Halaman

26 February 2014

FM Plastik Industri perlu 100 pekerja baru.

Sharifuddin....tingkat kuantiti.
Oleh: Aminudin Ismail.

PEMBEKAL plastik tahan lasak utama kepada Petronas ,FM Plastik Industri Sdn Bhd, di Kawasan Perindustrian Jakar, Kemaman akan membesarkan perniagaanya dengan melabur sebanyak RM12 juta untuk mempertingkatkan pengeluaran.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Sharifuddin Musa berkata, kilang yang beroperasi sejak sembilan tahun lalu itu beroperasi di atas tapak seluas dua ekar dan menggunakan dua buah mesin yang mampu menghasilkan empat tan plastik seminggu.

Katanya, pengurusan kilang dalam proses terakhir untuk menambah dua lagi mesin baru yang setiap satunya beharga enam juta.

 "Sebelum ini jualan plastik tahan lasak yang dihasilkan itu mencecah RM10 juta setahun dan dengan penambahan dua mesen baru itu kita menjangkakan jualan akan meningkat satu kali ganda daripada jualan sebelumnya.

 "Kini kita mempunyai 100 pekerja dan dengan penambahan mesin baru itu juga akan membuka 100 lagi peluang pekejaan baru kepada penduduk setempat," katanya.

Menurutnya, selain untuk pasaran tempatan ia juga di eksport ke Singapura, manakala bahan mentah untuk menghasilkan produk terbabit diperoleh dari Terengganu dan Thailand.

Katanya, kilang anak syarikat kumpulan FEDGROUPS itu menghasilkan plastik beg tahan lasak untuk kegunaan PETRONAS dan ia hanya menumpukan pengeluaran terhadap produk plastik tahan lasak sahaja.

 

No comments: