Halaman

01 November 2013

Pusat Minda Besut jadi rujukan pelajar mengetahui bidang sains


Pelajar melawat Pusat Minda Besut

Oleh: Mohammad Ishak 

Kelab Sains Sekolah Menangah dan Rendah dari Kelantan dan Terengganu mempelbagaikan aktiviti bagi menarik minat pelajar dalam bidang sains dengan mengadakan lawatan ke Pusat Minfa Besut (MindCet) di sini semalam.

Program diluar bilik darjah itu bertujuan membuka minda pelajar supaya lebih mendalami ilmu sanins yang sebelum ini hanya dipelajari melalui makmal sains di sekolah masing-masing.

Seramai 70 yang menggangotai Kelab Sains di daerah Kota Bharu,Kelantan dan Kuala Besut, dekat Jertih bergabung tenaga mengadakan lawatan sehari ke Pusat Minda Besut bagi melihat secara lebih dekat mengenai pusat berkenaan.

Pusat yang ditubuhkan dengan kerjasama BrainNetwork, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 15 Julai 2008, adalah yang pertama diwujudkan di negara ini sebagai usaha menjana kreativiti dan memberi kefahaman terhadap kepintaran minda manusia.

Pengarah Pusat Perkhiudmatan dan Penyelidikan Neurosurosains, HUSM Kubang Kerian, Prof Dr Jafri Malin Datuk Abdullah, menyampaikan taklimat mengenai fungsi pusat berkenaan dalam mengembangkan ilmu sains kepada pelajar terbabit. 

Prof Dr Jafri berkata, pusat berkenaan berperanan untuk mencetuskan minat pelajar dalam bidang sains seterusnya menggalkkan mereka dalam usaha melahirkan generasi pintar,inovatif dan kreatif.

Katanya, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu sains bagi mempastikan generasi akan datang mampu melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada pakar luar untuk membangun negara.

 “Di Pusat Minda Besut, pelawat akan dapat mengetahui dengan jelas peranan yang menggunakan otak untuk mengubah minda dan pemikiran manusia,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh mengunjungi pusat itu yang dibuka kepada pelajar dan ibu bapa untuk melihat sendiri pameran dan bahan sains terutama otak manusia yang menjadi teras kepada minda seseorang.

Dr Jafri berkata, ahli kelab sains berkenaan yang turut dihadiri guru sains dapat mengetahui lebih jelas men genai peranan otak melalui sesi penerangan dan percambahan minda.

Beliau berkata, rakyat Negara ini yang kurang berminat dengan sains perlu diberi penekanan supaya pelajar masa kini akan dilahir dengan pakar sains.