Halaman

25 September 2012

Ingat dok lagi: Pas luluskan lesen Pajak Gadai Riba di Terengganu

Oleh: Ruslan Abdul Rahman- Pengarang Teganukita. 

Pas terlalu takut apabila Perdana Menteri menyebut “Janji Ditepati’ yang menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan kali ini, sehingga hendak buat tema lain.

Ini kerana Pas memang terkenal dipimpin oleh pimpinan yang hanya pandai menyebut dan berjanji tentang kebaikan, Islamik dan sebagainya, tetapi bila diberi mandat dan kuasa tidak melaksanakannya atau dalam erti kata lain tidak menepati janjinya.

Sebagai contoh janji Pas Terengganu dalam manifesto pilihanraya umum ke 10 lalu, fasa 5.1 menyebut- memperkenalkan dasar kewangan Islam yang akan menyelamatkan rakyat dari kutukan dan penindasan riba. Fasa 5.2 Memastikan sumber hasil kerajaan bebas dari sebarang unsur haram (tender puluh-puluh ribu untuk pajak gadai riba tu tak sumber haram ke.?


 Rakyat pun percaya akan janji-janji mereka (pemimpin Pas) lalu diberikan kuasa atau mandat. Bila menang dan berkuasa:

Di bawah pemerintahan Pas di Terengganu (1999-2004), kedai pajak gadai konvensional yang mengamalkan riba tetap dibenarkan, walaupun pemimpin mereka bersyarah mereka telah menghapuskan riba sebaik berkuasa.

Antaranya ialah dua buah di Kuala Terengganu, masing-masing satu di Kemaman, Dungun dan Kuala Berang.
• Pajak Gadai Jalan Bandar (Kg China) K.Terengganu Dengan bayaran tender RM45,999 sebulan
• Pajak Gadai Jalan Banggol, Kuala Terengganu (Bayaran tender RM39,999 sebulan)
 • Pajak gadai di Kemaman (RM28,888 sebulan)
• Pajak Gadai di Dungun (RM8,888 sebulan)
• Pajak Gadai di Kuala Berang (RM5, 520 sebulan)

Tender atau tawaran dikeluarkan oleh Lembaga Tawaran Negeri di bawah Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Pas. Pajak Gadai Islam yang ada yang diusahakan oleh Kerajaan BN sebelumnya, bayaran tendernya RM505 sahaja sebulan.

Kini pemimpin Pas melaungkan semula janji kepada rakyat, jika diberi kuasa akan menghapuskan riba....

Rakyat Terengganu telah serik dengan janji-janji dan pembohongan pemimpin Pas!