Halaman

14 July 2013

Muhyiddin Berterawih Bersama Penduduk Kuala Besut


Muhyidin bersalaman dengan ayah Tengku Zaihan sambil diperhatikan Ahmad Said. dan Tengku Zaihan.

Oleh: Mohammad Ishak

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat Isyak dan terawih di Masjid Kampung Baharu diekat Kuala Besut bersama penduduk sekitar.

Muhyiddin, yang lengkap berbaju Melayu dan bersongkok, tiba kira-kira 8.40 malam dan disambut Menteri Besar Datuo' Seri Ahmad Said, Ahli Parlimen Besut Dato' Seri Idris Jusoh dan calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Selesai menunaikan terawih, Muhyiddin yang juga Pengarah PRK DUN Kuala Besut, beramah mesra dan menyertai moreh bersama jemaah sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, Muhyiddin berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa dan bersolat Maghrib di Masjid Pengkalan Sentol. PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini, yang mempunyai 17,683 pengundi, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon PAS Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.