Halaman

25 February 2014

Program pengajian UniSZA diiktiraf JPA

Tiga program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mendapat pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekaligus membuktikan bahawa UniSZA sudah mengorak langkah maju setapak kehadapan.

Antara program terbabit adalah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko dan Takaful) Dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Dengan Komunikasi (Kepujian).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, berkata pengiktirafan yang diberikan itu secara langsung telah membuka pelbagai peluang kepada pemegang ijazah dalam ketiga-tiga program berkenaan.

"Siswazah yang terbabit layak untuk memegang jawatan dalam sektor awam selain merebut peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam mahupun luar negara.

“Saya juga amat bersyukur dan merakam setinggi penghargaan kepada JPA atas pengiktirafan yang telah diberikan ini,” katanya.