Halaman

17 March 2014

Bolasepak piala Bazlan bermula.

Bazlan memotong ribon merasmikan kejohanan.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SEBANYAK 16 pasukan berentap untuk menjadi juara dalam Kejohanan Bolasepak 11 Sebelah Piala ADUN Batu Rakit yang akan diadakan di beberapa tempat di Dun itu, bermula jumaat lalu dan berakhir pertengahan Mei ini.

Jurucakap penganjur, Mohd Sahir Mohd Nor, berkata,perasmian kejohanan yang bertujuan untuk mencungkil bakat remaja dalam bolasepak itu dilakukan oleh ADUN Batu Rakit sendiri, Bazlan Abdul Rahman, malam kelmarin, di Batu Rakit.

Antara yang hadir memberi sokongan.
Dalam ucapannya Bazlan mahu pemain bertanding dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat kesukanan supaya kejohanan itu akan mencapai matlamatnya untuk melahirkan pemain bolasepak berkelibar dari kawasan Batu Rakit ke peringkat negeri ataupun negara.

"Saya mengharapkan kejohanan ini berjalan lancar dan pemain hendaklah bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menang, berdisiplin dan penuh dengan semangat kesukanan," katanya.

Kira-kira 200 hadir di malam perasmian itu antaranya ialah Setiusaha(SU) Pemuda UMNO Bahagian Setiu dan SU Kerja Pemuda, AJK Pemuda dan beberapa JKKK.

 

No comments: