Halaman

03 July 2013

Kecekapan penyampaian intipati utama perkhidmatan awam

Oleh; Esah Abdullah 

Kecekapan penyampaian merupakan intipati utama dalam matlamat perkhidmatan awam iaitu memudahkan tatacara pengendalian urusan perkhidmatan bagi memenuhi piagam pelanggan kepada orang ramai.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Dato’ Haji Mat Razali Kassim berkata, sikap sedemikian juga memudahkan pihak sektor swasta melaksanakan perniagaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.

“Konsep Louisiana Environmental Action Network (Lean) di industri telah disesuaikan oleh pakar-pakar kualiti untuk diadaptasi ke sektor perkhidmatan dan kini menjadi amalan di syarkiat pembuatan dan organisasi berasaskan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Seminar Pengurusan Lean dan MoU Jalinan Industri Lean bersama Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man baru-baru ini.

“PMINT merupakan agensi awam pertama di negeri ini yang akan melaksanakan pengurusan Lean, syabas dan tahniah saya ucapkan,” katanya.

Beliau percaya lebih banyak lagi agensi dan organisasi di negeri ini akan bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam melaksanakan pengurusan Lean bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi.

Katanya, ketua-ketua jabatan perlu mengatur lawatan ke syarikat dan jabatan yang telah lama melaksanakannya sebagai satu kaedah pembelajaran bagi memantapkan lagi penghayatan amalan pengurusan itu di kalangan warga kerja supaya lebih berdaya saing, produktif dan inovatif,