Halaman

14 October 2013

Penduduk Kampung Gong Bayor dapat masjid baru


Ahmad (kiri) dan Maria kanan menyerahkan replika kunci sambil diperhatikan Udris, Muhamad Pehimi dan A Rahim.

Oleh: Mohammad Ishak 

Aidilfitri yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam esok memberi penuh erti kepada masyarakat Islam di Kampung Gong Bayor, dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera,Besut.

Ini kerana masyarakat Islam kampung itu akan menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid baru yang lebih selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Masjid berharga RM3.8 juta dibina pada Jun 2012 dan siap lebih awal daripada jadual ditetapkan akan digunakan untuk solat Aidilfitri esok.

Satu majlis penyerahan masjid berkenaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diwakili jurutera daerah, Maria Marcos kepada Pejabat Agama Daerah Besut yang diwakili Pegawai Agama Daerah,Ahmad Azhar Harun @ Musa berlangsung semalam.

Ia turut disaksikan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Muhamad Pehimi Yusof dan Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.

Imam masjid berkenaan,Daud Abd Rani berkata, pihaknya gembira dengan penyerahan itu kerana ia membolehkan penduduk menggunakan masjid baru itu untuk solat dan aktiviti keagamaan selepas ia dibenarkan pihak Pejabat Agama Daerah.

Katanya, masjid yang mampu menampung kira-kira 500 jemaah menggantikan masjid lama yang uzur dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik kuliah, dewan, wakaf, bilik mandi, tandas awam dan landskap. “

Penyerahan masjid berkenaan adalah anugerah istimewa kepada penduduk kampung ini yang akan menyambut hari raya haji esok,” katanya.