Halaman

08 April 2013

30 tahun bersama Anwar akhirnya menolak pemimpin pembangkang


Dr Sidek Baba ketika menjawab soalan mengenai Anwar daripada guru.

Oleh: Mohammad Ishak

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pelbagai kejutan dijangka akan berlaku dalam mewarnai politik negara terutama keluar masuk parti oleh pemimpin yang tidak sehaluan dengan parti masing-masing.

Perkara itu sememangnya lumrah dalam setiap kali pilihan raya diadakan kerana masing-masing pemimpin mempunyai prinsip tersendiri apabila tidak lagi selesa berada dalam parti berpunca daripada sesuatu yang tidak kena dengan perjuangan.

Bagaimanapun, berlainan pulan dengan tokoh akademik, Prof Datuk Dr Sidek Baba, yang turut mengemparkan suasana panas politik apabila beliau secara tiba-tiba menolak bossnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dr Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Sidek sebelum ini pernah menjawat jawatan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan pemimpin tertinggi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Kemuncul beliau dengan tanpil menolak Anwar selepas lebih 30 tahun menjadi rakan karib sudah tentu menarik perhatian masyarakat terutama menjelang kempen pilihan raya umum tidak lama lagi.

Tokoh Akademik itu hari ini berpeluang menyampaikan ceramah kepada beberapa kelompok masyarakat di daerah Besut termasuk kepada lebih 1,200 guru pada majlis Dialog Kepemimpinan Warga Pendidik di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Jertih.

Kehadiran beliau sudah tentu dinantikan warga pendidik yang ingin mengetahui mengapa beliau menolak kepimpinan Anwar sekaligus tanpil memberi penerangan mengenai salah laku Anwar.

Pada ceramah berkenaan Dr Sidek berkata beliau mengambil masa tiga tahun membuat penyelidikan dan kajian secara ilmiah mengenai pemimimpin pembangkang itu dan akhirnya terpaksa menolaknya.

Katanya, pertemuan beliau dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu meembangkitkan kesedaran selain beliau sendiri mempunyai 28 bukti mengenai pelbagai kes salah laku Anwar.

“Ekoran itu sekarang saya menerima banyak cacian dan penghinaan oleh rakan seperjuangan kerana tidak lagi bersama Anwar, sebaliknya berasa lega kerana tindakan yang dilakukannya adalah untuk menyelamatkan umat Islam,” katanya.