Halaman

23 March 2014

JPNT anjur pengisahan kenegaraan

Oleh: Suriati Ali 

 Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT) mempelawa orang ramai menyertai pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia 2014 peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada awal Jun depan.

 Pemangku Pengarah JPNT, Mustaffa Abd. Kadir, berkata mereka yang ingin menyertai pertandingan perlu menubuhkan kumpulan yang dianggotai dua atau tiga individu berumur antara 18 dan 45 tahun dan warganegara Malaysia.

 Acara tahunan JPNT itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM8,000 dengan juara bakal menerima RM3,000, kedua (RM2,000) dan tiga saguhati RM1,000 bagi setiap kumpulan.

Katanya, pertandingan itu berkonsepkan penceritaan dan sketsa secara berkumpulan mengenai kenegaraan seperti sejarah negara, pahlawan yang menentang penjajahan dan perjuangan tokoh negara terdahulu.

‘Pertandingan bertujuan menggalakkan masyarakat menyampaikan pendapat dan pandangan mereka mengenai peristiwa bersejarah Negara,” katanya dalam satu kenyataan

 “Usaha pendidikan berterusan seumpama itu boleh dimanfaatkan bagi proses pembinaan negara dan jati diri bangsa selain berharap dapat memupuk semangat integrasi nasional antara kaum, budaya dan agama melalui sejarah dan perjuangan tokoh terdahulu,”katanya.

Tarikh tutup permohonan pada 11 Mei 2014 depan dan segala pertnyaan mengenai pertandingan boleh melayari laman web jabatan,  http://www.penerangan.gov.my/terengganu atau hubungi Siti Mariam Mahdar di talian 09-6267831 dan Mohd Idris Deraman 09-6267826.

Mereka yang berminat juga boleh mendapatkan borang penyertaan di Pejabat Penerangan Daerah di seluruh negeri ini.

 

No comments: