Halaman

22 August 2013

YPKT terbit dua buku panduan keluarga

Oleh; Esah Abdullah 

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan melancarkan dua buah buku panduan keluarga khususnya untuk pasangan yang berkahwin dalam tempoh satu hingga lima tahun.

 Pengarahnya, Encik Mohd Safaruddin Mustaffa berkata, salah satunya bertajuk ‘Pemakanan Keluarga’ dan ‘Keluarga Generasi Baru’ yang akan dilancar pada awal tahun depan.


“Kita bekerjasama dengan Syarikat Telaga Biru bagi menerbitkan buku ini dan akan mencetak 5,000 naskah setiap satu dan akan diberikan secara percuma kepada golongan sasar,” katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di perkarangan pejabat YPKT hari ini.

Setakat ini katanya , berada dalam proses pemilihan, penyusunan bahan, semakan dan dijangkakan dapat diedarkan kepada umum pada januari tahun depan.

Menurutnya, setiap tahun terdapat 11,000 pasangan berkahwin di negeri ini dan YPKT mensasarkan 10 peratus daripada pasangan berkenaan akan mengikuti kursus pengukuhan keluarga yang membabitkan suami, isteri serta anak.

“Kursus yang mengambil masa dua hari itu bertujuan untuk memantapkan institusi keluarga berkenaan yang dianggap berada dalam proses penyesuaian kerana tempoh antara satu hingga lima tahun perkahwinan banyak menghadapi masalah serta berlaku perceraian,” katanya.
 
 

No comments: