Umno di bahagian berkenaan tidak boleh diperlekehkan oleh mana-mana pihak sebliknya pembangkang segaja memilih Besut sebagai destinasi pertama dalam kempen menawan Terengganu pada Plihan Raya Umum ke 13 (PR13) nanti.

Pertengahan bulan lalu Pas Pusat diketuai pemimpin kanannya Mohamad Sabu melancarkan kempen OTB dengan harapan sebagai langkah permulaan untuk menawan Terengganu.

Bahagian Besut diketuai Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh, tidak mudah digugat oleh Pas sebliknya bahagian itu akan menjadi benteng utama menahan kemaraan pembangkang untuk bertapak di negeri ini.

Selepas Besut Pas akan merempuh pintu masuk Kemamam yang menjadi kubu kuat BN di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Mengulas perkara itu, Ahmad berkata, BN Terengganu tidak gentar dengan projek terbaru Pas melancarkan program berkenaan ia satu strategi politik untuk menunjukkan kekuatan parti itu.

Katanya, BN Terengganu juga mempunyai strategi tersendiri tetapi tidak perlu dihebohkan sekarang kerana ia akan menjejaskan usaha membagkitkan semangat penyokong parti.

Beliau berkata, berdasarkan sambutan dan sokongan rakyat Terengganu terhadap pelbagai program kerajaan adalah sukar bagi Pas untuk menawan negeri ini katanya.

“Apa lagi yang rakyat mahu kerana semua kabajikan rakyat termasuk pengagihan dana hari raya, untuk golongan miskin, warga emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta dana bakti remaja adalah contoh kebajikan untuk rakyat yang tidak ada di negeri lain,” katanya.

berita penuh

Anak Yatim Dan Orang Miskin Diberi Sumbangan Raya



Seramai 96 orang anak yatim dan 73 orang miskin diraikan dalam majlis berbuka puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai bersama Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said yang diadakan dipekarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Chukai, Kemaman.

Riak wajah gembira jelas terpancar diwajah anak yatim yang menerima sumbangan duit raya disampaikan sendiri oleh Menteri Besar bersama isteri beliau dan diiringi ADUN Chukai Dato’ Mohamed Awang Tera bersama isteri. Sementara orang miskin pula menerima sumbangan keperluan harian dan duit raya.


Ketika berucap majlis berkenaan Dato’ Seri Ahmad berkata, rakyat negeri Terengganu perlu bersyukur dengan pelbagai sumbangan yang kerajaan negeri berikan terutama kepada golongan yang tidak bernasib baik seperti anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan sebagainya.

“Selain sumbangan subsidi kerajaan negeri, rakyat dinegeri ini juga turut menikmati kemudahan subsidi kerajaan pusat seperti petrol, gula, dan gandum.

“Bagaimanapun, apa yang saya kesalkan apabila subsidi barangan dikurangkan ada antara peniaga sewenang-wenangnya mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan terutama harga makanan dan minuman, ” katanya.

Sehubungan itu, Dato’ Seri Ahmad menyeru peniaga Malaysia perlu mencontohi peniaga di Thailand walaupun tidak menikmati subsidi untuk barangan keperluan tetapi mereka masih mengekalkan harga murah yang tidak membebankan pengguna.

berita penuh

Sekitar Majlis Berbuka Puasa DUN Chukai bersama MB di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat.





































berita penuh