Halaman

29 June 2013

Taman Pra Tahfiz Perkaya bantu anak yatim celik Al-Quran

Oleh: Noraini Jusoh

Atas dasar keprihatinan untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim di negeri ini khususnya berkaitan ilmu agama, mendorong Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) cawangan Kuala Terengganu membuka sebuah pusat bagi membantu anak yatim mempelajari ilmu al-Quran.

Pengerusi Perkaya Kuala Terengganu, Haji Yusof Abd. Karim berkata, kemurahan hati seorang hamba Allah mewakafkan sebuah rumah banglo di Kampung Beladau Kolam melancarkan hasrat tersebut dan membolehkan Taman Pra Tahfiz Perkaya mula dibuka pada 1 April lalu.


"Setakat ini, ia disertai 22 murid lelaki tahun empat dan lima yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam.

"Program ini memberi penekanan kepada mereka yang kurang faham dan tidak mahir Al-Quran dengan diajar tenaga pengajar berpengalaman yang terdiri daripada seorang guru tahfiz serta dua warden yang tahu tentang ilmu Al-Quran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita di Majlis Sumbangan Pakaian Raya Anak Yatim Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu 2013, di Kompleks Seri Iman, kelmarin.

Katanya, selain mengajar anak-anak yatim supaya mereka celik al-Quran, ilmu akademik yang lain turut tidak dilupakan.

"Selepas habis sesi persekolahan, anak-anak yatim ini akan balik ke asrama di pusat berkenaan untuk mengikuti kelas al-Quran,” katanya.

Menurut beliau, semua pelajar di pusat tersebut adalah lelaki kerana pihaknya berpendapat mereka lebih mudah untuk bergaul dengan masyarakat setempat terutamanya dalam membantu menunaikan fardu kifayah seperti menyertai sembahyang jenazah sekiranya terdapat kematian, tahlil dan sebagainya.

"Secara tidak langsung, program ini dapat memberi peluang kepada anak yatim lelaki dalam daerah Kuala Terengganu mengikuti program yang sepenuhnya ditanggung dan apa yang lebih bermakna mereka dapat mengaplikasikan pengalaman ini apabila dewasa nanti,” ujarnya.

Katanya, setakat ini hanya terdapat sebuah Taman Pra Tahfiz Perkaya di Beladau Kolam dan insyaallah pada tahun hadapan sebuah lagi akan dibuka di Jerangau, Dungun.

"Pengambilan baru bagi Taman Pra Tahfiz Beladau Kolam akan dibuat pada tahun hadapan dengan menjalankan temuduga terlebih dahulu kepada mereka yang memohon dan mengutamakan pelajar yang buta al-Quran.

"Anak yatim lelaki yang kehilangan bapa, ataupun kehilangan ibu bapa kedua-duanya sekali dan terdiri daripada murid tahun empat dan lima boleh memohon untuk belajar al-Quran di pusat ini,” ujarnya.

Katanya, pengambilan baru pada tahun hadapan dibuka kepada 15 pelajar sahaja kerana kapasiti pusat tersebut hanya dapat memuatkan 40 pelajar sahaja pada satu-satu masa.

"Harapan saya, semoga Taman Pra Tahfiz Perkaya ini akan terus berkembang ke daerah-daerah lain dan pada masa akan datang pihak kami bercadang untuk membuka pusat khusus kepada pelajar yatim perempuan untuk mereka belajar al-Quran.

"Dari semasa ke semasa kita akan lakukan penambahbaikan terhadap pusat ini untuk memastikan nasib anak-anak yatim di negeri ini terus terbela,” ujarnya.

 

berita penuh

Penduduk Kg Surau Hj Yaacob dapat masjid baru

Oleh : Amirullah Othman 

Penduduk kampung Kampung Surau Haji Yaacob sangat gembira apabila masjid baru yang telah lama diidamkan telah siap di bina dengan kos RM 3.4 juta.

Jurutera Daerah, Pejabat Agama Daerah menyempurnakan proses penyerahannya kelmarin dan dijangka Masjid Surau Hj. Yaacob ini boleh digunakan pada minggu hadapan.



Encik Zaidi Muda calon Barisan Nasional dalam PRU 13 yang lalu melahirkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana apa yang diperjuangkan oleh beliau selama ini telah termakbul dan penduduk Kampung Surau Hj Yaacob telah mendapat tempat ibadat yang lebih besar dan selesa.

Ini merupakan satu projek daripada kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa membantu setiap permasalahan rakyat dan telah membina banyak masjid di seluruh negeri Terengganu.

Ruang dewan untuk pelbagai kegunaan juga telah di bina di bahagian atas masjid. Sebarang aktiviti boleh dijalankan seperti kursus perkahwinan,kursus pengurusan jenazah dan sebagainya.

Boleh kita lihat pada ukiran mimbar dan ayat-ayat suci Al-Quran sangat cantik dan memukau pandangan kerana kehalusan seni binanya.

 Ini menunjukkan negeri Terengganu memang sesuai dengan gelarannya “Darul Iman”.

 

berita penuh

28 June 2013

Biro Penerangan UMNO Besut akan digerakan segera

Oleh: Mohammad Ishak

Umno Bahagian Besut akan memperkukuhkan jenteranya terutama biro penerangan bagi memberi penjelasan pelbagai isu yang akan dibangkitkan pihak pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Pengerusi Biro Penerangan Umno Bahagian itu, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, satu mesyuarat khas biro berkenaan akan diadakan Ahad ini untuk menyusun atur program parti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh kempen PRK berkenaan.

Katanya, mesyuarat itu akan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Datuk Ahmad Maslan,akan membincangkan pelbagai perkara termasuk isu-isu yang bakal dicetuskan pihak pembangkang.

Wan Zakaria yang pernah menjadi wakil rakkyat kawasan itu selama tiga penggal berkata, pertandingan merebut kerusi DUN Kuala Besut, dijangka menarik kerana ia PRK pertama selepas PRU13 baru-baru ini.

Bagaimanapun,katanya, pengalaman beliau selama 15 tahun mewakili rakyat di kawasan itu harapan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi itu amat cerah sekali.

Katanya, biro penerangan akan digerakkan mulai sekarang secara tersusun termasuk menggunakan media social untuk menangkis isu-ius yang akan dibangkitkan pembangkang selan mengetengahkan janji kerajaan BN.

Beliau berkata, kehadiran Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan  diharap dapat membantu memperkemaskan jentera peneragan partri di peringkat bahagian dan kawasan.

Wan Zakaria berkata, pengundi di DUN Kuala Besut, menaruh harapan besar BN kekal di kawasan itu kerana masih banyak projek pembangunan untuk golongan nelayan akan dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh perkhidmatan bekas ADUN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar menjadi wakil rakyat sudah banyak kemudahan untuk rakyat disediakan di kawasan itu termasuk Pulau Perhentian.

Katanya, masalah penempatan penduduk yang sering dilanda hakisan ombak di persisiran pantai juga akan diatasi apabila sebuah rumah pangsa yang dibina kerajaan negeri sudah siap dan akan diagihkan kepada pemohon tidak lama lagi.

“Saya yakin BN akan terus kekal di DUN Kuala Besut kerana rakyat sudah matang selain penduduk Besut memang menolak kehadiran pembangkang” katanya.,


berita penuh

Pertunjukan Paramotor Antarabangsa Terengganu 2013

Oleh: Noraini Jusoh

Majlis Pengakap Negeri Terengganu (MPNT) bersama Kelab Paramotor Walis mengadakan Pertunjukan Antarabangsa Terengganu 2013 di Kawasan Tambakan Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala Terengganu bermula hari ini sehingga 30 Jun.

Setiausaha Kehormat MPNT, T. Ahmad Shabirin Awalludin berkata, seramai 25 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian pada acara kali ini.


"Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee akan menyempurnakan majlis pelancaran pertunjukan ini pada 29 Jun di lokasi yang sama pada sebelah petang.

"Selain memperkenalkan sukan paramotor sebagai salah satu aktiviti sukan lasak dan sukan pelancongan di negeri ini, tujuan pertunjukan ini diadakan adalah untuk menjadikan Seberang Takir sebagai hub penerbangan paramotor yang mampu menerima penerbang dari dalam dan juga luar negara,” ujarnya.

Katanya, pihak penggiat dalam aktiviti sukan paramotor telah mengenalpasti lokasi di Hujung Tanjung Seberang Takir sebagai salah satu kawasan yang paling strategik di Malaysia untuk menjalankan aktiviti tersebut.

"Mereka bercadang untuk memindahkan destinasi penerbangan yang diadakan di Jurga, Selangor sebelum ini ke Terengganu memandangkan kawasan Seberang Takir dari struktur geografi dan pengurusan logistiknya adalah yang terbaik,” ujarnya.

 

berita penuh

Tesdec rangka strategi jangka pendek berasas perkembangan ekonomi

Oleh: Aida Abd Rahman

Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) merangka strategi jangka pendek bagi tempoh setahun berdasarkan jangkaan peningkatan pelaburan asing dan domestik tiga sektor utama negeri terutama  bioteknologi, minyak dan gas serta perkilangan seluruh Terengganu.

Pengerusi Lembaga Pengarah Tesdec, YB Mohd Mahdi Musa, berkata berasaskan itu, pusat kemahiran itu merangka beberapa program kemahiran kepada belia lepasan sekolah dan program peningkatan kemahiran berasaskan industri untuk lepasan ijazah dan diploma bagi melahirkan tenaga kerja terlatih selaras dengan perkembangan ekonomi negeri.


“Bagi program kemahiran kepada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan golongan pekerja, Tesdec akan memberi tumpuan terhadap tenaga kera di bidang minyak dan gas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Kepada Lembaga Pengarah Tesdec di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyung, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec, Haji Che Razali Adis.

YB Mohd Mahdi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, berkata program utama yang mampu memberi peluang pekerjaan yang luas seperti Kimpalan 6G dan Kimpalan Aluminium; Pemasangan Paip Gas; Juruelektrik dan Pelukis Pelan Senibina turut disediakan Tesdec.

Katanya, Tesdec turut melaksanakan program latihan pra pekerjaan bagi membekalkan tenaga kerja mahir kepada industri yang akan membina kilang dan menjalankan operasi di negeri ini.

“Kerjasama dengan syarikat CJ Bio bagi menyediakan tenaga kerja di bidang Bioteknologi dan Eastern Steel Sdn Bhd bagi tenaga kerja dalam industri keluli.

“Sementara bagi program peningkatan kemahiran industri untuk lepasan ijazah dan diploma, pada tahun ini Tesdec akan menawarkan beberapa kursus latihan yang menjadi keperluan semasa negeri, iaitu Bioteknologi; Selaman Laut Dalam (Skim Akreditasi Penyelam Australia (Adas), Australia); ISO 29001 untuk Industri Minyak dan Gas; ` ISO 50001 for Energy Management Systems’ dan Sistem Keselamatan Teknologi Maklumat,” katanya.

Selain itu, pusat kemahiran itu juga akan terus melaksanakan program T-Gas (Terengganu Graduate Attachment Scheme).

 Katanya, bagi merealisasikan segala perancangan latihan ini, Tesdec juga sudah dan akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan seperti SIRIM, Biotechcorp dan lain-lain.

 “Sementara bagi menjamin piawaian dan kualiti latihan yang dilaksanakan mampu bersaing di pasaran global, Tesdec turut menjalinkan hubungan dengan pihak antarabangsa seperti TWI of UK (bidang kimpalan), Adas Austalia (bidang selaman komersial) dan sebagainya.


berita penuh

PKJM dijangka dapat sambutan

Oleh: Suriati Ali 

Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir pada Program Karnival Jualan 1Malaysia (PKJM), di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu yang berlangsung selama empat hari dan berakhir 30 Jun ini.

 Terdapat 48 gerai pameran dan jualan disediakan yang melibatkan usahawan dari pelbagai negeri iaitu, Pahang, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

 PKJM sebagai wardah untuk menyebarkan maklumat , selain memupuk budaya keusahawanan di kalangan masyarakat setempat, terutama bagi mereka yang berminat dalam bidang itu pada masa kelak.

Ketua Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim, berkata minggu PKJM mempamer dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) selain mampu memupuk kesedaran lebih meluas lagi di kalangan orang ramai.

“Dengan adanya program seumpama ini. Ia mampu menyediakan akses yang lebih meluas terhadap kemudahan yang disediakan oleh pelbagai pihak kepada IKS, termasuk berkaitan bantuan kewaan dan pembiayaan.

 “Pihak kami yakin, masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat bagi membantu usahawan Terengganu melebarkjan sayap perniagaan masing-masing, bukan sekadar sumber pendapatan bulanan,” katanya ketika berucap pada majlis itu, semalam .

 Dato’ Hafsah berkata, sebagai mengiktiraf pentingnya sumbanagan mereka dalam pembangunan serta kemajuan ekonomi, sambutan PKJM dirangka dan diadakan serentak di seluruh negara bermula tahun lepas.

“Pendekatan itu mampu memberi peluang kepada usahawan menonjolkan produk ke pasaran lebih terbuka, bukan saja di peringkat kampung atau kenalan dan saudara,” katanya .

.

berita penuh

27 June 2013

Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar minta anak jadi doktor.


Nurul..berazam memenuhi harapan ayah menjadi doktor.

Oleh: Mohammad Ishak

“Saya akan berusaha menunaikan permintaan ayah untuk menjadi seorang doktor seperti yang Allahyarham pesan sebelum meninggal dunia,” kata anak bongsu, Dr A Rahman Mokhtar.

Harapan ayah itu disampaikan beberapa hari sebelum arwah dimasukkan ke Hospital Besut,Khamis lalu sebelum dipindahkan ke HSNZ yang meminta salah seorang daripada anaknya mengikut jejak langkah beliau menjadi seorang doktor.

Nurul Najihah,18, yang baru selesai menamatkan pengajian metrikulasi sedang menunggu keputusan dari universiti untuk pengajian dalam bidang kedoktoran.

 “Arwah ayah memberi harapan tinggi agar saya akan menjadi seoang doctor untuk memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui  semalam.

Nurul anak kempat daripada empat beradik berjanji akan memenuhi permintaan arwah ayahnya yang sememangnya mahukan saya menjadi doktor.

Beliau yang ditemani ibunya, Azizah N Omar berkata, arwah menyampaikan permintaan itu dihadapan semua adik beradik dan ibunya beberapa hari sebelum diserang penyakit.

“Insyaalah saya akan berusaha untuk mewarisi kerjaya arwah ayah selain meemberi khidmat kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Mek Embong Chik,80, berkata beliau reda dengan pemergian anak kedua daripada empat beradik itu.

Katanya, beliau bersyukur kerana berada disisi anak kesayangannya ketika arwah menghembuskan nafas terakhgir di HSNZ Kuala Terengganu. Menurutnya, walaupun sedih dengan kehilangan dengan seorang anak yang banyak berjasa kepada keluarga dan rakyat beliau tetap meredainya.

 “Allahyarham sangat mementingkan keluarga dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat ketika berkhidmat sebagai ADUN Kuala Besut,” katanya. Mek Embong berkata, kesemua empat anaknya lelaki dan masih hidup dan bekerja sendiri. 

berita penuh

533 anak yatim terima sumbangan pakaian raya

Oleh: Noraini Jusoh

Seramai 533 anak yatim yang terdiri daripada murid tahun tiga dan enam dari 77 sekolah rendah dalam daerah Kuala Terengganu menerima sumbangan pakaian raya dalam satu majlis yang dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) di Kompleks Seri Iman, hari ini.

Pengerusi Perkaya Cawangan Daerah Kuala Terengganu, Haji Yusof Abd Karim berkata, Perkaya tidak pernah melupakan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik dengan meraikan mereka di majlis-majlis tertentu atau memberikan pakaian raya yang disumbangkan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat, badan korporat mahupun orang perseorangan.


"Alhamdulillah, program kali ini berjalan lancar dengan kehadiran hampir 95 peratus murid daripada sekolah terpilih dan selebihnya yang tidak dapat hadir pakaian raya masing-masing akan diserahkan kepada wakil guru mereka.

"Kita mengambil masa selama tiga minggu untuk membuat pemilihan pelajar yang layak dan kerjasama yang diberikan oleh sekolah yang terlibat amat memuaskan dan menjadikan majlis ini dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita di Majlis Sumbangan Pakaian Raya Anak-Anak Yatim Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu 2013 di Kompleks Seri Iman, hari ini.

Katanya, jika sebelum ini penyerahan pakaian raya oleh Perkaya dibuat secara keseluruhan melibatkan semua daerah, tetapi tahun ini pertama kali dibuat secara berasingan dengan dipecahkan mengikut daerah setelah wujudnya biro bagi setiap daerah.

"Penyerahan pakaian raya pada tahun ini dibuat secara berperingkat mengikut daerah dan diuruskan sepenuhnya oleh biro yang bertugas di setiap daerah di negeri ini,” ujarnya.

 

berita penuh

Umno Besut mula gerak kerja hadapi PRK

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Umno Bahagian Besut mula mengatur gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, untuk memastikan calon Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi berkenaan.

Satu mesyuarat khas diadakan di pejabat Umno Bahagian berknenaan malam tadi yang dipengerusikan ketuanya, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Teganukita difahamkan mesyuarat itu diadakan bagi mengenal pasti kawasan-kawasan di sekitar DUN berkenaan bagi memastikan kelemahan dan kekuatannya, agar strategi seterusnya diatur sebagai persiapan awal menghadapi PRK.

DUN Kuala Besut dikosongkan berikutan kematian Adunnya, Dr Haji A Rahman Mokhtar semalam.

PRK ini merupakan yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei lalu yang menyaksikan BN menang 17 kerusi DUN di Terengganu, termasuk DUN Kuala Besut.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pemilih berdaftar dengan 98.71 peratus adalah pengundi Melayu, 0.80 peratus Cina, 0.08 peratus India dan lain-lain 0.41 peratus.

Difahamkan beberapa nama yang mampu memberi kemenangan kepada BN pada PRK nanti akan dipertimbangkang sebagai calon BN.

berita penuh

Terengganu komited bantu usahawan

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri komited dan pro aktif bagi memastikan pembangunan usahawan Bumiputera sentiasa seiring dengan kehendak semasa yang mencabar bagi memastikan usahawan di Terengganu sentiasa berdaya maju.

Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri, YB Roslee Daud, berkata bagi membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), pelbagai bentuk bantuan disediakan, termasuk pembiayaan mikro.

 Katanya, sehingga kini, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyalurkan pinjaman berjumlah RM28.9 juta kepada 316 peserta di Terengganu, manakala sejumlah RM308 juta telah diluluskan kepada 27,187 usahawan mikro di negeri ini, di bawah skim pembiayaan Tekun Nasional.

“Bantuan kewangan yang diberikan kepada kelompok usahawan di Terengganu berjaya membantu meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan yang diuasahakan, menerusi pengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Program Karnival Jualan 1Malaysia, di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu hari ini.

 Hadir sama Ketua Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim, Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Haji Azmi Razik dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir pada program yang berlangsung selama empat hari dan berakhir 30 Jun itu dan turut diselitkan puluhan program menarik.

 Terdapat 48 gerai pameran dan jualan yang melibatkan uasahawan dari pelbagai negeri iaitu, Pahang, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

YB Roslee Daud, berkata usahawan yang memperoleh bantuan dan sokongan, nyata mampu bersaing meningkatkan kualiti produk masing-masing, kapasiti pengeluaran, kecekapan, keupayaan serta mencapai penjimatan kos.

 “Saya percaya dengan kekuatan dan petensi yang ada, kita boleh bersama-sama berganding bahU memastikan usahawan TerengganU diangkat martabatnya ke tahap lebih tinggi,” katanya.

 

berita penuh

PERGINYA SEORANG WIRA RAKYAT- DEDIKASI BUAT ALLAHYARHAM DR A RAHMAN MOKHTAR.


Perginya dia seorang wira rakyat...

setelah sekian lama menabur bakti
dengan segala curahan budi,
dari seorang doktor rakyat di desa sendiri,
hingga ke dewan negeri kau menabur bakti
perginya engkau bersama airmata isteri dan anak,
namun jiwa dan hatimu sejernih laut pulau perhentian....
jasa dan pengorbananmu
selaut luas
dari pulau hingga ke kuala dan daratan.

Kau meletakkan harapan rakyat di mercu yang tinggi
Biarpun derita sakitmu, kau rahsiakan ia demi perjuangan suci
Biarpun dalam ketenatan tetapi kehendak rakyat kau dahulukan
kerana engkau adalah anak nelayan yang memahami derita
dan kepahitan kehidupan kau pergi membawa cinta sayang rakyat,
engkau pergi tapi cinta tetap hidup bersama kenangan,
jasa dan ingatan panjang.

Duhai wira rakyat...
kami iringi pemergiaan mu
dengan doa yang suci

Semoga rohmu dicucuri rahmat Illahi.

 LANBAYU 27/6/13 11.30 PAGI

 

berita penuh

PASAR KEDAI PAYANG AMAT PERLU DIBINA DAN DISUSUN SEMULA DEMI MASA DEPANNYA YANG LEBIH MAJU DAN MEMENUHI TUNTUTAN ZAMAN

Bahagian 1

Oleh: Ruslan Abdul Rahman 

Melangkahi kaki ke Pasar Kedai Payang yang terletak di pinggir muara sungai Terengganu, tidak jauh dari Bukit Puteri dan bersebelahan dengan Kampong Cina memanglah suatu yang menarik dan mempesonakan.

Ini kerana keindahan suasana sekitar di pesisir air bukanlah sesuatu yang mudah ditemui di tempat lain.

Usaha kerajaan mencantikkan pemandangan sekitar itu amatlah dialu-alukan dan jika sekiranya bangunan Pasar Kedai Payang dibina baru dengan lebih cantik, berkemudahan dan selesa, ia pasti menjadi pelengkap kepada suasana yang indah itu.

Di pasar Kedai Payang kelihatan para penjualnya ramah tamah, ia adalah suatu budaya yang amat murni.

Namun begitu pada masa yang sama lokasi perniagaan mereka ia tidak ubah seperti di tahun-tahun 60 an atau 70 an, amat jauh ketinggalan dengan zaman.

Bayangkanlah ada yang menjual di tepi-tepi dinding luar bangunan, di birai longkang, di hadapan tandas awam dan di mana-mana sahaja ruang yang ada, di situ mereka membuka barangan mereka untuk dijual, baik berupa makanan, sayuran, buah-buahan dan apa sahaja yang terfikir untuk mereka jual.

Soal kebersihan, kesihatan dan lain-lain itu bukanlah menjadi keutamaan, tetapi itulah realitinya yang dilihat oleh pengunjung yang datang ke pasar berkenaan, baik orang tempatan mahupun pelancong dari luar yang memberi imej bahawa itulah budaya orang Terengganu.

Keramahan penjual dan hubungan mesra antara peniaga sesama peniaga, apatah lagi dengan pelanggan adalah warisan yang perlu dikekalkan, tetapi penampilan yang tidak bersih dan caca-marba itu bukanlah warisan yang perlu dikekalkan.

“Awang cari apa....Mek beli limau setopok, encik rasa keropok Seberang Takir...telor penyu pun ada,” sapaan dari para peniaga itulah seringkali menjadi kenangan yang indah bagi pelancong dan pengunjung.

Peniaga duduk bersimpuh di celah-celah barangan jualannya, kalau rambutan yang dijual bersama semut-semutnya juga kita membelinya.

Ikan kering, asam gelugor, telor itik, serai, malah telor angsa pun kadang-kadang ada dijual di tepi dinding bangunan pasar itu tidak jauh dari tepi longkang.

Sama ada kita berasa itu suatu yang amat menarik untuk dlihat atau sebaliknya terpulang kepada penilaian individu, tetapi yang pastinya aspek kebersihan, kesihatan dan seumpamanya tidak menjadi keutamaan.

Lantaran itulah, kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said mahu membuat pembaharuan untuk menempatkan para peniaga ini dengan lebih selesa dan sempurna.

Pembinaan bangunan baru pasar Kedai Payang yang sudah berusia itu amatlah dialu-alukan dan bukannya dihalang sepertimana suatu ketika dahulu pembangkang menentang pembinaan Jambatan Sultan Mahmud yang dikatakan membazir wang rakyat kerana membabitkan RM100 juga pada waktu itu.

Hari ini bukan sahaja mereka menyokong dan menikmati sama kemudahan itu, malah meminta pembinaan sebuah lagi jambatan kedua dipercepatkan kerana suasana semakin sesak, bermakna kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang berfikiran jauh ke hadapan dan berwawasan. (bersambung).


 

berita penuh

KENYATAAN ANWAR TIDAK MENGHORMATI SENSITIVITI KELUARGA ADUN KUALA BESUT YANG MENINGGAL DUNIA

Oleh: Ruslan Abdul Rahman 

Tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang tidak menghormati sensitiviti keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Allahyarham Dr. A Rahman Mokhtar dengan membuat kenyataan segera bahawa PAS dan PR memppunyai peluang baik bagi kerusi Dun berkenaan.

Ia menampakkan betapa beliau amat mementingkan duniawi, sedangkan dari segi Islam kita, umatnya diminta menyelesaikan urusan jenazah dahulu dan dilarang memperkatakan berkaitan hal-hal keduniaan selagi jenazah belum dikebumikan.

Seorang ahli keluarganya menyatakan “ manusia yang sibuk soal politik duniawi melampaui batas sehingga lupa akan kematian saudaranya seperti YB ADUN Kuala Besut, maka inilah peringatan buat mereka.

Maksud surah Al Mulk ini;


"Dia lah Tuhan yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah di antara kamu yang baik amalannya di dunia ini. Sesungguhnya Dia..( Allah) Maha bekuasa lagi Maha Pengampun".

Katanya, bersama menguruskan jenazah saudara seagama tanpa mengira apa fahaman politik mereka adalah amalan yang baik..siapa yang mementingkan soal lain sehingga mengabaikan kematian saudaranya kerana perbezaan politik, maka kecelakaanlah buat mereka.

Semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan 'kekosongan' kerusi Dun Kuala Besut akan beri peluang baik kepada Pas dan PR.

"Itu akan beri kepada Pas dan PR. PR akan sokong calon yang akan diletakkan Pas. "Namun, saya anggap PRK kali ini kritikal kerana majoriti yang diperolehi Umno pada kerusi tersebut agak 'pasif'," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Dalam pada itu, ketika ditanya media mengenai kenyataan beliau itu dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham, Anwar mendakwa, situasi itu satu yang realiti dan perlu difahami semua pihak.

Begitu juga sebuah tulisan FB dipercayai milik pemuda parti pembangkang utama di Terengganu langsung tidak menghormati keluarga simati dengan menulis dalam postingnya yang berbunyi: ’ politik pilihan raya tanpa akhlak, kematian wakil rakyat yang uzur dinanti-nanti bagai didoa-doakan.”

Pemilik laman sosial ini dipercayai adalah bekas pegawai kerajaan negeri Terengganu era pemerintahan Pas.

Ahli keluarga simati amat kesal dengan menyatakan dalam lamannya mengulas perkara ini dengan berkata: “Adun ini waris/keluarga saya..awak semua tak ada akal kah..sepatutnya memikirkan perginya saudara seagama patut bersama mendoakannya..apakah politik kamu orang PAS akan menentukan nasib kamu di hadapan Tuhan?..

Cara PAS ini sepatutnya dibenci oleh seluruh umat Islam di dunia ini..Tak ada lain politik memanjang..tak ingat mati ke?

Biar ada adab sikit dalam hidup ni..Ini membuatkan saya semakin benci kepada orang PAS dan seluruh kepimpinannya..tabiat ini amat kotor dan jijik”.



berita penuh

Larian Perdana PMINT 2013, galak orang ramai sertai aktiviti kecergasan

Oleh: Noraini Jusoh

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menganjurkan Karnival PMINT 2013 bertempat di Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, bermula hari ini sehingga 29 Jun.

Pengurus Besarnya, Dato’ Haji Osman Muda berkata, selain memenuhi tanggungajwab sosial korporat kepada masyarakat, Karnival PMINT 2013 yang memasuki edisi kedua dianjurkan dipenuhi dengan pelbagai acara menarik di samping menggalakkan orang ramai menyertai aktiviti kecergasan.


"Pada karnival kali ini, Larian Perdana PMINT dengan jarak tidak melebihi 10 kilometer yang berkonsepkan `lari suka-suka’ akan melalui beberapa lokasi menarik di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000 kepada peserta.

"Lebih menarik, larian kali ini mendapat sambutan menggalakkan di mana kita hanya menyasarkan 4000 orang peserta tetapi penyertaan peserta larian telah melebihi sasaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perasmian Karnival PMINT 2013 di Dataran Taman Awam, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, selain aktiviti larian, sepanjang empat hari karnival berlangsung ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti dikir barat, forum perdana, pameran dan sebagainya.

"Karnival ini juga menembatkan 70 unit kanopi untuk usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berminat mengadakan jualan dan promosi dalam tempoh berkenaan,” ujarnya.

 

berita penuh

SPR negeri bersedia adakan PRK Kuala Besut

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Suruhanjaya Pilihan Raya negeri (SPR) sudah bersedia untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut (N1) berikutan kematian penyandangnya, YB Haji A Rahman Mokhtar, semalam.

Pengarahnya, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab (gambar kecil) berkata, kesemua petugas SPR negeri yang baru sahaja selesai mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu bersedia memikul tanggungjawab mengendalikan PRK itu pada bila-bila masa berdasarkan arahan yang dikeluarkan SPR.

 “SPR negeri bersedia menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta tidak tmbul kesulitan kerana kita baru sahaja menjalankan PRU13 yang lalu.

“ Semua petugas-petugas dan pegawai pengurus pilihan raya (RO) sudah mendapat latihan dan taklimat yang cukup. Mungkin hanya perlu `refreshment’ lagi sebelum diadakan PRK. Selain itu, kerjasama amat baik dari kerajaan negeri dan jabatan-jabatan yang terlibat amat memuaskan serta bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh SPR nanti,” katanya ketika menerima surat makluman kekosongan kerusi DUN Kuala Besut oleh Yang Dipertua DUN, Haji Mohd Zubir Embong kepada SPR negeri, di Pejabat DUN, Wisma Darul Iman, pagi ini.

Encik Fakhrul Razi, berkata SPR negeri akan menyerahkan surat itu kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf pada hari ini untuk tindakan lanjut.

 “Tempoh PRK akan bermula sepanjang 60 hari sebaik sahaja surat dari YDP DUN ini diserahkan, iaitu dari hari ini dan berakhir pada 27 Ogos nanti.

 “Surat makluman ini akan saya serahkan pada hari ini juga. Jadi, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz akan membuat keputusan. Saya dimaklumkan juga, petang esok akan diadakan pra mesyuarat untuk membincangkan perkara ini,” katanya.

Beliau juga menjangkakan mesyuarat petang esok hanya tertumpu kepada mendapatkan maklumat awal berkaitan persiapan PRK sebelum dapat memuktamadkan tarikh sebenar PRK itu pada mesyuarat seterusnya.

 Selain itu, PRK Kuala Besut nanti juga akan terus mengekalkan peraturan sedia ada termasuk penggunaan dakwat kekal.


berita penuh

Speaker serah surat maklum kekosongan kerusi DUN Kuala Besut

Haji Mohd Zubir (kanan) menyerahkan surat memaklumkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut (N1) kepada Pengarah SPR negeri, Encik Fakhrul Razi di Wisma Darul Iman, pagi ini.
Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong menyerahkan surat bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut (N1) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, semalam.

Surat berkenaan disampaikan kepada Pengarah SPR negeri, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab di Pejabat DUN, Wisma Darul Iman, jam 9.50 pagi ini.

Sidang media turut diadakan sebelum penyerahan surat itu.
Haji Zubir berkata,berikutan kematian Adun Kuala Besut, Dr Haji A Rahman Mokhtar, 55, pagi semalam (Rabu), sekaligus berlaku kekosongan kerusi berkenaan.

 “Menurut perlembagaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama) Fasal 44 (5) kekosongan kerusi DUN hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh berlakunya kekosongan itu.

“Insya-Allah hari ini kita akan serahkan surat mengenai kekosongan ini kepada Pengerusi SPR. Tugas saya selaku Speaker hanya memaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN itu kepada SPR untuk tindakan lanjut,” katanya.


Adun Kuala Besut, YB Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, jam 10.18 pagi semalam.

Allahyarham dipilih menjadi Adun Kuala Besut pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008, sebelum dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 8 April 2008 sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, perpaduan dan Hal Ehwal Negeri.

Beliau sekali lagi kekal sebagai Adun Kuala Besut bagi penggal kedua selepas memenangi PRU13 dan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri pada 11 mei lalu.


berita penuh

PKJM dijangka dapat sambutan

Oleh: Suriati Ali 

Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir pada Program Karnival Jualan 1Malaysia (PKJM), di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu yang berlangsung selama empat hari dan berakhir 30 Jun ini.

 Terdapat 48 gerai pameran dan jualan disediakan yang melibatkan usahawan dari pelbagai negeri iaitu, Pahang, Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

 PKJM sebagai wardah untuk menyebarkan maklumat , selain memupuk budaya keusahawanan di kalangan masyarakat setempat, terutama bagi mereka yang berminat dalam bidang itu pada masa kelak.

Ketua Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim, berkata minggu PKJM mempamer dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) selain mampu memupuk kesedaran lebih meluas lagi di kalangan orang ramai.

 “Dengan adanya program seumpama ini. Ia mampu menyediakan akses yang lebih meluas terhadap kemudahan yang disediakan oleh pelbagai pihak kepada IKS, termasuk berkaitan bantuan kewaan dan pembiayaan.

 “Pihak kami yakin, masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat bagi membantu usahawan Terengganu melebarkjan sayap perniagaan masing-masing, bukan sekadar sumber pendapatan bulanan,” katanya ketika berucap pada majlis itu, semalam

. Dato’ Hafsah berkata, sebagai mengiktiraf pentingnya sumbanagan mereka dalam pembangunan serta kemajuan ekonomi, sambutan PKJM dirangka dan diadakan serentak di seluruh negara bermula tahun lepas.

“Pendekatan itu mampu memberi peluang kepada usahawan menonjolkan produk ke pasaran lebih terbuka, bukan saja di peringkat kampung atau kenalan dan saudara,” katanya .

.

berita penuh

26 June 2013

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut tetap berlaku.


Ahmad Maslan,Idris Jusoh dan Ahmad Said di tanah perkuburan .

Oleh: Mohammad Ishak

Ketua Penerangan UMNO, Dato' Ahmad Maslan menolak kabar angin Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, tidak perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya belum sampai tempoh 60 hari.

Katanya, apa yang tersebar di media maya yang menyebut PRK tidak akan diadakan seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak benar dan tiada dalam mana-mana peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, berikutan kematian Ahli Exco Kerajaan Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar yang juga ADUN Kuala Besut, banyak tersebar di media maya terutama facebook yang mendakwa PRK tidak akan diadakan.

Katanya,dakwaan yang menyebut Mengikut Undang2 SPR bahagian 2 fasa 5 tiada PRK jika kematian ADUN dalam tempoh 60 hari selepas PRU, sebaliknya boleh digantikan dengan calon dari parti ADUN yang meninggal itu.Kuasa melantik ADUN terletak pada tangan Menteri Besar, adalah tidak benar.

 “Saya sudah menyemak perkara itu dengan SPR dan peguam Umno tiada undang-undang seperti itu sebaliknya PRK akan diadakan oleh SPR,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara pengkembumian jenazah Dr A Rahman, petang tadi.

Sementara itu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada SPR untuk membuat keputusan mengenai PRK DUN Kuala Besut.

Mengenai kematian Dr A Rahman, beliau bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Menteri Pelajaran II, Dato' Seri Idris Jusoh yang juga Ketua Umno Bahagian Besut berkata, parti kehilangan besar dengan pemergian Allahyarham Dr A Rahman.

Katanya,sepanjang tempoh arwah menjadi wakil rakyat beliau sentiasa bekerja keras terutama untuk pembangunan golongan nelayan di kawasan DUN berkenaan.


berita penuh

Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar selamat dikembumikan.


Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said menyiram air mawar ke atas pusara Allayarham Dr A Rahman.

Oleh: Mohammad Ishak

Suasana sedih menyelubungi upacara pengkembumian Allahyarham Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dr A Rahman Mokhtar, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),Kuala Terengganu pagi tadi.

Jenazah Allahyarham selamat dikembumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut, kira-kira jam 5.15 petang tadi..

Turut berada ketika dikembumikan ialah isterinya, Azizah N Omar,53, serta kesemua empat anaknya, Mohd Zaihan,30, Mohd Razhan,20,Mohd Zaffuan, 27. Dan Nurul Najihah,18.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, Menteri Pendidikian II, Dato' Seri Haji Idris Jusoh.Wakil UMNO Pusat, Dato' Ahmad Maslan yang juga Menteri Kewangan II serta ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham selamat tiba di Masjid Kampung Telok Bayu dengan van jenazah dari HSNZ Kuala Terengganu kira-kira jam 2 petang.

Kira-kira 1,000 jemaah menghadiri upacara solat jenazah di masjid berkenaan selepas asar. Allahyarham Dr A Rahman, dilahirkan di Pulau Perhetian, adalah anak nelayan pertama di pulau pelancongan itu menjadi doktor dan beliau adalah idola kepada penduduk yang sebahagian besarnya nelayan.

Beliau meninggalkan seorang balu, Azizah N Omar, 53, serta empat anak tiga lelaki dan seorang perempuan. Berkelulusan dari UKM dan Universiti Philipna dalam bidang perubatan beliau bertugas di beberapa hospital di Kuala Lumpur,Bacok,Tanah Merah di Kelantan sebelum membuka klinik sendiri di Kuala Besut.pada 1991.

Selain menjawat Exco selama dua penggal beliau juga menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Besut serta bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan NGO.


berita penuh

Kekosongan kerusi DUN Kuala Besut akan dimaklumkan kepada SPR

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.

 Beliau berkata kekosongan kerusi itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, YB Dr A. Rahman Mokhtar, 55, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.18 hari ini akibat kanser paru-paru.

 "Esok saya akan menyerahkan surat warta kekosongan kepada SPR Terengganu untuk membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan," katanya

Dr A.Rahman yang merupakan Pengerusi Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri dimasukkan ke HSNZ sejak Khamis lepas.

 Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, YB A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail. Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan PRK yang pertama selepas PRU13.

 Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas, Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

 

berita penuh

Tiga belas pelajar Tesdec jalani kursus kimpalan di Perth, Australia

YB MOHD MAHDI MUSA
Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Seramai 13 pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) sedang mengikuti kursus Kimpalan Bawah Air, di Perth Australia bagi memenuhi pasaran industri antarabangsa di sektor minyak dan gas sebaik tamat latihan itu bulan depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Tesdec, YB Mohd Mahdi Musa, berkata kesemua pelajar dari Terengganu itu menjalani kursus sepanjang tempoh tiga bulan termasuk dua bulan bagi tahap satu dan dua di Tesdec dan bulan terakhir di Australia (tahap tiga).

 “Sebagaimana diketahui, pekerjaan Kimpalan Bawah Air itu bukan sahaja dibayar gaji mengikut hari, mengikut bulan malah juga dibayar berdasarkan jam bekerja.

Sidang media yang diadakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Tesdec, YB Mohd Mahdi Musa.
“Pengimpal Bawah Air sememangnya satu pekerjaan yang bukan sahaja memenuhi pasaran negara, malah di dunia dan tidak ramai mereka yang berkemahiran di bidang tersebut di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Kepada Lembaga Pengarah Tesdec di Ri-Yaz Heritage marina Resort & Spa, Pulau Duyung, Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec, Haji Che Razali Adis. YB Mohd Mahdi berkata, pembiayaan kursus yang mendapat pengiktirafanLembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berkenaan berjumlah RM55,000 setiap kursus.

 “Kejayaan pelatih dari Tesdec menempatkan diri dalam pasaran kerja di peringkat global itu mula membuka mata ramai pihak untuk mengiktiraf pusat kemahiran yang sudahpun melahirkan 30,000 tenaga kerja di pelbagai bidang kemahiran itu,” katanya.


Selain kursus Kimpalan Bawah Air, Tesdec satu-satunya pusat kemahiran di negara ini dan juga Asia yang menawarkan kursus Selaman Laut Dalam dengan kerjasama Skim Akreditasi Penyelam Australia (Adas), Australia yang turut mendapat pengiktirafan CIDB.

Program lain termasuk Bioteknologi, ISO 29001 untuk Industri Minyak dan Gas, ISO 50001 for Energy Management Systems dan Sistem Keselamatan teknologi Maklumat. Selain itu, Tesdec juga akan terus melaksanakan program T-Gas (Terengganu Graduate Attachment Scheme).

Katanya, bagi merealisasikan segala perancangan latihan ini, Tesdec juga sudah dan akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak yang terdiri daripada afensi kerajaan seperti SIRIM, Biotechcorp dan lain-lain.

“Sementara bagi menjamin piawaian dan kualiti latihan yang dilaksanakan mampu bersaing di pasaran global, Tesdec turut menjalinkan hubungan dengan pihak antarabangsa seperti TWI of UK (bidang kimpalan), Adas Austalia (bidang selaman komersial) dan sebagainya.


berita penuh

NGO Wanita perlu bersatu- isteri SUK

Oleh; Esah Abdullah

 Persatuan dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) wanita negeri ini perlu bersatu melalui penganjuran program secara bersama.

 Isteri Setiausaha Kerajaan merangkap Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) To’ Puan Hajah Rohani Abdullah berkata, kebiasaannya setiap persatuan menjalankan program masing-masing dengan hanya melibatkan ahli persatuan mereka sahaja tanpa melibatkan orang luar persatuan.

“Persatuan-persatuan dan NGO wanita di negeri ini sangat aktif tetapi sebahagian besarnya bergerak secara sendiri. Justeru itu, kita berharap kita bersatu dengan mewujudkan program secara bersama,” katanya.

Katanya,sekiranya program dijalankan secara bersama, banyak manfaat dapat dikongsi di kalangan wanita di samping penyertaan yang lebih ramai. Beliau berkata demikian selepas Penyampaian Hadiah Pertandingan Tenpin Boling Persahabatan Antara NGO-NGO anjuran Puspanita Negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER), baru-baru ini.

Penaung Puspanita yang juga Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Mengulas lanjut berkaitan tenpin tersebut, katanya pertandingan tersebut mungkin bakal dijadikan antara aktiviti secara bersama persatuan dan NGO wanita melihat kepada sambutan yang menggalakkan.

Pertandingan tersebut disertai, Persatuan Isteri-Isteri dan Anggota Wanita Telekom Malaysia (Tiaranita), Persatuan Isteri dan Anggota Kerja Wanita Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis), Persatuan Kakitangan Wanita Petronas (Petronita), Persatuan Wanita Felda (Wada), Serikandi dan Puspanita.

Dalam pertandingan persahabatan tersebut, Pasukan Puspanita B menjadi juara dengan jatuhan pin sebanyak 1,298, tempat kedua menjadi milik pasukan Petronita B (971) dan tempat ketiga adalah Pelitawanis dengan jatuhan pin 951.
 

berita penuh

MB lawat keluarga Adun Kuala Besut petang ini

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, dijadualkan melawat keluarga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri, Allahyarham Dr A Rahman Mohtar, di kediamannya di Kuala Besut petang ini.

Beliau yang berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja, akan menaiki pesawat dari ibu kota dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu dan terus ke Kuala Besut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu jam 10.18 pagi tadi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Hajah Azizah M Omar, 53 serta empat, iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki. Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, ketika dihubungi Teganukita mengesahkan mesyuarat Exco Terengganu yang dijadualkan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, jam 3 petang ini turut dibatalkan bagi membolehkan Exco melawat keluarga Allahyarham Dr A Rahman.

“Semua Exco telah pulang ke Terengganu bagi melawat keluarga Allahyarham sebaik saja mendapat berita mengenai kematian Allahyarham,” katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham sudah dibawa pulang dari Kuala Terengganu selepas dimandikan, dikafan dan disembahyangkan untuk dikembumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Telok Bayu, Kuala Besut.

Orang ramai, terutama penduduk sekitar DUN Kuala Besut dijemput menyertai solat jenazah yang akan diadakan di Masjid Kampung Teluk Bayu selepas solat zohor.

 

berita penuh

BELASUNGKAWA: ALLAHYARHAM DR. A RAHMAN, ANAK PULAU YANG BERJAYA DAN CAKNA RAKYAT:

Allahyarham Dr A Rahman
Oleh: Ruslan Abdul Rahman.
Gambar oleh Zulkipli Putra.

Seorang insan yang baik dan ‘low profile’, sentiasa tersenyum dan mudah menyapa bila kita mendekatinya, mungkin itulah jiwa anak nelayan mendidik beliau sentiasa merendah diri.

Allahyarham Dr. A.Rahman Mokhtar nama yang cukup sinomim dengan Kuala Besut dan Pulau Perhentian kerana di pulau nelayan yang indah itu dia dilahir dan dibesarkan dan kemudian menetap di Kuala Besut serta menabur bakti kepada penduduk di mana beliau dilahirkan.

Kuala Besut adalah pintu masuk ke Pulau Perhentian.

Dr A Rahman (berdiri empat dari kanan) bersama barisan Exco 2008-2013.
Penulis secara langsung mengenali dan bertemu dengannya ketika sama sama terpilih menyertai rombongan kerajaan negeri Terengganu ke Acheh untuk melihat kesan kejadian Tsunami pada awal tahun 2005.

Doa seorang isteri agar roh suaminya ditempatkan bersama
orang-orang yang soleh.
Beliau dan beberapa orang doktor kerajaan dan swasta adalah di antara yang turut menyertai rombongan itu untuk memastikan tahap keselamatan kesihatan rombongan terjamin kerana di Acheh pada waktu itu masih tidak selamat dari segi kesihatan untuk para pelawat, mayat-mayat mangsa tsunami masih banyak belum ditemui.

Malah beliau bersama-sama rakan pegawai perubatan yang lain turut memberi khidmat kesihatan kepada mangsa-mangsa tsunami di Aceh bersama bekalan ubat-ubatan yang dibawa bersama.

Allahyarham sentiasa bertanya khabar kepada kami ahli-ahli rombongan tentang kesihatan, maklumlah pada masa itu kami hanya minum air mineral dan makan mee segera dalam cawan kerana tidak bersedia untuk makan di kedai-kedai makan yang tidak terjamin mutu makanannya kerana masalah air, kuman dan sebagainya.

PENTINGKAN PENDIDIKAN...Dr A Rahman bersama pelajar sekolah di Pulau Perhentian.
Kami bermalam di khemah di lapangan terbang di Banda Acheh setelah menaiki kenderaan yang dikenali Kijang dari kota Medan memakan masa selama hampir sehari setengah.

SEORANG YANG PRIHATIN...
rakyat di Kuala Besut sentiasa dibela
tidak kira golongan.
Penulis tidak menyangka akhirnya pada tahun 2008 dalam pilihanya raya umum ke 12, beliau terpilih menjadi calon BN dan menang bagi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, seterusnya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Beliau memperolehi majoriti yang besar 2,631. Sewaktu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan Exco Kerajaan, penulis tidak pernah mendengar runggutan dari pihak media tentang beliau, bermakna Allahyarham adalah seorang yang berkemampuan dalam urusan komunikasi dan perhubungan media.

Beliau juga seorang yang taat kepada pemimpin baik di peringkat negeri dan Parlimen dan disenangi oleh semua pihak.

Beliau yang dilahirkan pada 28 Mac 1958 di Kg. Pulau Perhentian, memiliki ijazah kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah lanjutan Master of Public Health dari Manila.

SELESAI MASALAH RAKYAT....tanpa menghiraukan kesihatan, Allayarham  tetap meneyelesaiakan masalah rakyat.
Mengimbau zaman kanak-kanak yang sederhana hidupnya tetapi tetap bermakna bagi seorang anak nelayan di Pulau Perhentian kerana berjaya ke tahap demikian dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan walaupun dalam segala kemunduran dan kesukaran kehidupan sebagai anak pulau.

Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Besut, dan seterusnya menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kuala Besut, mempunyai hasrat untuk memberi khidmat kepada penduduk tempatan, di mana beliau berasal.

Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan dapat meneruskan pengajian ke peringkat Matrikulasi di Sekolah Menengah Alam Shah, Kuala Lumpur dan juga Matrikulasi UKM, Sek. Men. Sultan Abd. Halim, Jitra, Kedah.


Minat beliau dalam bidang perubatan mendorong beliau menyambung pengajian di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Lantaran keinginan beliau untuk berkhidmat kepada penduduk tempatan, Allahyarham telah membuka klinik swasta di Kuala Besut.

Sebagai doktor yang baik hati dan tahu membalas budi, beliau sentiasa mengenakan bayaran yang murah kepada pelanggan terutamanya golongan nelayan kerana mengetahui betapa susahnya kehidupan nelayan untuk mendapat wang, malah kadang-kadang diberikan perkhidmatan kesihatan percuma sahaja.

Justeru itu, orang kampung Kuala Besut dan Pulau Perhentian amat menyayangi beliau.

Sehinggalah akhirnya terpilih sebagai wakil rakyat. Pada pilihan raya umum ke 13 baru lalu, beliau telah menang dengan majoriti yang besar juga iaitu 2,434 menewaskan calon Pas.

Penulis masih ingat pada sidang Dewan Undangan Negeri pertama bagi penggal 13 pada 18 Jun baru-baru ini, beliau mewakili kerajaan tersilap turutan dalam mengemukakan jawapan dalam keadaan suara yang amat parau, rupa-rupanya itulah kenangan terakhir ahli-ahli dewan, para pegawai dan para pemerhati bersamanya.

Walaupun dalam keadaan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan dan suara yang hampir tidak keluar tetapi demi tanggungjawab kepada kerajaan dan rakyat, beliau memaksa diri untuk hadir juga ke persidangan itu secara penuh.

Dalam penggal kedua sebagai Exco Kerajaan baru lalu, beliau diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu tambahan urusan kebajikan rakyat dan hal ehwal wanita diletakkan di bawah portfolio Allahyarham.

Hari ini marilah sama-sama kita mengiringi perjalanan terakhir beliau dengan sedekahkah surah Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat Illahi.

 

berita penuh

Exco Kesihatan Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia


Jenazah Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar dibawa dengan van jenazah untuk di bawa ke Kuala Besut untuk disemadikan.

Oleh: Mohammad Ishak 
Gambar oleh Zulkipli Putra

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr A Rahman Mokhtar,54., yang juga ADUN Kuala Besut, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu jam 10.18 pagi tadi.

Beliau meninggalkan seorang balu,Azizah M Omar,53 serta empat anak tiga perempuan dan seorang lelaki. Menurut Pegawai Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut,Maliki Jusoh Allahyarham dimasukkan ke HSNZ pada 21 Jun lalu dipercayai mengalami masalah jantung.

Sebelum itu, Allahyarham dikejarkan ke Hospital Besut selepas mengalami sakit dada dan kesukaran bernafas. Allahyarham bertanding pada PRU13 bagi DUN Kuala Besut dan menang kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS Napisah Ismail.

Beliau kemudian dilantik semula sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dalam pentadbiran YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’Seri Ahmad Said bulan lalu.

Allahyarham yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Besut adalah anak nelayan dilahirkan di Pulau Perhentian menjaadi orang pertama menjadi doktor perubatan dari pulau pelancongan terkenal itu.

Maliki berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Kuala Terengganu seleps dimandikan untuk dikembumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Telok,Bayu,Kuala Besut.

Orang ramai khasnya penduduk daerah Besut dijemput menyertai solah jenazah yang akan diadakan di Masjid Kampung Teluk Bayu selepas solat zohor.



berita penuh

JKNT agih 1,500 penutup mulut percuma kepada orang ramai

Kesedaran orang ramai terhadap masalah jerebu yang melanda Terengganu ketika ini begitu tinggi. Seorang penduduk menggunakan penutup mulut sambil membaca risalah jerebu yang diagihkan oleh Jabatan Kesiahatan Negeri Terengganu, semalam.
Oleh; Esah Abdullah 
Gambar oleh Zulkipli Putra.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengagihkan 1,500 penutup mulut dan hidung secara percuma kepada pengguna jalan raya di tiga daerah negeri itu bermula semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata seramai 20 petugas jabatan itu telah mengedarkan sebanyak 500 penutup mulut dan hidung kepada pengguna jalan raya di Kuala Terengganu manakala sebanyak 1,000 lagi akan diagihkan di Dungun dan Kemaman hari ini.

“Usaha ini diambil bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap keadaan berjerebu yang sedang melanda negara ini,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan penutup mulut dan hidung itu di sekitar Wisma Persekutuan semalam.

Katanya, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkod Jabatan Alam Sekitar mendapati ketiga-tiga daerah ini adalah antara kawasan yang udaranya dikategorikan sebagai tidak sihat dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

 "Klinik Kesihatan di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman juga diarahkan untuk membuat laporan mengenai pesakit yang datang akibat jerebu setiap hari untuk tujuan pemantauan ke Bilik Gerakan Jerebu Negeri," katanya

Selain itu katanya, sebanyak 5,000 naskah bahan pendidikan kesihatan mengenai jerebu sudah diedarkan ke tempat-tempat tumpuan awam manakala 5,000 naskah lagi akan diagihkan dalam tempoh terdekat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom berkaitan masalah jerebu supaya segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera seperti batuk, gatal di bahagian kerongkong, hidung berair dan kerap bersin, sakit dada dan gatal-gatal di kulit badan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar dan menitikberatkan kebersihan sepanjang tempoh jerebu ini dan penutup hidung dan mulut hendaklah sentiasa dipakai sepanjang masa ketika berada di luar bangunan," katanya.
 

berita penuh