Halaman

26 December 2013

JPNIN saran wujud SRS setiap kampung

Oleh: Mastura Jamaldin

Jabatan Perpaduan Negeri dan Integrasi Nasional Terengganu (JPNIN) menyarankan supaya lebih banyak kampung mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi melaksanakan tugas mengawal keselamatan persekitaran untuk mencegah jenayah dan penyalahgunaan dadah di kawasan setempat.

Pengarahnya, Encik Burhanuddin Daud, berkata inisiatif itu akan dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama polis dan pemimpin serempat.

“Kita akan menggalakkan kampung-kampung yang telahmewujudkan Kelab Rukun Tetangga (KRT) agar menubuhkan SRS pula kerana usaha itu dapat mengekang pelbagai anasir tridak sihat khususnya jenayah setempat,” katanya ketika merasmikan Program KRT dan SRS Kampung Nibong, Hulu Terengganu, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Ismail Muslim. Encik Buhanuddin berkata, pihaknya bersedia melaksanakan pelbagai program dengan pihak keselamatan dalam memastikan kesedaran masyarakat dapat dipertingkatkan, selain menambah keharmonian serta menjamin keselamatan masyarakat.

Dalam pada itu, DSP Mohd Ismail mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan KRT kampong berkenaan kerana semangat dan komitmen mereka melaksanakan SRS.