Halaman

05 October 2012

Kerajaan Yang Meringankan Beban Rakyat

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Rakyat negara ini perlu bersyukur kerana dikurniakan sebuah negara yang aman di mana mereka bebas melakukan apa saja selagi ia tidak menyalahi undang-undang.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, berkata rakyat Negara ini tambah bertuah kerana mereka mempunyai kerajaan yang cakna rakyat dan sentiasa mencari jalan bagi membantu meringankan beban mereka.

“Banyak negara lain tidak berpeluang mengecapi keamanan dan kemewahan hidup seperti yang berlaku di negara kita,” katanya pada majlis Forum Perdana bertajuk ‘Buat Molek Sokmo’ yang diadakan di Padang Astaka Chukai, Kemaman, malam tadi. Sultan Terengganu,


Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah turut berangkat ke majlis itu. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan ketua-ketua jabatan turut hadir.

Forum Perdana tersebut dipengerusikan Prof. Madya Ridhuan Tee Abdullah.

Dato’ Dr Mashitah meminta rakyat hidup dalam keadaan aman dan tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan huru hara dalam negeri dan negara.