Halaman

06 February 2013

Perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Marang meriah

Oleh :Amirullah Othman

Semua Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). jabatan-jabatan kerajaan, badan beruniform dan sekolah-sekolah dalam daerah Marang telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Marang, semalam.

Seramai 35 orang sehingga 50 orang telah disyaratkan untuk mewakili kontijen masing-masing, bagi menjayakan program berkenaan.

Program tersebut dirasmikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dato’ Yahya Khatib Mohamad yang juga ADUN Pengkalan Berangan.

Dalam ucapannya, Dato’ Yahya mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang menyertai perarakan ini dan syabas kepada kontinjen yang menang dalam perarakan.

Beliau turut menyentuh soal pilihan raya yang akan tiba tidak lama lagi dan semua jentera parti bersiap sedia bagi menghadapinya.

Selain itu, beliau mahu tiada kekecohan berlaku sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke- 13 nanti dan menyeru kepada semua pihak agar bertenang menangani segala kemungkinan yang berlaku. Dalam perarakan ini bagi kategori Jabatan Kerajaan,

Pejabat Agama Daerah Marang telah muncul johan manakala kategori Badan Beruniform pula Akademi Bomba Wakaf Tapai muncul johan.

Bagi kategori sekolah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling muncul johan dan bagi kategori JKKK pula JKKK Alur Tuman muncul johan.

Program seumpama itu sangat baik untuk memastikan kesinambungan Maulidur Rasul diteruskan dan tidak ditinggalkan.

Perarakan ini telah berlangsung sejauh 4.8 kilometer bermula dari Masjid Sultanah Nurzahirah hingga Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya.