Halaman

04 October 2012

CAKNA REMAJA

Oleh: Ruslan Rahman 

Terengganu yang sebelum ini telah memperkenalkan Dana Bakti Remaja sebanyak RM200 seorang tentulah berasa amat bangga apabila dalam Bajet 2013 turut memperkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM 2.0) kepada individu bujang yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan,sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Razak.

Misalnya tahun ini (2012), kira-kira 85,000 belia di seluruh Terengganu baru sahaja menerima Dana Bakti Remaja yakni diperolehi belia yang layak di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, kira-kira RM17 juta yang peruntukan. Setiap belia berusia antara 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin layak menerima RM200.

Tahun lalu (2011) seramai 83,197 belia yang membabitkan peruntukan RM16.6 juta menerima dana itu.


Dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak menyatakan dalam sebagai tambahan, beliau sukacita juga mengumumkan pemberian BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan.

Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak 250 ringgit. Kata Dato’ Sri Mohd Najib, hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifestasi sebuah Kerajaan bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah. Ia memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit. Ia akan dibayar mulai awal tahun 2013.

Bagi memudahkan pelaksanaan, penerima BR1M sedia ada tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mula mendaftar mulai November 2012 secara atas talian atau melalui kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara.

Kita yakin dan percaya, walaupun Kerajaan Persekutuan memperkenalkan BRIM untuk golongan bujang, Terengganu juga boleh meneruskan program Dana Bakti Remaja pada tahun hadapan.

Jika itu menjadi kenyataan, bermakna remaja Terengganu yang mencukupi syarat akan memperolehi wang bantuan khusus dari kerajaan (negeri dan pusat) berjumlah RM450 kesemuanya setiap seorang.

Jangan anggap semua kerajaan boleh berbuat demikian, hanya kerajaan yang peka kepada rakyat dan remaja sahaja melakukan demikian.

Tidak berlaku di negara-negara lain semesra ini kerajaan dengan rakyat kerana kalau kita melihat bagaimana kehidupan gelandangan dan warga miskin di kota-kota dan desa negara jiran kita tanpa dihirau pun oleh pemerintahnya. Bersyukurlah kerana kita mempunyai kerajaan yang cukup cakna terhadap rakyatnya!