Halaman

27 January 2014

USAHA KE ARAH MEMBANGUNKAN STESEN PENYELIDIKAN SENDIRI DI ANTARTIKA ADALAH MENIFESTASI MENUNAIKAN HASRAT SULTAN MIZAN



Sejak tersebarnya berita pemergian Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad Said ke Antartika mengetuai lawatan kerja bersifat ekplorasi, semakin ramai orang ramai ingin tahu tentang Antartika.  Pengerusi TATiUC, YB Bazlan Abdul Rahman berkata, Antartika adalah kawasan bebas untuk dilakukan kajian di bawah satu perjanjian yang telah dipersetujui “jadi banyak lagi kajian serta misteri tersembunyi yang menarik yang masih belum mampu dikupas”.
 Katanya, amat rugi kita tidak merebut peluang terbuka dalam mengkaji pelbagai aspek seperti ekosistem, biologi, kesan cuaca juga evolusi hidupan marin sedangkan banyak negara serta syarikat besar berminat dengan khazanah yang masih banyak lagi tersimpan dan belum dirungkai oleh manusia.
 “Banyak syarikat gergasi luar negara berminat dalam kajian pelbagai sudut dan aspek untuk kebaikan manusia sendiri sama ada dari segi perubatan, kosmetik, sepsis haiwan serta hidupan lain yang ada di bumi Antartika,” katanya itu di antara yang dapat diamati bila meneliti tentang keunikan Antartika.
 Justeru itu katanya, lawatan kerja Menteri Besar Terengganu bersama saintis amatlah besar ertinya apatah lagi ia juga merealisasikan hasrat KebawahDuli Yang Maha Mulia Sultan Mizan ke arah membangunkan stesen kajian Malaysia di Antartika.
 Pada padangan beliau selaku Pengerusi TATiUC pencapaian kajian unversiti tempatan dan saintis tempatan tidak kurang hebatnya dengan kajian unversiti dan saintis luar negara.
  “Jika hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan menjadi kenyataan, iaitu penubuhan stesen Penyelidikan Malaysia di Antartika, Malaysia berkemungkinan menjadi negara Islam pertama memiliki stesen seumpama itu,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit.

No comments: