Halaman

15 July 2013

KEMPEN BERHEMAH DI BULAN RAMADHAN


Laporan Ruslan Rahman dari Kuala Besut:
 Susana Pilihan Raya Kecil Kuala Besut semakin ceria dengan pelbagai kegiatan kempen yang mula kelihatan di setiap kampong dan kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM).
  Walaupun kempen berjalan di bulan Ramadhan, tetapi ia mempunyai hikmah yang tersendiri kerana dapat mengurangkan ketegangan dan suasana panas kempen.
Masing-masing pengundi dan penduduk di PDM sama ada di pihak BN mahupun lawan, masing-masing mula didatangi tetamu dari seluruh pelusuk negara.
  Pengusaha kedai-kedai makan dan peniaga di sekitar Kuala Besut, malah Kota Putera dan Jertih turut merasai limpahan kehadiran tetamu dan dapat meningkatkan jualan harian mereka.
  Ini rezeki yang tiba-tiba datang di bulan Ramadhan, kata seorang peniaga yang ditemui.
 Calon BN dan Pas kadang-kadang turut bertembung ketika menjalankan kempen, tetapi ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana kempen di bulan Ramadhan menjadikan ia lebih berhemah, mesra dan beradab.
  Pagi tadi kedua-dua calon itu, bersua di kompleks perikanan Kuala Besut sewaktu sama-sama menemui para nelayan di kompleks berkenaan.