Halaman

23 November 2013

MENOLAK DESAS DESUS: DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID KINI DITERUSKAN SEBAGAI PENGERUSI UMNO TERENGGANU DAN DATO’ JAILANI SEBAGAI TIMBALAN



 Perlantikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu (BPUNT) selepas proses pemilihan parti di semua peringkat merupakan suatu kepercayaan yang tinggi kepada pememimpinan beliau di Terengganu.
 Umno Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah membuat keputusan yang terbaik demi perpaduan dan kekuatan Umno di negeri ini tanpa dipengaruhi oleh khabar-khabar angin yang sengaja diwujudkan untuk mengurangkan keyakinan terhadap kepemimpinannya.
  Perlantikan itu amatlah dialu-alukan sebagai usaha untuk terus memperkukuhkan Umno di negeri ini kerana tidak semua Menteri Besar dilantik ke jawatan itu sebagaimana Perlis diketuai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim.
Dato’ Seri Haji Ahmad digandingkan pula dengan pendatang baru iaitu Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Dato’ Jailani Johari yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  Sebelum ini Dato’ Seri Haji Idris Jusoh adalah Timbalan BPUNT tetapi beliau kini hanya memilih menjadi Naib Ketua Umno Bahagian Besut sahaja.
 Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru Pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majli Tertinggi UMNO di sini Khamis malam (21 November) lepas.
  Dato’ Seri Mohd Najib juga berkata “MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT kerana mereka ada kuasa sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri, amalan ini sudah berlaku sebelum ini”
  Oleh itu betullah perkiraan Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang tidak bertanding untuk merebut anggota MT kerana sudah menjangkakan akan dijemput sama dalam mesyuarat MT itu selaku Menteri Besar yang mewakili Umno/BN.
 Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib di atas kepercayaan berterusan yang diberikan kepadanya untuk terus memimpin Umno Terengganu, berganding dengan Dato’ Jailani Johari.
 Sementara itu, Dato’ Jailani ketika dihubungi mengesahkan perlantikan itu dan mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan di atas amanah dan kepercayaan diberikan.
 “Insya Allah saya akan jalankan tugas dengan sebaiknya,” katanya.