Halaman

27 September 2012

23 bakal imam tiga negara Asean lawat Sekolah Menengah Imtiaz


Oleh: Mohammad Ishak

Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada bakal imam dari negara Indonesia, Thailand, Kemboja dan peserta tuan rumah teruja dengan keisitimewaan dan keunikannya sistem pendidikan Sekolah Menangah Imtiaz Besut (SMIB) yang menggunakan sistem pendidikan berasaskan al-quran bagi melahirkan generasi Ulul Albab ketika mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah berkenaan di sini hari ini.

Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang terletak di Kampung Pelagat Jerteh yang menjadi sebahagian mercu tanda dan mencipta sejarah di daerah Besut telah dilawati hampir dua jam oleh bakal-bakal imam dari tiga negara asean berkenaan yang bagi mereka merupakan satu-satu institusi di rantau ini yang mempraktikkan pendidik bercorak keislaman untuk dunia dan akirat.

Penyelaras peserta berkenaan, Nik Sukiman Nik Yusof dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Cawangan Timur di Bukit Keluang disini berkata kumpulan bakal imam itu merupakan peserta Kursus Kepimpinan Imam Antarabangsa yang berlangsung di ILIM yang telah memilih SMIB untuk dilawati bagi menambahkan pengetahuan mereka tentang pendidikan Islam di daerah Besut.

Katanya, lawatan tersebut amat bersesuaian dengan bakal-bakal imam berkenaan bagi menerapkan kesedaran tentang kepentingan menerapkan ilmu Islam dalam mengimarahkan masjid yang bakal mereka uruskan di negara masing-masing nanti.

Menurutnya , Sekolah Menengah Imtiaz Besut menjadi salah satu lokasi lawatan mereka kerana ia merupakan institusi pendidikan di bawah Yayasan Terengganu yang berusaha melahirkan generasi Ulul Albab di kalangan pelajarnya

” Peserta lawatan melahirkan rasa teruja dengan program sekolah yang bercirikan al Quran itu setelah melihat secara lebih dekat program–program yang disediakan kepada pelajar guru-guru yang terlatih di sekolah berkenaan”, katanya..

Ahli rombongan itu telah diberikan taklimat selama kira-kira satu jam oleh pengetua sekolah, Abdul Wahab Mohd Arshad sebelum dibawa melihat dan meninjau aktiviti yang dilakukan oleh pelajar seharian.

Nik Mohd Sukiman berkata, selain dua lokasi itu, peserta juga akan dibawa melawat ke Taman Tamadun (TTI) Islam Kuala Terengganu esok yang menjadi destinasi pelancong dalam dan luar negara.