Halaman

12 February 2014

Terengganu Bike Week Tarik 2,000 Peserta

Terengganu Bike Week merupakan satu acara yang tidak asing lagi pada peminat dan pemilik motosikal berkuasa tinggi amnya dan pada rakyat negeri Terengganu khususnya.

 Selama 2 tahun berturut-turut program tersebut telah berjaya menarik lebih dari 2,000 peminat dan pemilik motosikal berkuasa tinggi untuk datang ke negeri Terengganu.

 Program ini yang merupakan program perhimpunan minggu bermotosikal adalah hasil dari inisiatif yang dilakukan oleh Persatuan Permotoran Terengganu (PPT) untuk memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan kepada masyarakat bermotosikal seluruh negara.



 Apa yang dapat kita lihat, program tersebut telah membawa satu kejayaan yang besar bukan sahaja kepada Persatuan Permotoran Terengganu, malah juga kepada industri pelancongan negeri. 

Selama 2 tahun berturut-turut kita dapat melihat sepanjang program berlangsung, hotel-hotel di negeri Terengganu dipenuhi dengan peserta yang hadir.

Malah selepas program tersebut berakhir, kita masih menerima kunjungan dari persatuan-persatuan permotoran dari seluruh negara yang menjadikan negeri Terengganu sebagai destinasi lawatan mereka.

 Oleh itu, pada tahun ini, PPT dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, sekali lagi akan menganjurkan ‘Terengganu Bike Week 2014’.

 Menurut Presiden PPT, Tengku Sri Temenggong Raja, perhimpunan TBW 2014 yang dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri dapat menarik minat bukan sahaja pemilik, penunggang dan penggemar motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara malah peserta Singapura dan Thailand juga akan turut 'berkampung' di Kuala Terengganu, malah pada tahun lalu kami dapat menarik penunggang dari negara Eropah.

 “Selain dari berhimpun di Dataran Batu Burok, program ini juga mampu mendidik orang ramai tentang motosikal dan cara menunggang berhemah agar mereka tidak terlibat dengan cara penunggangan merbahaya di jalan raya seperti merempit,” katanya kepada pemberita di sidang akhbar TBW 2014 di Hotel Permai hari ini.

 Program tiga hari TBW 2014, bermula dengan pembukaan gerai pameran dan jualan di tapak utama di Dataran Batu Buruk yang akan bermula pada 23 Mac 2014 akan menawarkan kepada agensi kerajaan dan korporat untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka.

 Di samping itu pada tahun ini juga kami memberi peluang kepada semua persatuan yang bernaung di bawah Persatuan Permotoran Terengganu untuk menganjurkan acara sampingan sepanjang program tersebut berlangsung.

 “Kami sedar terdapat sedikit kelemahan dalam program yang lalu, oleh itu kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki segala kelemahan dan menjadikan Terengganu Bike Week 2014 program terbaik yang pernah dianjurkan,

” Pada tahun ini juga para peserta akan dibawa melawat ke destinasi pelancongan dimana para pesertaakan di bawa ke Pantai Peranginan Penarek dalam acara Konvoi Amal nanti.

Selain dari jamuan makan tengahari, para peserta yang berminat akan di bawa melawat ke kawasan “Setiu Wet Land” untuk melihat keindahan panorama di sama.

 Majlis pelepasan Konvoi Muhibbah (Flag Off) akan dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah pada 29 Mac ini pukul 9.00 pagi di Dataran Batu Burok. Majlisperasmian dan penutup pula akan disempurnakan oleh Y. A. B.Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said pada hari dan tempat yang sama jam 8 malam.







No comments: