Halaman

27 February 2014

SAMAN RM2JUTA :"SAYA TIDAK MAHU KOMEN" KATA AHMAD SAID

Oleh: Ruslan Abdul Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

"Saya tidak mahu komen" kata Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said, tetapi desakan bertalu-talu dari pihak wartawan mengenai perkara saman RM2 juta ke atas Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Reaksi Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berhubung pertanyaan wartawan mengenai saman RM2 juta ke atas Presiden Pas.
Setelah didesak beliau berkata:
Itulah kita jangan buat fitnah. Lebih-lebih lagi kalau parti yang bernama Islam tentulah sekali Islam melarang sama sekali umatnya membuat fitnah kepada orang lain, demikian kata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad.

 Bekiau diminta oleh wartawan mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkaitan saman fitnah, terhadap Presiden Pas itu.

Beliau yang enggan memberi komen atas desakan pertanyaan media berkaitan isu tersebut bagaimanapun menyatakan, bahawa dalam Islam memanglah membuat fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh, sebagaimana maksud hadis.

  Soalan salah seorang wartawan kepada beliau berbunyi, “Apakah komen Dato’ Seri Menteri Besar mengenai Presiden Pas iaitu pemimpin sebuah parti yang bernama Islam telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana menfitnah?”.

 Soalan itu dikemukakan sewaktu Dato’ Seri Haji Ahmad mengadakan sidang akhbar pengambilaihan Chicken Cottage Limited (CCL) di Kuala Lumpur semalam 26 Februari. Mahkamah Tinggi mengarahkan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

 Jika saman itu dari UMNO dan BN ia suatu perkara yang tidak mengejutkan, tetapi oleh kerana ia datang dari calon PKR Bukit Besi maka ia menjadi hangat, lebih-lebih lagi bernilai RM2 juta dan membabitkan pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

  Presiden Pas juga diarahkan mahkamah membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.

 Dato’ Seri Haji Ahmad kemudiannya menasihatkan masyarakat Islam khususnya dan orang ramai amnya supaya menjauhi perbuatan fitnah, “lebih-lebih lagi pada hari ini dengan segala kemudahan teknologi komunikasi seperti twitter, facebook, blog, instagram dan sebagainya.”


No comments: