Halaman

11 January 2014

Semua yang layak akan diberi bantuan- Bazlan.

Bazlan ketika berucap di Batu Rakit, semalam.
Teks dan gambar: Aminudin Ismail. 

BATU RAKIT: Pengerusi JKKK Dun ini diminta supaya mempastikan semua penduduk Batu rakit yang layak menerima bantuan daripada kerajaan tidak tertinggal daripada senarai penerima. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata beliau tidak mahu melihat orang yang sama menerima bantuan setiap kali majlis diadakan.

"Saya mengharapkan perkara ini tidak berlaku dan Pengerusi JKKK hendaklah mempastikan tiada orang yang sama menerima bantuan dan sentiasa memantaunya supaya ia tidak betindih.

"Biar semua orang menikmati (bantuan kerajaan), biar semua orang akan menerima, dan bantuan ini ada perbagai bentuk, hari ini kita bagi duit dan ada yang kita baiki rumah dan macam-macam lagi dan kalau boleh kita tidak mahu orang sama menerimanya," katanya.

 Bazlan berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Masih Ada Yang Sayang (Mayang) di sini, semalam. Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh. 

Seramai 100 penduduk berpendapatan rendah di Dun Batu Rakit menerima bantuan itu yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan dan petani.

Bazlan juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk Batu Rakit kerana sentiasa menyokong Barisan Nasional dan mengharapkan sokongan itu akan diteruskan bagi menjamin kemajuan dan pembangunan kawasan Dun itu.
Terima..Zulkif menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk.

Dengar...sebahagian 100 penerima yang hadir.