Halaman

02 April 2014

MB kesal cara kendali `Kes Terowong Larkin’

Oleh: Suriati Ali 

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kesal dengan cara pengendalian kes `Terowong Larkin’ yang dijalankan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola sepak (FAM) kerana dianggap tidak adil dan berat sebelah.

 “Dulu cakap ingin panggil kedua-dua belah pihak sama pasukan T-Team dan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk selesai kes berkaitan, sebaliknya kita terpaksa terima keputusan tanpa kehadiran wakil pasukan T-Team.

 “Pada masa sama, kita juga terpaksa terima keputusan perbicaraan terhadap permain import T-Team, Evaldo Rodrigues yang ditumbuk pegawai tertinggi Persatuan Bolasepak Negeri Johor ditangguh. “Badan induk itu hanya mengenakan denda RM30,000 terhadap JDT dikatakan atas faktor gagal kawalan keselamatan,” katanya.


Katanya, keadaan itu jelas membuktikan pihak berkaitan takut untuk membuat keputusan, kalau tidak mampu galas tanggungjawab letak jawatan.

 “Mereka yang bersalah dan berkait dengan undang-undang, sepatutnya bicara dan buat keputusan biar adil, ini tidak.. berat sebelah, invidividu yang didapati bersalah, tangguh kes dan sebagainya, macamana orang nak hormat kita,” katanya.


 Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Pengerusi Persatuan Bola Sepak.Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam

 Mengulas isu lain, beliau mengakui terdapat sedikit penurunan jumlah pelancong ke Terengganu,terutama di pulau-pulau selepas tragedi kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.

 “Pelancong asing termasuk warga China mungkin masih fobia, tetapi kita tidak risau kerana siatuasi itu hanya sementara, paling lama pun tiga hingga empat bulan,” katanya. “