Halaman

29 April 2013

RAKYAT TERENGGANU SUDAH SERIK DENGAN PAS

Mereka menjanjikan air percuma jika menang.

Namun kita masih ingat, semasa Pas berkuasa di Terengganu, masalah air berleluasa.

Bukan air percuma yang diterima, tetapi ramai yang tidak mendapat bekalan air yang sempurna.

Mengurus bekalan air untuk rakyat pun mereka tidak berupaya. Sehingga ada yang terpaksa kembali menggunakan telaga, air sungai dan paya.

Buka paip air tidak ada, hendak mengambil wuduk pun bermasalah, apatah lagi untuk kegunaan lain, termasuk minuman, kata seorang wanita yang ditemuramah semasa Pas memerintah.

Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan janji manis mereka. Mereka menjanjikan kerajaan berkebajikan.

Namun masih dalam ingatan kita, rakyat dinafikan hak termasuk fakir miskin yang hendak mendapatkan wang zakat.

Seramai 45,000 fakir miskin dipotong nama dari menerima wang zakat semasa sambutan hari raya semasa parti itu berkuasa, sedangkan anak Ahli Exco Kerajaan mereka diberikan wang zakat.

Guru-guru Al-Quran berjumlah 2,048 dipotong elaun, hafiz dan hafizah Al-Quran hatta penghafal Al-Quran yang buta penglihatan dipotong elaun, juga Hajah Rogayah Sulong johan Qariah kebangsaan sejak tahun 1961 pun dipotong elaunnya.

Lebih 2,000 penerima bantuan miskin Jabatan Kebajikan Masyarakat yang juga dipotong bantuan. Di mana kebajikannya yang dilaung-laungkan itu?

Mereka menjanjikan perlaksanaan ekonomi tanpa riba tetapi pajak gadai riba diteruskan, tidak satu pun dibina pajak gadai Islam semasa mereka berkuasa.

Mereka sebenarnya golongan yang hanya pandai berjanji, tetapi bila rakyat memberikan mandat mereka tidak tunaikan janji.

Bayangkan tanah kepada seorang wakil rakyat Pas dan isteri diberikan sehingga 130 ekar, untuk dijadikan ladang limau. Bayangkan kawasan balak seluas 10 ribu ekar diluluskan kepada kroni mereka di Hulu Dungun. Rakyat Terengganu sudah serik.