Halaman

23 November 2013

JPNIN Terengganu rancang 10 keluarga satu peronda SRS


Sebahagian peserta yang mengikuti seminar keselamatan peringkat daerah Besut

Oleh: Mohammad Ishak 

Jabatan Perpaduan Negera dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu merancang memperkenalkan kaedah menjaga keselamatan komuniti menerusi kaedah sepuluh keluarga dan mempunyai seorang anggota peronda dari Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang diwujudkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) setempat.

Pengarahnya,Burhanuddin Daud berkata, kaedah itu sudah diperkenalkan di beberapa kawasan SRS terpilih dan ia amat berkesaan untuk kesejahteraan komuniti.

Katanya, hasil kajian jabatan juga mendapati kira-kira 96 peratus tahap rasa keselamatan kini dirasai oleh penduduk di negeri Terengganu berikutan adanya SRS yang melakukan tugas rondaan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, ketika ini sebanyak 345 SRS sudah ditubuhkan oleh KRT seluruh negeri untuk membantu kes jenayah diperingkat akar umbi.

“Peronda SRS juga dilindungai insuran berkelompok selain mendapat manfaat lain ketika mereka bertugas,” katanya ketika merasmikan penutup Seminar Keselamatan Kejiranan Peringkat Daerah Besut di Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Besut,Kampung Raja hari ini.

Seramai 200 peserta mewakili SRS dan pemimpin KRT seluruh daerah Besut menyertai seminar sehari anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Besut.


Sempena majlis berkenaan beliau turut menyampaikan alat perhubungan Walkie Talkie kepada enam SRS yang baru ditubuhkan di daerah itu.

Pelbagai ragam kanak-kanak di Majlis Khatan Perdana Dun Jabi.

Sembur..Zulkifli (baju hitam) dan Iskandar(baju putih) menyiram air kepada peserta khatan.
Gembira..peserta gembira dimandikan.
Teks dan gambar Aminudin Ismail. 

JABI: Pelbagai gelagat dan ragam kanak-kanak dapat dilihat ketika Pembantu Pegawai Perubatan (MA) mengkhatan mereka di Majlis Khatan Perdana Dewan Undangan Dun Jabi yang diadakan di
Dewan Sivik Kampung Tempinis, dekat sini, hari ini.

Antara gelagat itu ialah ada yang menahan kesakitan, ada yang melihat apa yang dilakukan oleh MA, ada yang bersahaja, ada yang ketakutan dan ada yang tidur sepanjang khatan dilakukan.

Tahan..seorang peserta seolah-olah menahan kesakitan.
Walaupun ada yang termenung dan kelihatan ketakutan sebelum berkhatan tetapi masing-masing kelihatan gembira apabila anggota Bomba meyemburkan air kearah mereka sebagai gimik pelancaran majlis khatan itu yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh.

Dalam ucapanya, Zulkifly menyatakan kanak-kanak sekarang jauh lebih bertuah daripada dahulu kerana pelbagai kemudahan untuk berkhatan termasuklah khatan percuma yang diadakan di setiap
Dewan Undangan Negeri di Setiu .

“Dulu kalau nak berkhatan, kita seorang kena pergi ke rumah Tok Mudim dan dikenakan sedikit bayaran tetapi kini ada Majlis Khatan beramai-ramai percuma yang dibiayai kerajaan. Cara ini (khatan beramai-ramai) menunjukan kita memuliakan orang dan ada sikap bersatu dalam masyarakat,” katanya.

Berani..seorang peserta memerhatikan dia dikhatankan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, berkata beliau berterima kasih kepada pejabat Parlimen Setiu kerana membiayai majlis khatan itu.

“Terima kasih saya ucapkan kepada YB Zul dan Pejabat Ahli Parlimen kerana membiayai semua perbelanjaan majlis khatan pada hari ini. Semoga majlis hari ini berjalan lancar dan saya mendoakan supaya kanak-kanak yang dikhatankan akan selamat dan cepat sembuh,” katanya

Tenang..Iskandar(tengah) dan Zulkifly memberi semangat kepada seorang peserta.
Mula..Pembantu Perubatan akan memulakan khatan sambil diperhatikan Iskandar dan Zulkifli.
Debar..kanak-kanak menunggu giliran untuk dikhatan.

Berarak...perarakan bunga mangar dan pulut kuning.
Hadir..sebahagian penduduk yang hadir.
Pulut kuning.
Mohd Alif (11)..tersenyum sebelum 'disunatkan.'
Mahir...seorang MA dan pembantun tekun menjalankan tugas berkhatan.
Jemputan..Zulkifly (baju hitam) bersama tetamu jemputan yang hadit.
Persembahan marhaban turut diadakan.
Daftar..seorang bapa mendaftar anaknya.


Kerajaan negeri tambah peruntukan kepada RM18.9 urus 65 Taska Permata

Oleh: Noraini Jusoh

Kerajaan negeri akan menambah peruntukan kepada RM18.9 juta untuk mengurus 65 Taska Permata Keluarga (TPK) di seluruh Terengganu pada tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, sebanyak RM16.6 juta yang melibatkan kos pengurusan dan perlaksanaan program bagi seluruh TPK di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dibelanjakan pada tahun ini.

“Sejumlah kos yang agak besar dibelanjakan kerajaan negeri pada setiap tahun demi memastikan akan-anak Terengganu mendapat pendidikan terbaik seawal usia mereka.



“Malah, pertambahan peruntukan ini menunjukkan kerajaan negeri begitu prihatin terhadap pendidikan anak-anak dari peringkat awal lagi dan pertambahan peruntukan ini bakal memberi manfaat kepada hampir 4000 kanak-kanak TPK,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Hafaz Muqadam kanak-Kanak Taska Permata keluarga, Yayasan Pembangunan Keluarga, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Zuber Embong; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Pengarah YPKT, Encik Mohd Safaruddin Mustaffa.



Dalam majlis itu, seramai 1,168 kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun dari Taska Permata YPKT seluruh Terengganu berjaya menghafaz muqaddam (23 surah lazim).

 





HANYA TANAM DAUN KESUM TAPI JANA RM4 000 SEBULAN PENDAPATAN

Oleh: Langtelipot 



Berbudi pada tanah pasti mendapat hasilnya. Seorang petani dari Padang Tengir, Manir, Haji Mohd Ngah dilaporkan boleh mendapat kira-kira RM4,000 sebulan hanya menamam daun kesum. Daun Kesum atau Daun Laksa ialah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di negara kita dan sebelah Asia Tenggara.
Nama saintifiknya Persicaria odorata.
  Terdapat bahagian pokok Daun Kesum yang boleh diambil untuk dijadikan makanan.
  Daun Kesum sering diambil dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan.
  Di Terengganu, daun kesum banyak digunakan untuk perencah masakan seperti rempah ikan bakar, asam pedas, laksa dan sebagainya.
 Menurut Haji Mohd beliau mula menanam pokok daun kesum pada tahun 2008 dengan keluasan 0.75 ekar di tapak tanah sawah yang terbiar berhampiran rumanya di PadangTengir, Manir.
 Justeru sambutan yang baik terhadap pasaran daun kesum ini, beliau telah memperluaskan lagi kawasan tanaman ini sehingga seluas 2.0 ekar.
  Daun kesum menurut Haji Mohd merupakan tanaman dari keluarga rumput memang mudah diusahakan, tahan penyakit dan tidak dimakan oleh binatang ternakan kerana baunya.
 Beliau menggunakan baja urea dalam kadar tertentu untuk memastikan tumbesarannya tidak terganggu dan boleh dituai beberapa kali. “Saya menggunakan kaedah batas dan penutup batas untuk menanam daun kesum ini supaya rumput dapat dikawal dengan mudah, sekaligus melancarkan proses tuaian,’ katanya. Beliau menghantar atau memasarkan daun kesum itu di Pasar Borong Kuala Terengganu dan menjadi pengeluar dan pembekal monopoli kerana tidak ramai yang mengusahakan tanaman ini.
Setiap hari beliau akan menghantar 400 ikat (100 kilogram) daun kesum dengan purata harga RM200.00 sehari dan kalau sebulan bermakna RM4,000.00.
 Haji Mohd telah mendapat dorongan dan bantuan pihak kerajaan dengan diberikan bantuan jentera pembajak kecil (Kubota) untuk menjalankan kerja-kerja membuat batas tanaman kesum itu.
  “Saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan, khususnya Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri yang telah membantu bagi menjayakan tanaman ini,” katanya.
Beliau memberitahu, pada tahun 2010 pendapatan yang diperolehi melalui penananam dan pejualan daun kesum itu mencecah sehingga ke RM26,000.00
  Manakala pada tahun 2011, pendapatan tahunannya hasil daun kesum meningkat sehingga kepada RM28,800.00 dan pada tahun lalu (2012) meningkatkan RM38,000.00
 Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Dato’ Jailani Johari mencadangkan supaya dibuat pameran melalui laman web atau blog dan media baru untuk memperluaskan lagi jaringan pemasaran.
 Demikian suburnya bumi kita dan jika usahakan, pasti mendatangkan hasil. Rakyat yang berusaha pasti mendapat hasil dan manfaatnya.

MENOLAK DESAS DESUS: DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID KINI DITERUSKAN SEBAGAI PENGERUSI UMNO TERENGGANU DAN DATO’ JAILANI SEBAGAI TIMBALAN



 Perlantikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu (BPUNT) selepas proses pemilihan parti di semua peringkat merupakan suatu kepercayaan yang tinggi kepada pememimpinan beliau di Terengganu.
 Umno Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah membuat keputusan yang terbaik demi perpaduan dan kekuatan Umno di negeri ini tanpa dipengaruhi oleh khabar-khabar angin yang sengaja diwujudkan untuk mengurangkan keyakinan terhadap kepemimpinannya.
  Perlantikan itu amatlah dialu-alukan sebagai usaha untuk terus memperkukuhkan Umno di negeri ini kerana tidak semua Menteri Besar dilantik ke jawatan itu sebagaimana Perlis diketuai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim.
Dato’ Seri Haji Ahmad digandingkan pula dengan pendatang baru iaitu Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Dato’ Jailani Johari yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  Sebelum ini Dato’ Seri Haji Idris Jusoh adalah Timbalan BPUNT tetapi beliau kini hanya memilih menjadi Naib Ketua Umno Bahagian Besut sahaja.
 Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru Pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majli Tertinggi UMNO di sini Khamis malam (21 November) lepas.
  Dato’ Seri Mohd Najib juga berkata “MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT kerana mereka ada kuasa sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri, amalan ini sudah berlaku sebelum ini”
  Oleh itu betullah perkiraan Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang tidak bertanding untuk merebut anggota MT kerana sudah menjangkakan akan dijemput sama dalam mesyuarat MT itu selaku Menteri Besar yang mewakili Umno/BN.
 Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengucapkan terima kasih kepada Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib di atas kepercayaan berterusan yang diberikan kepadanya untuk terus memimpin Umno Terengganu, berganding dengan Dato’ Jailani Johari.
 Sementara itu, Dato’ Jailani ketika dihubungi mengesahkan perlantikan itu dan mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan di atas amanah dan kepercayaan diberikan.
 “Insya Allah saya akan jalankan tugas dengan sebaiknya,” katanya.

22 November 2013

ADUN Jertih jumpa pemimpin selepas dilantik Ahli Exco Kerajaan Terengganu


YB Muhammad Pehimi berucap menemui pemimpin masyarakat

Oleh: Mohammad Ishak 

Selepas tujuh jam menerima perlantikan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO), Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Muhamad Pehimi Yusof, bergegas pulang dan menemui pemipim masyarakat dalam kawasan berkenaan.

Muhamad Pehimi, yang terkejut dengan perlantikan jawatan berkenaan berbuat demikian kerana ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Menteri Besar, Dato’ AhmadSaid dan pengundi di DUN Jertih.

Majlis pertama selepas perlantikan Ahli Exco, Muhamad Pehimi mengadakan pertemuan dengan 200 pemimpin pelbagai pertubuhan yang diadakan di Pejabat Penyelaras DUN Jertih, kira-kira jam 5 petang semalam.

Ia dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda, Puteri dan jentera sayap parti yang diadakan secara mengejut. Pada majlis itu beliau menyatakan amat terharu dengan kepercayaan

Menteri Besar memberi tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri. “Perlantikan ini satu amanah dan tenggungjawab perlu dilaksanakan demi untuk kepetingan rakyat dan kerajaan negeri,” katanya.

Katanya, beliau kini bukan sahaja berkhidmat untuk penduduk di DUN Jertih, sebaliknya akan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Terengganu.

Berkelulusam Diploma Pertanian,Muhamad Pehimi seblum itu mengangkat sumpah dihadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM),Sultan Terengganu,Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah,Kuala Terengganu

Pembinaan rumah di Pulau Redang lancar- Bazlan.

Bazlan..siap ikut jadual.
Oleh: Aminudin Ismail. 

BANDAR PERMAISURI: Seramai 160 keluarga di Pulau Redang bakal menduduki rumah baru apabila projek perumahan rumah untuk penduduk pulau itu dijangka siap pertengahan tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata pembinaan 160 unit rumah di Pulau Redang oleh kerajaan negeri itu dijangka dapat mengatasi masalah perumahan yang dihadapi oleh penduduk di pulau itu, terutama generasi kedua.

"Terdapat kira-kira 1,600 orang mendiami pulau ini dengan 232 buah rumah. Namun kebanyakan rumah terbabit didiami oleh lebih satu keluarga kerana ada anak-anak yang sudah berkahwin masih tinggal dengan ibu bapa," katanya .

Lawat..Bazlan ketika meninjau pembinaan rumah di Pulau Redang.
Bazlan berkata tinjauannya ke kawasan pembinaan itu di Pulau Redang baru-baru ini mendapati kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor yang dilantik berjalan lancar

“Kira-kira hampir 50 peratus sudah siap dan saya mengharapkan pembinaan rumah ini akan dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pertengahan tahun depan supaya penduduk dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.

 

PCG pupuk kesedaran pulih hutan paya bakau

Oleh: Suriati Ali 

Petronas Chemicals Group (PCG) giat meneruskan usaha memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau selepas menyedari hakikat pentingnya ekosistem itu untuk terus diwarisi oleh generasi pada masa depan.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Dr. Abd. Hapiz Abdullah, berkata pihaknya sedar akan kepentingan dalam menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara di mana kami beroperasi dan ini merupakan salah satu daripada pelbagai pendekatan.

 ''Segala usaha kami selaku anak syarikat Petronas adalah bertujuan mencapai objektif perniagaan di samping melaksanakan tanggungjawab terhadap pembangunan sosioekonomi dan alam sekitar yang berterusan.

''Justeru, PCG telah menjadikan ecoCare sebagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tunggak kendaliannya yang tertumpu kepada usaha perhutanan semula dan pemulihan habitat hutan paya bakau yang sensitif dari segi ekologi termasuk di sepanjang Sungai Kerteh," ujar beliau kepada media baru-baru ini.



 Katanya, Pusat Pendidikan Alam Sekitar (`Eco Care’) yang dibiayai sepenuhnya oleh PCG dan diurus oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), mencerminkan komitmen berterusan PCG sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dalam melindungi alam sekitar melalui pemuliharaan dan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat.

 "PCG benar-benar komited dalam memastikan kejayaan ecoCare kerana program ini memperlihatkan keprihatinan kami terhadap alam sekitar, khususnya Sungai Kerteh yang berhampiran dengan loji kami," ujarnya.

Bersama-sama dengan MNS, PCG telah menjalinkan kerjasama erat dengan masyarakat setempat untuk memastikan habitat di sepanjang sungai dan persekitarannya sentiasa dipantau dan diselenggara.

Menyingkap rentetan kegiatannya, ecoCare yang dimulakan pada Oktober 2005 melibatkan usaha-usaha penghutanan semula dan pemulihan habitat hutan paya bakau yang sensitif dari segi ekologi dan tumbuh-tumbuhan pesisir pantai di sepanjang Sungai Kerteh dan juga di beberapa kawasan di negeri-negeri lain.

Dr Abd Hapiz turut memberitahu sehingga kini, lebih 7,000 benih pokok bakau telah ditanam di atas permukaan terhakis meliputi 11,000 meter persegi di sepanjang Sungai Kerteh yang dijayakan oleh anak syarikat PCG, Petronas Chemicals Olefins Sdn. Bhd, Petronas Chemicals Glycols Sdn. Bhd. dan Petronas Chemicals Derivatives Sdn. Bhd.

“'Di dalam mencapai aspirasi untuk melestarikan alam sekitar, kami berusaha untuk sentiasa bertanggungjawab terhadap bumi kita, berkongsi amalan terbaik dan memimpin untuk meningkatkan usaha pemuliharaan alam sekitar yang indah ini," ujarnya.

 






Masjid Kampung Bangol ceria dan indah.

Masjid Kampung Banggol, Setiu.

Teks dan gambar Aminudin Ismail.

PEMBINAAN masjid baru Kampung Banggol, Setiu oleh kerajaan Barisan Nasional pada 2006 dan siap pada 2008, banyak memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya kerana selain memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadat ianya juga padat dengan aktiviti keagamaan.

Masjid yang menelan belanja kira-kira RM3.5 juta itu boleh memuatkan kira-kira seramai 1500 jemaah bagi menampung jumlah jemaah solat jumaat dan solat dua hari raya yang semakin meningkat pada masa depan.

Ustaz Mohd Suhaimi.
Setiausahanya, Ustaz Mohd Suhaimi Endut, berkata pelbagai aktiviti keagamaan diadakan sepanjang minggu di masjid itu, selain pelbagai program lain termasuklah Forum Islam yang diadakan setiap tahun dengan kerjasama Terengganu FM.

"Sejak dibuka pada 2008 lalu, masjid ini meneruskan kesinambungan masjid lama selain beberapa aktiviti dan program baru yang dilaksanakan.

"Antara program baru ialah penubuhan Skuad Cakna Masjid Kampung Banggol pada 2011 yang dilancarkan oleh Adun Permasuri, Dato' Mohd Jidin Shafee.

"Selain itu aktiviti harian yang lain ialah pada malam Ahad diadakan Program Pengajian Al Quran oleh Ustaz Endut Abdul Rahman, malam Isnin Pengajian Tajwid juga daripada Ustaz Endut. Manakala malam Selasa pula Pengajian Fekah oleh Imam Yusof Husin.

"Malam Rabu Pengajian Hadis oleh seorang penceramah jemputan, malam Khamis, Al Quran oleh Imam masjid, Amran Derahat, malam Jumaat kita mengadakan bacaan yasin dan tahlil serta solat hajat manakala malam Sabtu pula juga Pengajian Al Quran oleh Imam masjid, Amran Derahat. 

"Sambutan penduduk terhadap pengajian ini amat mengalakan iaitu sekitar 60 orang jemaah hadir termasuklah golongan muda sekitar 30 peratus," katanya.

Hias..hadapan masjid dihiasi pokok bunga.
Suhaimi berkata, Masjid yang dibina di atas tanah seluas kira-kira dua ekar itu juga mempunyai lanskap yang menarik dan pernah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kecerian dan Kebersihan Masjid Daerah Setiu 2013.

"Kita juga menjadi wakil daerah untuk pertandingan itu pada peringkat negeri pada tahun ini. Masjid ini sentiasa dikawal selia dengan baik oleh jawatankuasa masjid pada setiap minggu dan penduduk kampung pula mengadakan gotong royong setiap sebulan sekali," katanya.

Menurut Suhaimi, Skuad Cakna Masjid memainkan banyak peranan dalam membantu penduduk menguruskan pelbagai perkara mengenai keagamaan, antaranya ialah memberi khidmat mengali kubur, pengurusan jenazah sehinggalah kepada majlis tahlil dan bacaan yasin.

"Kita juga memenuhi permintaan dari kampung-kampung lain yang mahukan khidmat itu terutamanya untuk sembahyang jenazah dan bacaan tahlil dengan menghantar 10 hingga 20 wakil mengikut permintaan," katanya.

Indah..pemandangan belakang masjid.
Selain itu, katanya, Masjid Kampung Banggol juga adalah antara dua buah masjid yang mengunakan khutbah Jumaat multimedia di Setiu bermula sejak 2009 lagi.

Katanya, masjid itu juga menjadi pilihan golongan muda sekitar Kampung Banggol dan kampung-kampung berhampiran untuk menjalankan majlis akad nikah.

"Saya mengharapkan masjid ini akan terus ceria dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kehadiran penduduk untuk menunaikan solat berjemaah selain bersama-sama menjaga rapi kawasan sekitarnya supaya sentiasa kelihatan bersih dan indah," katanya.

Imam Masjid Banggol ialah Imam I, Ustaz Endut Abdul Rahman, Imam II,Yusof Husin dan Imam III, Amran Derahat manakala bilal pula ialah Abdul Ghani Hassan, Che Ismail Mohamed dan Yasin Che Awang. Pengerusi masjid ialah Mat Saufi Deraman.
Hijau..pelbagai pokok di tanam di bahagian depan masjid.
Kemas..tempat letak kenderaan juga indah.
Luas..kawasan parkir yang luas.
Cantik...pemandangan dalam masjid.
Damai..kawasan lapang yang mendamaikan.

 

21 November 2013

MOSTI peruntuk RM2.9 bilion untuk pembangunan dan pengkomersilan

Oleh: Noraini Jusoh

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan 16 jenis dana berbentuk geran dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.9 bilion yang merangkumi fasa pembangunan dan pengkomersilan (R D&C).

 Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, dana-dana tersebut ditawarkan kepada syarikat-syarikat SME, Institusi Penyelidikan dan Institusi Pengajian Tinggi untuk menjalankan projek-projek R D&C yang meliputi sektor ICT, bioteknologi, industri, teras sains dan teknologi (TS&T) dan SEA TO SPACE (S2S).

“Di antara dana yang disediakan oleh MOSTI di bawah RMKe-9 adalah Scienfund, Technofund, Innofund, Econtent, Demonstrator Applicatin Grant Sheme Roll-Out (DAGS) dan Technology Development,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi dialog Menteri MOSTI bersama penerima dan pemohon dana serta taklimat mengenai dana R D&C MOSTI peringkat zon Timur di UMT, hari ini.

Katanya, di bawah RMKe-9, sejumlah 4566 projek telah diluluskan melalui dana R,D&C MOSTI.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3797 projek telah berjaya disiapkan, manakala selebihnya di pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Sehingga 31 Ogos 2013, daripada sejumlah RM2.9 bilion peruntukan yang disalurkan untuk membiayai projek R D&C oleh MOSTI dan agensi, sejumlah RM2.3 bilion nilai jualan telah dijana,” jelasnya.

Tambah beliau, sebanyak 313 projek telah dikomersilkan daripada 1288 projek yang berpotensi dan sebanyak 14320 peluang pekerjaan telah diwujudkan.

 Katanya, ssebanyak 107 projek telah diluluskan di Zon Timur merangkumi Kelantan, Pahang dan Terengganu dengan jumlah RM63.88 juta.

“Daripada jumlah tersebut, sejumlah 44 projek oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diluluskan dengan pembiayaan bernilai RM10.3 juta.

 “Manakala, sejumlah 14 projek dengan pembiayaan sebanyak RM11.16 juta telah diluluskan untuk universiti Malaysia Pahang (UMP),” katanya.

 “Sementara, dalam tempoh RMKe-10 pula, 35 projek bernilai RM14.59 juta telah diluluskan di zon Timur secara keseluruhan dan 20 projek yang diluluskan adalah kepada UMT dengan jumlah peruntukan bernilai RM4.85 juta.

Untuk UMP, 8 projek diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM1.44 juta,”jelasnya.



Laksana amanah sebaik mungkin : YB Pehimi

Oleh: Aida Abd Rahman

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, merasa bersyukur dan terharu dengan kepercayaan pucuk pimpinan negeri kerana memilih beliau bagi mengisi jawatan itu.

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab yang mana menganggap jawatan ini merupakan amanah yang perlu dipikul sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat Terengganu.

“Buat masa sekarang saya belum diberitahu mengenai portfolio berkaitan bidang tugas saya dan dijangka akan dimaklumkan selepas mesyuarat Exco yang akan datang,” katanya kepada pemberita di Majlis Pelantikan dan Melafaz Sumpah Jawatan Exco, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini.

Berkenan berangkat ke majlis itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang diiringi Tengku Sri Temenggong Raja dan Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja, Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu, Tengku Bentara Raja dan Ketua Istiadat, Dato’ Bentara Luar.

YB Haji Muhammad Pehimi turut bersedia memikul sebarang bidang tugas dan portfolio yang akan diserahkan kepada beliau nanti dengan sokongan serta bantuan barisan kepimpinan negeri yang lain.

Pelantikan beliau sebagai menggantikan kekosongan Exco berikutan kematian Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, pada 23 Jun lalu.