Halaman

20 March 2014

Persatuan perlu bantu tingkatkan pendapatan keluarga nelayan- A.Latiff.

Sebahagian ahli nelayan yang hadir.
Oleh: Amirullah Othman dan Aminudin Ismail. 

PERSATUAN Nelayan Daerah Marang di harap dapat membantu isteri nelayan di daerah ini membabitkan diri dengan industri kecil bagi menambahkan pendapatan keluarga, kata A.Latiff Awang, Exco kerajaan negeri Terengganu merangkap Adun Pengkalan Berangan.

A.Latiff berkata, beliau mahu Persatuan nelayan itu memainkan peranan bersama agensi berkaitan untuk menjayakan projek industri kecil itu.

Katanya, antara perusahan industri kecil yang boleh dilakukan oleh para isteri nelayan itu ialah perusahan membuat kerepek ubi, keropok, bengkel jahitan dan lain-lain.

"Isteri nelayan perlu menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian keluarga mereka. Banyak yang boleh dimanfaatkan antaranya ialah membuat kerepek ubi, keropok ataupun membuka bengkel jahitan. 

A.Latiff ( tengah) bersama jemputan khas.
"Dalam hal ini Persatuan nelayan perlu membantu mereka ini dengan mengadakan beberapa bengkel bagi melahirkan usahawan kecil di kalangan isteri nelayan di di daerah ini, sekaligus dapat memperbaiki taraf hidup mereka." katanya.

 Dalam pada itu, A.Latiff mengingatkan nelayan supaya memanfaatkan sebaik mungkin pemberian bantuan dan subsidi daripada kerajaan.

"Saya harap jangan ada yang jual diesel, jual enjin bot dan sekiranya bantuan ini diselewangkan maka mereka yang terlibat akan disenarai hitamkan," katanya pada Majlis Mesyuarat Agong Persatuan Nelayan Daerah Marang, bertempat di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, hari ini.

Turut hadir ialah, Pengarah LKIM Terengganu dan Pengerusi Persatuan Nelayan dan beberapa pegawai LKIM.