Halaman

11 January 2014

ADUN Kuala Besut melawat pejalan kaki Mohd Nor Mat


Tengku Zaihan menyampaikan sumbangan hamper kepada Mohd Nor 

Oleh: Mohammad Ishak 

Penderitaan Mohd Nor Mat,48, pejalan kaiki Program Walk For Malaysia anjuran Kerajaan Terengganu yang cedera dipukul mendapat perhatian Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Mohd Nor bekas pesara tentera menarik perhatian rakyat Malaysia kerana kejayaannya berjalan kaki sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut ke Putrajaya, September tahun lalu.

Beliau menunaikan nazar dengan berjalan kaki berikutan kejayaan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Julai tahun lalu.

Katanya, beliau juga akan terus menyertai berjalan kaki jika ada pihak yang sedia menganjurkanya untuknya kerana sudah menjadi minat sejak berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya tidak serik dan pengalaman dipukul sekumpulan lelaki Ahad lalu tiudak mematahkan semangatnya untuk meneruskan aktiviti berkenaan,” katanya ketika dikunjungi ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di rumahnya di Kampung Pulau Meranti, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian Ahad lalu sekumpulan lelaki bertopeng dikatakan memukul Mohd Nor di hadapan Pejabat Penyelaras DUN Jertih, Gong Kemuntong ketika beliau baru masuk ke keretanya.

Berikutan kejadian itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut,Kampung Raja, sebaik beliau keluar wad Selasa lalu.

Sementara itu, Tengku Zaihan berkata, Mohd Nor masih kuat semangat untuk meneruskan aktiviti berjalan kaki dan jika ada pihak sedia menganjurkanya pada masa akan datang.

Tengku Zaihan juga kecal kerana ada pihak membuat berita palsu dengan menyebarkan pejalan kaki terbabit sudah meninggal dunia selepas dipukul pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, banyak penyebaran melalui Facebook yang memaparkan jenazah Mohd Nor sedang disembahyangkan kerana mati akibat kejadian berkenaan.

Tengku Zaihan berkata, beliau datang menemui Mohd Nor kerana beliau antara individu yang berjaya kepada negeri ini sehingga sanggup berjalan kaki sejauh 600 kilometer dalam tempoh 13 hari bermula dari Dataran Kuala Besut.

Beliau berharap, tiada lagi penyebaran berita palsu mengenaji kematian pejalan kaki itu kerana ia tidak benar sama sekali.