Halaman

22 August 2013

Sultan Mizan berkenan ke majlis hari raya bersama rakyat di Istana Syarqiyyah

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli berkenan ke Majlis Sambutan Aidilfitri 2013 sambil disambut Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di perkarangan Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu.
Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.

Keberangkatan baginda ke majlis anjuran Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KBDYMM) Sultan Terengganu itu disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Ahli Dewan Pangkuan Diraja dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.





Sejurus ketibaan baginda kira-kira jam 12.30 tengahari, majlis diteruskan dengan jamuan makan sambil dihiburkan oleh artis kebudayaan negeri Terengganu, Suktra.

Majlis julung kali yang bermula pada 11 pagi hingga 2 petang itu dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk di kalangan penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan usia.

Pelbagai menu disediakan kepada tetamu termasuk nasi minyak, nasi dagang, sate, lemang, tapai dan kuih muih.


No comments: