Halaman

03 March 2014

TEKUN Peruntuk RM141,000 Bantu Usahawan Muda Hulu Terengganu


Oleh MASTURA JAMALUDDIN

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan meningkatkan tumpuan lagi untuk membantu generasi muda menceburi bidang perniagaan menerusi bantuan pembiayaan perniagaan yang disediakan agensi itu.

Pelbagai inisiatif sudah digerakkan bagi menarik generasi muda untuk menjalankan perniagaan. 

Terbaru, seramai 35 orang usahawan muda menerima suntikan modal perniagaan berjumlah RM141,000 sejajar dengan usaha agensi itu membantu meningkatkan penglibatan golongan itu dalam perniagaan.


Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, golongan usahawan perlu mewujudkan jaringan yang kukuh dengan jabatan kerajaan, agensi pembangunan ushawan serta persatuan perniagaan.

“Jaringan itu penting bagi melonjakkan pembabitan mereka ke tahap yang lebih baik daripada usahawan peringkat daerah ke negeri, dan selepas itu ke peringkat kebangsaan. Tidak mustahil menjadi pemain global. 

“Potensi usahawan muda untuk pergi lebih jauh cukup tinggi dengan menima lebih banyak pengalaman serta mendalami pahit manis dunia usahawan,” katanya pada majlis perasmian Program Pembina di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, semalam.

 Hadir sama, Pengurus TEKUN negeri, Mohd. Ghazali Hussin dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Johari Abu Bakar.

 

No comments: