Halaman

28 March 2014

Ibubapa dan guru perlu akrab- Dato' Sabri.

Sabri menyampaikan anugerah kepada seorang murid.
Oleh: Aminudin Ismail.

IBUBAPA dan guru perlu menjalinkan hubungan yang baik untuk memastikan anak-anak mereka mencapai kejayaan dan cemerlang dalam pelajaran, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor.

Sabri berkata, cadangan dan pandangan perlu dibincangkan bersama antara ibubapa dan guru supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan untuk kebaikan bersama.

Antara penerima anugerah yang hadir.
"Ibubapa perlu melontarkan apa-apa idea kepada guru-guru, kadang-kadang guru juga memerlukan pandangan daripada ibubapa untuk melaksanakan sesuatu perkara untuk kebaikan murid-murid," katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Kecemerlang Pelajar Dun Langkap di Merang, semalam.

Sabri juga mengharapkan sekolah-sekolah dapat mempertingkatkan lagi prestasi keputusan peperiksaan dan beliau berjanji akan menambah jumlah imbuhan sekiranya lebih ramai murid dan pelajar di Dun Langkap mendapat 'straight A'.

"Apa yang lebih penting ialah lebih ramai pelajar di Dun Langkap ini akan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang mereka diduduki supaya masa depan anak-anak kita untuk keperingkat tinggi akan lebih terjamin," katanya.

Seramai 55 murid UPSR dan 15 pelajar PMR tahun lepas yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan menerima anugerah itu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Azmi Nazir dan majlis dipengerusikan oleh Ramlan Isa, Pengerusi Biro Pendidikan dan Multimedia Dun Langkap.
Tahniah...Sabri bertanya sesuatu kepada seorang murid.

Ketua Wanita UMNO Setiu (dua dari kanan) hadir.

Ibu yang hadir memberi sokongan.

Penerima mendengar ucapa Sabri.

 

No comments: