Halaman

04 March 2014

Bantu anak belajar ketika di rumah- Che Zulkifly.

Sebahagian ibubapa yang hadir mesyuarat.
Oleh: Aminudin Ismail. 

IBUBAPA disaran supaya membantu pembelajaran anak-anak mereka ketika di rumah dan jangan hanya mengharapkan kepada guru-guru ketika di sekolah semata-mata supaya anak-anak akan lebih bersemangat untuk belajar dan pandai.

Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifli Jusoh berkata, dengan kesungguhan ibubapa mahu membantu atau memantau anak-anak mereka dalam pelajaran akan menjadikan anak-anak itu lebih memberi perhatian kepada pelajaran .

Selain itu, katanya, ibubapa juga perlu mengambil tahu tentang pencapaian anak-anak mereka di sekolah dengan menanyakan guru mengenai kelakuan dan pencapaian anak-anak masing-masing.

Zulkifly..pantau anak-anak belajar.
“Berapa ramai ibubapa yang bertanyakan mengenai anak-anak mereka. Anak saya macamana belajar, dapat A ke, saya rasa tidak ramai yang berbuat demikian. Oleh itu mulai sekarang ibubapa perlu mengambil cakna tentang pembelajaran anak-anak mereka,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agong PIBG sekolah itu, di Sungai Tong, kelmarin.

Zulkifli juga bersetuju untuk menyumbang sejumlah wang kepada persatuan PIBG itu bagi membolehkan pelbagai aktiviti diadakan untuk kejayaan murid sekolah itu.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Sri Langkap, Ismail Embong mengucapkan terima kasih kepada Che Zulkifli kerana sudi hadir merasmikan mesyuarat itu walaupun sibuk dengan tugas sebagai Ahli Parlimen.

Dalam mesyuarat itu, Ramlan Isa dilantik sebagai Pengerusi PIBG yang baru mengantikan mantan pengerusi yang berundur. Turut hadir wakil PPD, Wan Nasiah Wan Majid.

Ismail (kiri) mengiringi Zulkifly ke dewan mesyuarat.

Ismail  bersama jemputan khas.

Ramlan..pengerusi PIBG SK Sg.Tong.


No comments: