Halaman

02 March 2014

Dungun juara Bolajaring MSST.

SOKONGAN padu dari penyokong serta mempunyai skil dan kawalan bola yang baik membawa kepada kemenangan pasukan Daerah Dungun menundukan Kuala Terengganu Selatan (KTS) dalam kejohanan Bolajaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSST) yang diadakan di Gelanggang Futsal Mengabang Telipot, semalam.

Manakala bagi kategori bawah 15 tahun yang diadakan di padang SMK Komplek Mengabang Telipot menyaksikan, pasukan Daerah Setiu pulang bergaya menewaskan pasukan Daerah Dungun dalam satu perlawanan yang agak sengit selepas masing-masing menang selasa ke atas lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir.

Bagi kategori bawah 12 tahun pula, sekalipun terpaksa bertarung sengit untuk menewaskan Daerah Setiu 25-24 namun kemenangan itu cukup bermakna kerana pasukan itu hanya dilatih oleh guru-guru biasa dan tidak terlatih dalam bolajaring.

Kejohanan yang disertai lapan pasukan itu diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat bagi mewakili negeri Terengganu pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM) nanti

Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Kuala Terengganu, Azhar Abu Bakar, turut hadir ialah Ketua Pegawai Pendidikan Setiu, Kipayatuallah Dato' Mohd Said..- Aminudin.