Halaman

17 March 2014

PRK KAJANG: TERENGGANU KUNJUNGI PARA PETUGAS PUSAT MEDIA


Pusat Media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang dibuka untuk member kemudahan wartawan, bloggers dan penulis yang membuat liputan memperolehi kemudahan dan akses internet .
 Ketua Penerangan Umno Negeri Terengganu, YB Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar dan Timbalannya YB Haji Mohd Zuber Embong yang juga Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu telah melawat pusat tersebut baru-baru ini.


 Pusat Media tersebut terletak di tengah-tengah pusat bandar Kajang, di sebuah hotel terkemuka. Kedua-dua pimpinan Penerangan Umno Terengganu itu beramah mesra dengan para petugas pusat media itu, yakni di bawah Kementerian Komunikiasi dan Multimedia Malaysia.
 Kebetulan pula Menteri dan Timbalan Menteri di Kementerian tersebut, kedua-duanya adalah datangnya dari Terengganu iaitu Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen Kemaman) dan Dato’ Jailani Johari (Ahli Parlimen Hulu Terengganu).
 Para petugas amat berterima kasih atas keraian dan kecaknaan pimpinan dari Terengganu terhadap mereka. Senator Dato’ Abdul Rahman berkata, wartawan dan petugas pusat media serta para bloggers adalah golongan yang penting dalam sesuatu pilihan raya, justeru itu semua pihak perlu merai dan cakna kepada golongan berkenaan.
  Haji Mohd Zubir pula berkata, dalam dunia siber hari ini, maklumat perlu bergerak pantas dan sudah tentu peranan pusat media ini penting dalam membantu golongan pengamal siber kea rah menjayakan maklumat di hujung jari itu.
 Pusat media itu juga menyediakan kemudahan maklumat program para pemimpin, kemudahan mengadakan sidang akhbar selain beberapa komputer yang mempunyai akses internet yang tinggi, bahkan minuman ringan turut disediakan kepada wartawan dan penulis.


 Di sebelah malamnya, Dato' Abdul Rahman menyertai majlis bacaan yassin dan tahlil di  Markas Barisan Nasional (BN) Bandar Kajang yang menjadi anak angkat Umno/BN Terengganu.



 Hadir sama, Pegawai Khas kepada Pengerusi BN Terengganu yang juga penyelaras gerakan BN Terengganu di Prk Kajang iaitu Encik Mohd Khomsa bin Chik.