Halaman

12 January 2014

909 pelajar terima Bantuan Persekolahan-Terima kasih kerajaan BN.

Terima Kasih..Seorang penerima menerima bantuan di Telaga Daing, hari ini.
Oleh: Aminudin Ismail.

SEBERANG TAKIR: Seramai 909 pelajar dari 564 keluarga di Dun ini menerima wang sebanyak RM100 dan RM200 tiap seorang di Majlis Bantuan Persekolahan 2014 yang diadakan di Kampung Telaga Daing, hari ini.

Majlis yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu dirasmikan oleh Pegawai Biro Pembangunan Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman yang mewakili Adun Seberang Takir, Dato' Razif Abdul Rahman yang tidak dapat hadir kerana berada di Kemaman di satu majlis bersama Perdana Menteri.

Tinjauan Teganukita mendapati rata-rata penerima bersyukur kepada Tuhan dan berterima kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana memberi bantuan itu bagi meringankan bebanan untu membeli keperluan persekolahan anak-anak.

Sapinei..gembira.
Seorang penerima, Sapinei Mahmud, 51, seorang buruh, berkata dia begitu gembira kerana mendapat bantuan itu, hari ini dan mengharapkan kerajaan meneruskan bantuan itu pada masa depan.

"Terima kasihlah kepada kerajaan kerana perihatin terhadap orang seperti saya ini yang berpendapatan kecil, dengan bantuan itu saya boleh mengunakan untuk membeli beberapa keperluan lain kerana saya sudah membelanjakan duit gaji saya untuk membeli baju pakaian sekolah anak-anak," katanya yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah itu.

Siti Hasmah Jamaluddin(50)dari Kampung Seberang Takir pula, berkata walaupun bantuan itu mungkin kecil bagi mereka yang berpendapatan lebih tetapi baginya duit bantuan RM100 dan RM200 itu amat besar nilainya.

Zanariah..amat bermakna.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan (BN) dan bersyukur kepada Allah dengan rezeki ini. Dengan RM200 ini, saya akan beli beberapa peralatan sekolah yang belum cukup lagi untuk anak saya seramai empat orang yang masih bersekolah," katanya.

 Bagi Mohd Zapi Mat Sidek, 43, pula menganggap bantuan itu dapat menampung perbelanjaan persekolahan anaknya seramai empat orang yang masih bersekolah dan berharap supaya kerajaan meneruskan bantuan itu bagi membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.

Seorang lagi penerima, Zanariah Mohd, 44, dari Kampung Seberang Takir mengucap berbanyak terima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Allah kerana menerima bantuan itu.

"Suami kerja nelayan, kais pagi makan pagi. Anak-anak masih ramai yang bersekolah. Bantuan ini amat bermakna sekali bagi kami walaupun ia mungkin kecil bagi mereka yang berpendapatan lebih. Terima kasih banyak-banyaklah kepada YB Dato' Razif dan kerajaan BN," katanya.

Seramai 1,769 pelajar dari 1092 keluarga dari seluruh Dun Seberang Takir menerima bantuan pakaian sekolah yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.(12 dan 13 Jan).
Mohd Zapi..empat anak bersekolah.

Zanariah...besar nilainya.

Azmi..rasmi majlis.

S.u UMNO Kuala Nerus turut berucap.

Ramli..memimpin bacaan doa.

Tunggu giliran...sebagian penerima yang hadir.

Dengar...penerima lelaki mendengar ucapan dari Azmi.

Asyik..penerima wanita asyik mendengar ucapan Azmi.