Halaman

11 January 2014

Atlet Terengganu berqiamullail di Mini Kem Sukma.

BERSEMANGAT...sebahagian daripada 164 atlet SUKMA negeri Terengganu bersemangat melaungkan Terengganu Boleh selepas menamatkan Mini Kem Sukma XVII 2014 Siri I yang diadakan di Peladang Agro Resort Setiu, Bandar Permaisuri, Setiu, selama tiga hari berakhir hari ini.

Majlis perasmian penutup itu dilakukan oleh Timbalan Exco Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Mahdi Musa.Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.

Menurut Ibni Amin, tujuan program itu diadakan ialah untuk menerapkan daya juang, daya saing, semangat sepasukan, semangat patriotik, semangat kenegerian supaya athlet itu ada tanggungjawab untuk bertanding bagi menaikan nama Terengganu.

Ibni Amin Busu.
"Pada masa yang sama kita buat simulasi kepada latihan yang sebenar, melalui kem ini kita adakan aktiviti-aktiviti lasak supaya mereka berada dalam keadaan penat dan dalam pada masa yang sama kita mahu athlet ini boleh mengawal diri masing-masing walaupun dalam keadaan keletihan.

"Inilah ciri-ciri athlet yang berjaya. Walaupun dalam keadaan letih, mereka boleh menjadi lebih baik daripada pasukan lawan dan mereka boleh menang. Inilah elemen yang kita terapkan dalam kem ini," katanya.

Selain itu, Ibni Amin berkata, kem itu juga turut menitik beratkan soal agama dimana setiap athlet digalakan bersembahyang jemaah, mendengar kuliah agama dan menyertai Qiamullail.

"Sambutan atlet terhadap aktiviti ini amat baik sekali dan Pada tahun ini kita mengadakan program Qiamullail bagi mengisi ketahanan dalaman altlet kita," katanya.

Ibni Amin berkata, Mini Kem Sukma XVII Siri ke 2 akan diadakan pada bermula khamis ini yang membabitkan seramai kira-kira 150 athlet berpasukan.- Oleh: Aminudin Ismail.
Mohd Mahdi menyampai hadiah kepada atlet
Ikrar..atlet berikrar bertanding bersungguh-sungguh.


Dua athlet wanita turut berikrar.
Dua wartawan bertanyakan sesuatu kepada Mohd Mahdi.