Halaman

05 October 2013

Cabaran SULTAN MIZAN CUP 2013 Bermula.

Oleh: Aminudin Ismail.

LEMBAH BIDONG: Sultan Mizan Zainal Abidin bersama 49 peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2013 dilepaskan tepat jam 5 petang tadi di Taman Kuda Lasak, di sini.


Aksi seorang peserta menunggang kuda.

Dengan bermulanya “Flag Off” yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said itu, bermulalah cabaran perjalanan kuda lasak sejauh 120 kilometer yang dijangka berakhir jam 6 pagi esok di tempat yang sama.

Sultan Mizan (Tengah, memakai vest no 7) tenang mengendalikan kudanya.

Kejohanan yang turut disertai negara Thailand, Indonesia dan Argentina itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak US5 ribu kepada juara.

Sebahagian peserta yang mengambil bahagian.

Turut hadir pada majlis pelepasan peserta itu ialah Speaker Dewan Rakyat, Dato’ Zubir Embong, Pegawai Daerah Setiu dan beberapa exco kerajaan negeri.

Kuda dimandikan sebelum perlumbaan bermula.



No comments: