Halaman

23 August 2013

DUA YB HADIR DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SK CHALOK BARAT

Oleh:Aminudin Ismail.

SETIU: Warga Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Felda Chalok Barat, di sini bertuah kerana mereka dihadiri oleh dua wakil rakyat serentak pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Perkarangan Dataran sekolah itu, semalam.

Kedua-dua wakil rakyat itu ialah Dato' Sabri Mohd Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap dan Che Mohd Zulkifli Jusoh (Ahli Parlimen Setiu) tiba di sekolah itu kira-kira jam 2 petang dengan disambut oleh Guru Besar sekolah berkenaan Fadilaton M.D Top Guru serta beberapa guru sekolah itu. 

Penolong Kanan Ko kurikulum sekolah itu, Ahmad Abdullah, berkata kehadiran kedua-dua Wakil Rakyat itu membuktikan sikap perihatan mereka terhadap jemputan pihka sekolah dan kepekaan mereka untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri bersama warga SK Chalok Barat serta bertemu penduduk setempat.

"Walaupun sibuk dengan beberapa tugas sebagai wakil rakyat yang baru dilantik baru-baru ini selepas memenangi Pilihanraya Umun Ke 13 (PRU 13) namun mereka sempat meluangkan masa hadir untuk bertemu dan beramah mesra dengan warga sekolah dan penduduk kampung," katanya.

Ahmad berkata, pada majlis rumah terbuka tahun ini, pelbagai juadah disediakan antaranya ialah nasi minyak gulai kambing, mee kari, ketupat, tapai dan pelbagai kuih muih. Katanya, majlis rumah berbuka bermula jam 12 tengahari dan berakhir jam dua petang dengan dihadiri oleh guru, murid-murid dan beberapa jemputan.

Sabri (tengah) sedang bertanyakan sesuatu kepada Fadilaton di Hari Terbuka Aidilfitri SK Chalok Barat, semalam