Halaman

25 August 2013

BERKENALAN DENGAN ORANG KAMPUNG DARI LANGIT

Oleh: Ruslan Abdul Rahman 

 Huaxi Cun, China. Apakah keistimewaan tempat ini, lantas Terengganu menerima kunjungan deligasi dari perkampungan istimewa ini.

 Pagi tadi (25 Ogos) rombongan berkenaan telah mengadakan kunjung hormat kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Kemudian mengadap Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

 Selepas itu diadakan sesi dialog setelah majlis makan tengahari di Hotel Primula, Kuala Terengganu.



 Istimewanya, Huaxi Cun, China adalah perkampungan moden petani, kaya dan mempunyai ciri-ciri kehidupan abad ini yang terhebat.

 Ia dikenali sebagai “the first village in China”. Di Huaxi Cun, semua petani tinggal di villa.

 Mereka tinggal di kondo-kondo mewah dengan pelbagai kemudahan moden, setaraf dengan hotel bertaraf lima bintang.

Setiap mereka mereka mempunyai kereta mewah lebih dari satu dan terdapat kawasan atau ruang untuk
helikopter di atas bumbung villa mereka.

Petani Huaxi Chun telah menjadi kaya dengan bekerja di kilang-kilang dan kini mereka masing-masing berhak untuk memiliki villa, kereta mewah, penjagaan kesihatan percuma, pencen yang terjamin dan pendidikan yang baik untuk anak-anak mereka.

  Inilah hebatnya kehidupan mereka. Ia bukan mimpi, bukan fantasi, tetapi realiti.
  Ia juga terkenal sebagai mercu tanda’ kampung baru di langit’ dengan villa dan hotel anatranya setinggi 72 tingkat di hiasi marmar, kilauan emas dan air pancut.




 Hari ini mereka datang ke Terengganu untuk mencari peluang-peluang pelaburan.
 Terengganu menyambut baik kunjungan mereka untuk tujuan perkongsian ekonomi dan pembangunan.


No comments: