Halaman

16 March 2014

SUP Menteri Pendidikan II turut berkempen di Kajang.

TAKLIMAT...Setiausaha Politik Menteri Pendidikan II, Dato' Abd Halim Jusoh (kiri) sedang mendengar taklimat daripada Shamsuddin Azam, staf Pejabat UMNO Perhubungan Negeri Terengganu ketika beliau hadir di Bilik Gerakan Barisan Nasional Bandar Kajang sambil diperhati beberapa Wanita dan Puteri UMNO yang datang berkempen di Pilihanraya Kecil Kajang, di Bandar Kajang, hari ini.

Abd Halim, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri itu diberi penerangan mengenai agenda kempen anggota rombongan BN Terengganu itu sepanjang berada di Kajang selain beliau sendiri memberi pendapat dan pandangan untuk kempen itu.

Selesai mendengar taklimat, Abd Halim berkunjung pula ke beberapa buah rumah di sekitar bandar Kajang ini bagi membantu kempen BN Kajang untuk menang dalam PRK yang akan diadakan pada 23hb Mac nanti.

Halim bersama seorang pengundi.
"Saya mengharapkan anggota rombongan dari Terengganu ini akan melipat gandakan lagi usaha berkempen bagi memberi keyakinan kepada penduduk Kajang supaya mengundi calon BN pada pilihanraya kecil itu nanti," katanya.

Sementara itu, Teganukita sempat bersama Abdul Halim ke tiga buah rumah di satu taman berhampiran Bandar Kajang iaitu di dua rumah pengundi Melayu dan sebuah rumah pengundi India.

Melalui kunjungan itu, penghuni ketiga-tiga buah rumah itu, memberi komitmen akan menyokong calon BN pada pilihanraya nanti dan mereka mengharapkan kerajaan BN akan kembali membela nasib penduduk Kajang sekiranya BN menang dalam pilihanraya itu.

"Saya mengharapkan penduduk Kajang mengundi calon BN pada Prk nanti kerana hanya kerajaan BN yang mampu mentabdir negara ini dengan baik demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan penduduk," katanya.-Aminudin Ismail.
Di rumah seorang pengundi yang anaknya OKU.

Rumah pengundi India turut dikunjungi.

Seorang pengundi bersama anaknya mendengar sesuatu dari Halim.


No comments: