Halaman

23 August 2013

400 pelajar Kolej Komuniti Wilayah Timur jadi anak angkat penduduk Besut


YB Muhamad Pehimi mempengerusikan mesyuarat program Kernival pelajar Kolej Komuniti

Oleh: Mohammad Ishak 

Seramai 400 pelajar Kolej Komuniti Wilayah Timur membabitkan dari Pahang, Kelantan dan Terengganu akan berkampung di daerah Besut bersama masyarakat di daerah itu selama empat hari bermula hari ini.

Sepanjang tempoh berada dengan keluarga angjkat terbabit mereka juga akan menyertai Program Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (Kementerian Pendidikan) dengan kerjasama Kolej Komuniti Wilayah Timur.

Karnival yang berlangsung di Dataran Jertih Souq itu memberi peluang kepada penduduk daerah Besut menyertai pelbagai program termasuk kursus jangka pendek yang diadakan percuma untuk keluarga angkat dan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Muhamad Pehimi Yusof berkata, satu majlis penyerahan anak angkat terbabit akan diadakan secara simbolik di Jertih Souq kira-kira jam 3 petang ini kepada wakil keluarga terpilih.

Katanya, anak angkat terbabit akan tinggal bersama keluarga angkjat masing-masing yang diagihkan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) membabitkan empat DUN iaitu, Hulu Besut, Kampung Raja, Kota Putera dan Jertih.

Menurutnya,pengisian pada program yang julung kali diadakan di negeri ini,kira-kira 500 peserta akan menyertai Larian My3L yang diadakan secara terbuka kira-kira jam 7 pagi esok (Sabtu) bermula dari Padang Astaka Jertih ke Dataran Jertih Souq sejauh 1.3 kilometer.

Muhamad Pehimi berkata, peserta juga akan menyertai gotong royong membersih pantai di pusat pelancongan Bukit Keluang bersama konuniti daerah Besut kira-kira jam 8 pagi Ahad ini.

Selan itu, orang ramai khasnya ibu bapa angkat akan berpeluang mengiukuti kursus kemahiran jangka pendek dalam pelbagai bidang yang diadakan secara percuma.

Antara bidang kursus yang dianjurkan termasuklah membuat kek, dekorasi batik, nurger bakar, baja emas, sulaman riben, mee kuning, sabun comel, bahasa mandarin, bonsai Kristal, servis penyaman udara dan kraf feit.

Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh, akan melakukan upaca penutup program pada jam 3 petang hari Ahad ini.


No comments: