Halaman

19 April 2014

Cari kejujuran dalam UMNO- Ahmad Said.

Ahmad..setialah pada UMNO.
Oleh: Aminudin Ismail.

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said mahu semua ahli UMNO supaya jangan mudah berkecil hati, jangan mudah mengambil hati dan jangan mudah makan hati.

Tetapi sebaliknya, beliau mahu semua ahli UMNO memberi fokus sepenuhnya kepada parti untuk mempastikan UMNO akan terus utuh dan mendapat tempat di hati rakyat negeri ini.

Katanya, sekiranya itu berlaku ia akan menyukarkan perjalanan parti dan beliau juga mengharapkan semua ahli UMNO perlu bermuhasabah diri serta seiasekata dalam semua hal supaya tidak timbul perbalahan dan perpecahan yang boleh merosakan parti.

Ahmad berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Retreat UMNO Bahagian Marang di Gambang, Khamis lalu.

Menurut Ahmad, semua ahli UMNO perlu ada jatidiri, perlu mencari kejujuran dalam UMNO dan mengelakan sebarang persengketaan.

"Kita perlu mencari kejujuran dalam UMNO, niat kita, kita perlu muhasabah diri, kalau kita ada target, kita hendaklah bermula dari sekarang dan kita hendaklah seia sekata, kita muhasabah diri," katanya sambil mengharap semua ahli UMNO bekerja bersama-sama untuk parti tanpa memikirkan sebarang persengketaan.

 Ahmad berkata, jika semua pihak boleh memperbetulkan segala kesilapan, beliau menaruh keyakinan besar bahawa UMNO dan Barisan Nasional mampu kembali utuh di Terengganu.

Sehubungan itu, Ahmad mahu pemimpin dan ahli UMNO mula mengerakkan parti untuk mampastikan kemenangan besar UMNO dalam PRU ke 14 nanti. Katanya, beliau mahu semua pihak menyelesaikan segala masalah dalaman parti dan jangan menyalahkan antara satu sama lain.

Selain itu, katanya, menambah keahlian dan mengadakan program untuk memantapkan parti perlu dilaksanakan. "Insya Allah, kalau kita jujur dan ikhlas Tuhan akan memberi jalan kepada perjuangan kita ini," katanya dengan penuh harapan supaya UMNO akan terus maju dan mendapat tempat di hati rakyat negeri Terengganu. 

Katanya, semua pihak perlu ikhlas berkhidmat untuk parti dan rakyat supaya UMNO akan terus mendapatkan kepercayaan untuk mentadbir negeri ini.

 

No comments: