Halaman

17 March 2014

KEMUDAHAN KOMUNIKASI MELALUI WIFI PERCUMA TINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN KASIH SAYANG


Pelancaran rasmi WIFI (MY-O-SITE) di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu  bakal diadakan pada 6 April 2014 ini.
 Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Mohd Yasim Awang yang mempengerusikan mesyuarat penyelarasan perasmian pagi ini memberitahu, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dijangka akan melancarkannya.
 Sebelum ini Menteri Besar pernah mengumumkan perkara ini dengan berkata kemudahan WIFI sedang dan akan dipasang di tempat-tempat tumpuan orang ramai termasuk Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di semua Pejabat Daerah dan Tanah, stesen bas, pasar, kawasan bandar, perpustakaan dan Planetarium negeri termasuk pusat-pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).
  Dato’ Haji Mohd Yasim yakin dan percaya dengan kemudahan itu, segala apa yang dirancang oleh kerajaan negeri menjadi kenyataan.
 “Rakyat diharap menggunakan kemudahan itu secara positif sebagai kemudahan yang akan meningkatkan lagi nilai produktiviti bagi urusan harian sama ada di sektor awam, swasta dan persendirian, di samping meningkatkan kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan melalui kemudahan komunikasi percuma itu,” katanya.

No comments: