Halaman

07 April 2013

UMAT ISLAM TERKEJUT DENGAN KENYATAAN HAJI HADI BAHAWA SEMBELIHAN ORANG KRISTIAN BOLEH DIMAKAN.

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Umat Islam terkejut mendengar kenyataan Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang bahawa sembelihan orang Krisitian dan juga Yahudi boleh dimakan.

Kandungan kata-kata itu terkandung dalam rakaman video yang dibuat sewaktu Haji Hadi menjawab soalan wartawan mengenai kalimah Allah untuk orang bukan Islam, khususnya Kristian.

Wartawan ada menyebut, bukankah bukan Islam tidak boleh guna kalimah Allah sebab “God’ itu dalam Kristian lain..tapi Haji Hadi menjawab boleh dengan alasan....

“Boleh, sebab itu kita (umat Islam) boleh makan sembelihan orang Kristian, sembelihan Yahudi boleh dimakan..kenapa? mereka nak sembelih mereka sebut Allah.”


Mereka berpendapat kenyataan Haji Hadi itu jelas sesat lagi menyesatkan kerana Kristian adalah golongan kafir dan sembelihan orang kafir tidak boleh dimakan oleh orang Islam.

Dulu Haji Hadi menuduh orang Umno kafir, maka dinyatakan berjuang lawan orang Umno adalah jihad dan kalau terbunuh mati syahid lawan Umno.

Malah dengan sebab fatwa Haji Hadi itu ramai pengikut Pas yang tidak sembahyang berimamkan orang Umno, sembelihan orang Umno tidak boleh dimakan dan nikah semula selepas bernikah dengan jurunikah Umno.

“Jadi bagaimana sekarang, Haji Hadi boleh anggap orang kafir Kristian itu boleh dimakan sembelihannya?” itulah yang menyedihkan mereka tentang keterlanjuran Haji Hadi.

Mereka berharap Haji Hadi bertaubat dan kembali ke pangkuan ajaran Islam yang sebenar dan jangan terpengaruh dengan Kristian dalam DAP dan PKR.