Halaman

19 January 2014

651 remaja Dun Permaisuri terima dana RM200 seorang, hari ini

Ramai..penerima Dana Bakti Remaja Dun Permaisuri.
Teks dan gambar Aminudin Ismail.

BANDAR PERMAISURI: Seramai 651 remaja dari sembilan buah kampung di Dun Permaisuri menerima wang Dana Bakti Remaja Sessi 2 di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, di sini, hari ini.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh itu bermula kira-kira jam 11 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang.

Tinjauan Teganukita mendapati rata-rata remaja berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi sumbangan sebanyak RM200 itu dan mengharapkan dana itu diteruskan pada masa depan. 

Seorang remaja menerima RM200.
Kampung yang terbabit hari ini ialah Kampung Banggol, Rhu Tapai, Kampung Bari Kecil, Bari Besar, Kampung Penarik dan Kampung Buluh Hulu, Kampung Tasik dan Kampung Pandan.

Jurucakap program, Norhairy Azli Hassan, berkata pembayaran wang Dana Bakti Remaja Dun Permaisuri hari ini berjalan lancar dan sessi ke tiga akan berlangsung esok.

"Seramai 3,217 remaja di Dun Permaisuri menerima dana itu dan esok seramai kira-kira 1,217 pula akan menerimanya. Majlis perasmian esok dilakukan oleh Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar," katanya.

Sementara itu, Zulkifly dalam ucapanya, hari ini mengingatkan remaja supaya beryukur dengan dengan penerimaan wang dana pada hari ini.

"Wang dana ini hanya diberi oleh kerajaan negeri Terengganu, negeri lain tidak beri, kita kenalah bersyukur kerana Allah mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur," katanya.

Zulkifly juga mengharapkan setiap remaja supaya sentiasa bersatu dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya golongan remaja akan terus mendapat pelbagai kemudahan.
Che Zulkifly sedang berucap.

Tunggu giliran...remaja menunggu untuk cop jari.


Tetamju jemputan yang hadir


Dengar, remaja lelaki mendengar ucapan Che Zul.

Sebahagian remaja yang hadir.

Empat remaja sedang mengisi borang

Che Zul bersalaman dengan seorang remaja.

Antara petugas Dana Bakti Remaja.
Petugas dari Pejabat Daerah Setiu (PDS) memulakan tugas.

 

No comments: