Halaman

16 March 2014

MRT (Projek BN) mampu atasi kesesakan Kajang.

Oleh: Aminudin Ismail.

PROJEK MRT Sungai Buloh-Kajang, yang berharga tidak lebih RM23 bilion yang kini dalam pembinaan akan mengubah langskap Kajang menjadi sebuah bandar metropolitan yang serba canggih, kata Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, projek kerajaan pusat di bawah Kementerian Kewangan itu, apabila siap kelak juga akan mampu mengatasi masalah kesesakan bandar Kajang yang ketara sekarang ini.

"MRT Kajang ini akan ada tiga stesyen iaitu satu di Jalan Retro, satu di Satay Kajang Haji Samuri dan satu lagi di Tesco, tiga. Yang menyelesaikan masalah kesesatan bandar Kajang ini sebenarnya ialah MRT yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional.

MRT mampu atasi kesesakan Bandar Kajang.
"MRT itu bukan hanya menyelesaikan masalah lalu lintas. Sebuah bas yang melalui setiap lima belas minit sekali di sekitar bandar Kajang ini akan mengambil penumpang untuk di bawa ke stesyen MRT yang ada hubungan dengan KTM Komuter.

"KTM Komuter itu berhenti di Kajang kemudian daripada Kajang kita boleh pergi ke seluruh Kuala Lumpur.

"Semua ini dilakukan oleh Kerajaan BN yang diumunkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet 2011 lalu. Hari ini, belum menang, kita sudah bina, " kata Timbalan Menteri Kewangan itu ketika berucap di Sungai Jerlok, Kajang malam semalam.

Ahmad Maslan yang mengadakan sembilan ceramah di sembilan tempat malam, semalam terpaksa bergegas ke tempat lain bagi memenuhi semua jemputan ceramahnya.

Beliau mahu semua penduduk Kajang memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, Datin Paduka, Chew May Fun pada PRU yang akan diadakan pada 23hb ini.

 

No comments: